CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 29, 2012

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

MUTIARA SULUNG SEDANG DIGILAP


PENGENALAN

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dahulunya dikenali sebagai Reserve Officer Training Unit (ROTU) adalah satu program kerjasama diantara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melahirkan Pegawai Muda dalam kalangan mahasiswa. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut.


LATIHAN
Seseorang pegawai kadet PALAPES hendaklah menjalani latihan ketenteraan mengikut jumlah jam yang telah ditetapkan selama 3 tahun berturut-turut untuk melayakkannya ditauliahkan sebagai pegawai berpangkat Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera. Latihan ketenteraan ini penting dalam mempersiapkan diri mereka sebagai Ketua dalam Seksyen yang bakal dipimpin kelak dimana merekalah yang akan dipertanggungjawabkan atas setiap arahan yang mereka berikan serta segala tindakan anak buah mereka. Antara latihan yang perlu dijalani oleh setiap kadet ialah


  • Latihan Tempatan
Dijalankan dua kali di hari minggu (Sabtu dan Ahad). Sesi pengajaran dan pembelajaran secara lisan dan praktikal oleh jurulatih mengikut silibus yang telah ditetapkan. Kadet juga diajar tentang protokol-protokol dan hal-hal pentadbiran ketenteraan seperti Makan Malam Rejimental, cara-cara menghormati pegawai-pegawai mengikut pangkat dan lain-lain lagi. Jumlah jam latihan tempatan yang perlu dijalani oleh pegawai kadet sepanjang 1 semester bagi setiap level ialah 120 jam atau bersamaan 12 hari.






  • Latihan Berterusan
Latihan secara berterusan tidak melebihi 14 hari ini biasanya diadakan semasa cuti semester agar jadual kuliah para pegawai kadet tidak diganggu. Latihan berterusan sangat penting bagi memastikan kadet dapat terus mengekalkan stamina di samping melatih mental mereka agar sentiasa bersedia berkhidmat demi berbakti kepada negara. Setiap pegawai kadet hendaklah menjalanani latihan ini secara penuh atau tidak kurang daripada 72 jam setahun.


  M16 dan GPMG antara senjata yang diajar semasa pegawai kadet di peringkat Junior.

  • Kem Tahunan
Merupakan kemuncak latihan yang diadakan di penghujung tahun selama 15 hari. Terbahagi kepada 2 fasa : Fasa Kem akan menguji akademik setiap pegawai kadet (ujian kawad, senjata dll) yang dinilai oleh pasukan penilai yang dilantik oleh Markas sementara Fasa Medan sebagai peluang untuk mereka mempraktikkan pelajaran taktik yang telah diajar sepanjang 1 semester. Peringkat Junior menjalani praktikal Counter Insurgency Attack sementara Intermediate dan Senior mempraktikkan Conventional Warfare (fasa mara, pertahanan, pengunduran dan serangan)






ELAUN

Elaun
Kadar Bayaran
Latihan Tempatan
RM 4.00 sejam / 240 jam (Setahun)
Latihan Berterusan
RM 32.23 / sehari (Junior)
RM 38.11 / sehari (Intermediate)
RM 41.00 / sehari (Senior)
Kem Tahunan
RM 493.00 / 15 hari setahun (Junior)
RM 533.00 / 15 hari setahun (Intermediate)
RM 574.00 / 15 setahun (Senior)
Bounty
RM 520.00 / setahun (latihan penuh)



LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

  • Kolej Kediaman Khas
  • Markas Latihan
  • Dibekalkan barangan ketenteraan (pelbagai barang issue)
  • Mendapat elaun dalam setiap latihan yang disertai
  • Menyertai program pendidikan dalam dan luar negara
  • Menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental
  • Berpeluang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong
  • dan lain-lain lagi


SEJARAH PENUBUHAN PALAPES DARAT UIA


Usaha untuk menubuhkan Pasukan PALAPES Darat di UIA telah dimulakan sejak dahulu lagi oleh anggota Wataniah dan para jurulatih. Mereka telah bertungkus-lumus berusaha mengadakan perbincangan dan menghantar proposal kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dalam melahirkan hasrat melihat mahasiswa UIA berpangkat pegawai dilahirkan. Alhamdulillah, pada tahun 2011, impian bakal menjadi realiti apabila penubuhan PALAPES Darat di UIA mendapat persetujuan pihak atasan. Buat masa ini, pasukan PALAPES Darat UIA ditumpangkan ke PALAPES Darat UM sehingga UIA mempunyai Markas PALAPES Daratnya sendiri. PALAPES Darat UIA pengambilan pertama terdiri daripada 50 orang pegawai kadet, 19 perempuan dan 31 lelaki. Uniknya, sebahagian daripada mereka pernah menganggotai Pasukan Askar Wataniah dan telah mengikuti kursus seperti REKRUT dan KADAR sebelum ini. Mereka telah mengangkat sumpah sebagai pegawai kadet pada 15 November 2011 lalu dan kini berada di peringkat Intermediate. Mereka dijadualkan ditauliahkan pada tahun 2014 hadapan di Universiti Putra Malaysia.


 Sebahagian daripada skuad PALAPES Darat UIA Intake 1


*credit gambar : PALADA UIA dan 7529282 PK Suhaib b. Satriya


post signature

2 comments:

Unknown

Kenapa dorg YANG PERNAH REKRUT LLP WATANIAH jadi kadet balik? Kenapa tak bagi peeluang dorg mengikuti KURSUS BAKAL PEGAWAI ? Skurang2 dorg akan jadi pegawai muda membantu pegawai dan staf markas PALAPES. Yang pegawai kadet baru tu, ambik lah yang muka2 baru.

:-)

Anonymous

Holy shit. Why would people did :-) instead of :)?
And why courier? Why did you use that font?

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)