KEM TAHUNAN REJIMEN 515 AW.......
Pada 10 Jun 2012 yang lalu seramai 19 anggota askar wataniah UIAM menyertai kem tahunan Rejimen 515 Askar Wataniah. antara anggota yang terlibat terdiri daripada 10 orang NCO dan 9 orang prebet. pelbagai aktiviti bercorak rejimental dan santai telah dijalankan sepanjang dua minggu kem tahunan tersebut.
pada hari kedua program, anggota didedahkan dengan pandu arah dimana mereka dipecahkan kepada 3 seksyen. berbekalkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari, para anggota bergerak tanpa diiringi jurulatih. .........
lkpl saudah, lkpl afham dan lkpl shahrul mencari bearing.
\
perjuangan diteruskan dengan latihan medan di Sg. Sendat pada hari ke 3 hingga hari ke 6 latihan. antara aktiviti yang dijalankan adalah menduduki pengkalan, membina model peta, serang hendap, serang khemah musuh dan sebagainya.
kem tahunan diteruskan lagi pada hari berikutnya dengan beberapa aktiviti santai seperti karnival futsal. pasukan 3 tan yang dianggotai oleh lkpl Ali Karimi, lkpl AFham, Pbt Adli, Pbt hidayah, Pbt Nurbariah dan Pbt Fatin mendapat johan dan diikuti pasukan Men In Black yang terdiri daripada pegawai mendapat tempat kedua. manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan jurulatih.
3 tan vs men in black
antara persiapan yang dijalankan..
pasukan askar kaca mata vs jurulatih
pada hari berikutnya para anggota didedahkan dengan aktiviti jalan laju. mereka juga menjalankan beberapa aktiviti santai di pantai Tanjung Rhu selama 2 hari. para anggota juga berpeluang melawat muzium tentera darat di Port Dickson. pelbagai ilmu ketenteraan berjaya diperoleh oleh para anggota. mereka juga dapat mempelajari sejarah penubuhan tentera darat berdasarkan lawatan tersebut.
jalan laju
Tanjung Rhu
antara aktiviti yang dijalankan di Tanjung Rhu
muzium Tentera Darat
1 comments:
Ooooo..seronoknya xtvt cmnie..dah lama tinggalkan...bla keje tak terkejar nak g latihan seperti ini.....ex wataniah uiam..613----
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)