CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 9, 2012

~~penjejakan bermula~~

pengambilan intake baru kadet junior PALAPES UIAM.......


Bermula 3 september yang lalu, beberapa anggota Palapes Darat IIUM yang diterajui oleh Lans Kopl Kamal telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga di akhir cuti semester menjalankan aktiviti pengambilan intake baru kadet junior PAPALES darat UIAM bagi sesi semester 1 2012/2013.

Hampir 30 anggota PALAPES UIAM yang terdiri daripada pegawai kadet dan pegawai kadet wanita turun padang bagi menjayakan pengambilan baru kali ini. objektif utama pengambilan adalah seramai 100 anggota ahli baru.

Pegawai latih dari Universiti Malaya, Kapten Shahrulnizam b. Othman, juga tidak ketinggalan berada di gerai promosi bagi menjayakan program pengambilan kadet junior ini.

Promosi bermula pada 5 September hingga 8 September dan dibuka di hadapan cultural activities center (CAC) IIUM. promosi disambut meriah pada 8 September, apabila para siswa dan siswi baru diberi taklimat mengenai badan beruniform.

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 20 September 2012. Pengambilan kadet junior akan menjalankan Ujian Kecergasan Asas (UKA) dan pemeriksaan kesihatan pada 22 dan 23 September, manakala ujian IQ pula akan dijalankan pada 29 September. Temuduga dengan CI dan angkat sumpah pula diadakan pada 30 September serta tapisan keselamatan pada 6 dan 7 Oktober bagi anggota yang berjaya diserap.

Kapten Shahrul dari Universiti Malaya




PK Hakim menceritakn pengalaman dan kelebihan sepanjang menjalani aktiviti kepada para junior









Beberapa anggota senior wataniah juga turut memeriahkan membantu pembukaan booth pengambilan kadet junior PALAPES darat UIAM.


'bukan kuantiti yang kita cari, tapi kualiti' itulah kata-kata kapten Wan Rizaila kepada para anggota sepanjang promosi dijalankan....







post signature

2 comments:

Anonymous

Salam. sedikit pembetulan. Pangkat Kapt. Shahrulnizam di PALAPES UM adalah sebagai Pegawai Latih. PALAPES seharusnya dieja dgn semua huruf besar kerana ia merupakan singkatan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan.

Saya berharap ia diperbetulkan supaya difahami dan diterima baik semua utk mengelakkan kekeliruan pada masa akan dtg. Terima kasih.

-Natasha

Nadiwatan

noted and updated! tq..

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)