CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 27, 2011

Bahasa Hukuman Setingkat (Pertunjukkan & Penerangan)

Bahasa Hukuman Setingkat 

(Pertunjukkan & Penerangan)

Skuad,
setingkat lagi di atas pelajaran anda dalam kawad kaki adalah ………………………………….. Tujuan pelajaran dan pergerakan ini diajar adalah untuk membolehkan anda membuat pergerakan ……………………………………………. dengan cara yang betul dan cergas.

Apabila dapat hukuman rehatkan diri, lihat di sini, saya akan berikan pertunjukan yang penuh.
Beri hukuman : Rehatkan……… Diri!!!

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD !!!2X

Itu adalah pertunjukan yang penuh! Nampak itu skuad !!!

Oleh sebab belajar dan mengajar, maka pergerakan ini tidak dibahagikan kepada bahagian. Hanya pertunjukan dan penerangannya sahaja. Terus lihat di sini saya akan berikan pertunjukan dan penerangannya sekali.

Beri bahasa hukuman : ..................................................... dan buat pergerakan.

Semula!!
Apabila dapat hukuman ………………………………………………………………………............
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Beri hukuman dan buat pergerakan sekali lagi.

Itu adalah pertunjukan dan penerangan. Di atas pertunjukkan dan penerangan apa ada soalan skuad? Jika skuad tiada soalan, terus lihat di sini saya akan berikan pertunjukkan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini.

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD!!! 2X

Beri hukuman dan buat pergerakan.

Itu adalah pertunjukkan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini. Keseluruhan pelajaran dan pergerakan ini apa ada soalan skuad. Jika skuad tiada soalan skuad hendaklah berlatih berpasangan,
Berpasangan …….berlatih!!
Habis!

(Beri hukuman tiga barisan dihadapan saya gerak)

Terus saya akan latih skuad dengan penuh,
Hukuman dan masa daripada saya, perbuatan daripada skuad.
Skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat.

Ehsan: Lkpl Ahmad Asyraf Mat Ali
post signature

Bahasa Hukuman Kawad Setingkat (Pertunjukan & Penerangan)

Bahasa Hukuman Kawad Setingkat 

(Pertunjukan & Penerangan)


Skuad,
setingkat lagi di atas pelajaran anda dalam kawad kaki adalah kehadapan hormat semasa cepat jalan. Tujuan pelajaran dan pergerakan ini diajar adalah untuk membolehkan anda membuat pergerakan kehadapan hormat semasa cepat jalan dengan cara yang betul dan cergas.

Apabila dapat hukuman rehatkan diri, lihat di sini, saya akan berikan pertunjukan yang penuh.
Beri hukuman : Rehatkan……… Diri!!!

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD !!!2X

Itu adalah pertunjukan yang penuh! Nampak itu skuad !!!

Oleh sebab belajar dan mengajar, maka pergerakan ini tidak dibahagikan kepada bahagian. Hanya pertunjukan dan penerangannya sahaja. Terus lihat di sini saya akan berikan pertunjukan dan penerangannya sekali.

Beri bahasa hukuman : Hormat…hormat kehadapan hormat dan buat pergerakan kehadapan hormat semasa cepat jalan.

Semula!!
Apabila dapat hukuman hormat,hormat kehadapan hormat, hukuman diberi apabila kaki kiri sampai ke bumi. Buat pergerakan berhenti sepertimana kawad kaki. Kira masa 2-1 di atas kiraan 1 buat pergerakan hormat kehadapan semasa berhenti, kira masa 2-1 di atas kiraan 1 buat pergerakan potong tangan, kira masa 2-1 di atas kiraan 1 buat pergerakan kehadapan hormat semasa berhenti, kira masa 2-1 di atas kiraan 1 buat pergerakan potong tangan. Kira masa 2-1 di atas kiraan 1 buat pergerakan ke belakang pusing, kira masa 2-1 di atas kiraan 1 buat pergerakan angkat kaki kiri lutut bengkok peha paras hentak padat di sebelah kaki kanan. Kira masa 2-1 di atas kiraan 1 buat pergerakan berjalan kehadapan dan terus berjalan dengan kadar 126 langkah 1 minit sehingga mendapat hukuman yang lain.

Beri hukuman dan buat pergerakan ke hadapan hormat semasa cepat jalan sekali lagi.

Itu adalah pertunjukan dan penerangan. Di atas pertunjukkan dan penerangan apa ada soalan skuad? Jika skuad tiada soalan, terus lihat di sini saya akan berikan pertunjukkan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini.

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD!!! 2X

Beri hukuman dan buat pergerakan ke hadapan hormat semasa cepat jalan.
Itu adalah pertunjukkan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini. Keseluruhan pelajaran dan pergerakan ini apa ada soalan skuad. Jika skuad tiada soalan skuad hendaklah berlatih berpasangan,
Berpasangan …….berlatih!!
Habis!

(Beri hukuman tiga barisan dihadapan saya gerak)

Terus saya akan latih skuad dengan penuh,
Hukuman dan masa daripada saya, perbuatan daripada skuad.
Skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat.

Ehsan: Lkpl Ahmad Asyraf Mat Ali
post signature

Rangka Bahasa Hukuman Setingkat (Dengan Pergerakan)

Rangka Bahasa Hukuman Setingkat 

(Dengan Pergerakan)



Skuad!
Setingkat lagi di atas pelajaran anda dalam kawad kaki adalah …………………………………………………………………………
Tujuan, pelajaran dan pergerakan ini diajar, adalah untuk membolehkan anda membuat pergerakan …………………………………………….., dengan cara yang betul dan cergas.

Apabila dapat hukuman rehatkan diri, lihat di sini, saya akan memberikan pertunjukan yang penuh.

Beri hukuman : Rehatkan……… Diri!!!

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD !!!2X

Beri hukuman : ………………………………………!!!
Itu adalah pertunjukan yang penuh! Nampak itu skuad !!!

Oleh sebab belajar dan mengajar, maka pergerakan ini dibahagikan kepada bahagian. Tiap-tiap bahagian nombor. Terus lihat disini apa akan terjadi apabila dapat hukuman ……………………………….. dengan nombor.. berpusing ke kanan pusing satu skuad dua dan seterusnya…

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD !!2x

…………………………………………………………. satu!! SATU!! Skuad dua!! DUA!!.
Itu adalah pertunjukan dengan nombor. Ada berapa pergerakan skuad!!!

Skuad jangan lupa …………………………………. dibuat dengan nombor ada ……………. pergerakan. Ada berapa pergerakan skuad!!!

Terus lihat disini saya akan berikan pertunjukan dengan nombor berserta ulasannya sekali.

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD!!2X

…………………………………………………………………………….. satu!! SATU!! Semula,
Apabila dapat hukuman ………………………………………………………………….. satu, ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

(beri hukuman dan buat pergerakan skuad satu semula)

Itu adalah skuad satu,
Apa ada soalan pada skuad satu skuad?

Jika skuad tiada soalan, skuad jangan lupa apabila membuat pergerakan ini skuad hendaklah berteriak satu .

Berteriak apa skuad?

Terus lihat di sini apa akan terjadi apabila dapat hukuman skuad dua,.
Beri hukuman : Skuad……dua!DUA! semula!

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

(beri hukuman dan buat pergerakan skuad satu semula)

Itu adalah skuad dua!
Apa ada soalan pada skuad dua skuad!

Jika skuad tiada soalan, skuad jangan lupa apabila membuat pergerakan ini skuad hendaklah berteriak dua.
Berteriak apa skuad?

Terus lihat disini saya akan berikan pertunjukan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini.
Pandang baik-baik skuad!

(beri hukuman dan buat pergerakan skuad satu semula)

Itu adalah pertunjukan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini,
Keseluruhan pelajaran dan pergerakan ini apa ada soalan skuad?
Jika skuad tiada soalan skuad hendaklah berlatih berpasangan,
Berpasangan …….berlatih!!
Habis!

(Beri hukuman tiga barisan dihadapan saya gerak)

Terus saya akan latih skuad dengan nombor,
Hukuman dan masa daripada saya, perbuatan daripada skuad,
Skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat.

Terus saya akan latih skuad dengan penuh,
Hukuman dan masa daripada saya, perbuatan daripada skuad.
Skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat.

Ehsan: Lkpl Ahmad Asyraf Mat Ali
post signature

Perbezaan Hukuman Kawad Setingkat

Perbezaan Hukuman Kawad Setingkat




SETINGKAT (PERGERAKAN)


1) Dibahagikan kepada bahagian
2) Ada pergerakan dibuat dengan nombor
3) Ada 4 peringkat :
P1 – Pertunjukkan penuh
P2 – Pertunjukkan dengan nombor
P3 – Pertunjukkan dengan nombor dan penerangan
P4 – Pertunjukkan penuh dan terakhir
4) Ada latihkan skuad dengan nombor

SETINGKAT (PERTUNJUKAN & PENERANGAN)

1) Tidak dibahagikan kepada bahagian
2) Tiada pergerakan dibuat dengan nombor
3) Ada 3 peringkat :
P1 – Pertunjukkan penuh
P2 – Pertunjukkan dan penerangan
P3 – Pertunjukkan penuh dan terakhir
4) Tiada latihkan skuad dengan nombor

SETINGKAT (PENERANGAN SHJ)

1) Tidak dibahagikan kepada bahagian
2) Tiada pertunjukkan penuh
3) Tiada pergerakan dibuat dengan nombor
4) Tiada pertunjukkan dengan penuh dan terakhir
5) Ada 1 peringkat :
P1 - Penerangan sahaja
6) Tiada latihan berpasangan
7) Tiada latihan dengan nombor

Ehsan: Lkpl Ahmad Asyraf Mat ALi


post signature

Saturday, June 25, 2011

Pesara ATM Berpeluang di Serap ke JPA

Serapkan Bekas ATM ke Agensi JPA


Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, setakat ini ATM telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara menerusi Strategi Lautan Biru untuk menyerapkan bekas tentera ke dalam kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Katanya, usaha itu adalah penting kepada bekas tentera kerana mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang boleh digunakan bagi meningkatkan lagi prestasi sektor awam seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Mereka merupakan golongan terlatih dan adalah satu kerugian sekiranya kemahiran, pengetahuan serta pengalaman yang mereka ada disia-siakan begitu sahaja apabila bersara.

"Jadi, kami akan berbincang dengan JPA supaya bekas tentera diberi peluang kedua dan diserapkan ke dalam sektor awam yang lain seperti APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sebagainya," katanya selepas majlis penyampaian sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Siri 1/2011 di sini hari ini.

Zulkifeli yakin jabatan atau agensi awam yang lain akan mendapat manfaat daripada khidmat bekas anggota tentera.

Katanya, ia merupakan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak dan berharap ia dapat dilaksanakan bagi menjamin kebajikan golongan berkenaan.

Sementara itu, Zulkifeli berharap pesara-pesara tentera yang mengikuti kursus peralihan dalam pelbagai bidang dengan Perhebat dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya peluang yang diberikan kepada mereka.

Katanya, peluang seumpama itu tidak terdapat pada agensi lain, malah ia juga tidak ditawarkan oleh angkatan tentera di negara lain.

"Mereka seharusnya bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu pengetahuan dan juga kemahiran supaya dapat menyediakan diri dengan suasana pasaran kerja ketika ini," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

'Kit' Untuk Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah KADAR Siri 1/2011

Senarai Pakaian dan Peralatan


PERALATAN Jenis-jenis pakaian yang telah ditetapkan dalam latihan ini adalah seperti berikut :

• Pakaian Lengkap Medan (PLM)
• Pakaian Kawad (No. 3, Belt Putih, 2000)
• Pakaian Celoreng (No. 5)
• Pakaian Sukan
• Pakaian Awam

PAKAIAN LENGKAP MEDAN

Pakaian yang dipakai:
• Topi hutan/ Beret.
• Baju dan Seluar No 5.
• Disc Pengenalan
• ‘Field Dressing’
• Kasut Combat (Spike boot)
• ‘Peralatan Webbing’ dengan Pouches
• Tali Pinggang Belt 2000
• Botol air lengkap

Beg Galas (Pack) Berisi :
• Ponco
• Baju PT
• Seluar PT
• Kasut PT
• Seluar dan baju No 5
• Seluar dalam hijau atau warna gelap
• Berus dan ubat gigi
• Bedak kaki
• Sabun Mandi (Bekas sabun dan alat pencukur lengkap)
• Kiwi hitam dan berus kasut
• Hammock
• Jersey Pullover
• Parang
• Sarong Kaki
• Selimut (Blanket) hijau dan kelambu
• Tuala hijau
• Mess Tin satu pasang
• Sudu, garpu, dan pisau lipat
• Shivol atau cangkul
• Tali warna gelap panjang 10 meter
• Buku Nota dan Alat tulis
• Peralatan menjahit (House Wife)

Pakaian Kawad (No 3)

• Baju dan Seluar No3
• Kasut Kawad
• Tali pinggang pattern 2000 dan tali pinggang putih
• Beret
• Disc pengenalan
• Tongkat Kent

PAKAIAN SUKAN

• Track Suit Hitam
• Baju T Shirt putih (Wanita lengan panjang)
• Kasut Sukan Putih
• Sarung Kaki Putih
• Tudung Putih bagi Wanita

PAKAIAN AWAM

• Kemeja lengan panjang
• Seluar slack warna gelap
• Tali Leher
• Kasut awam Bertumit dan bertali
• Baju Kurung
• Baju yang Bersesuaian bagi wanita non muslim

post signature

Thursday, June 23, 2011

Setingkat: Berpusing Ke Kanan Pusing Semasa Henti

Hukuman Kawad Setingkat
Pelajaran: Berpusing Ke Kanan Pusing Semasa Henti



Skuad! (skuad teriak 'skuad!')
dengar sini semua sekali
apabila dapat hukuman
SEPARUH BULATAN DI HADAPAN SAYA GERAK
skuad hendaklah sedia
berlari berbaris
dalam separuh bulatan
di hadapan di tengah2
di mana saya mengadap
faham itu skuad? (2x) (skuad teriak 'skuad')


SEPARUH BULATAN DI HADAPAN SAYA GERAK!
SKUAD... HENTI! (jatuh atas kaki kanan)
SENANG DIRI!


===================================


skuad (skuad xteriak!! diam je)
setingkat lagi
di atas pelajaran anda dalam kawad kaki/senjata M16
adalah berpusing ke kanan pusing semasa henti


tujuan pelajaran dan pergerakan ini diajar
adalah untuk membolehkan anda
membuat pergerakan berpuisng ke kanan pusing
dengan cara yang betul dan cergas


apabila dapat hukuman rehatkan diri
lihat di sini
saya akan memberikan pertunjukkan yang penuh


REHATKAN DIRI! (skuad teriak 1,2,3 rehat tanpa buat pergerakan)


==============================


pandang baik2 skuad (2x) (skuad teriak 'skuad')


BERPUSING KE KANAN... PUSING!
1! 2! 1!
(aku pusing balik ke depan tanpa cakap 'semula')


itu adalah pertunjukkan yang penuh
nampak itu skuad? (skuad teriak 'skuad')


oleh sebab belajar dan mengajar
maka pergerakan ini dibahagikan kepada bahagian
tiap2 bahagian nombor


==================================


terus lihat di sini apa akan terjadi
apabila dapat hukuman
berpusing ke kanan pusing dengan nombor
berpusing ke kanan pusing satu, skuad dua & seterusnya.


pandang baik2 skuad (2x) (skuad teriak 'skuad')


BERPUSING DENGAN NOMBOR... KE KANAN PUSING.... SATU! (aku bergerak) SATU!
SKUAD DUA! (aku bergerak) DUA!
(aku pusing balik ke depan tanpa cakap 'semula')


itu adalah pertunjukkan dengan nombor
ada berapa pergerakan skuad? (skuad teriak '2')
skuad jangan lupa
berpusing ke kanan pusing semasa henti
dibuat dengan nombor ada 2 pergerakan
ada berapa pergerakan skuad? (skuad teriak '2')


=======================================


terus lihat di sini
saya akan berikan pertunjukkan dengan nombor berserta ulasannya sekali


pandang baik2 skuad (2x) (skuad teriak 'skuad')


BERPUSING DENGAN NOMBOR... KE KANAN PUSING SATU! (aku bergerak) SATU! SEMULA!
(aku berpatah balik 1 step backward)


apabila dapat hukuman
berpusing dengan nombor, ke kanan pusing, satu,
berpusing di atas tumit kaki kanan
dan hujung jari kaki kiri,
pusingkan kepala, bahu dan badan
90 darjah ke kanan
kedua-dua belah tangan
berada di penjahit sisi seluar seperti keadaan sedia.


BERPUSING DENGAN NOMBOR... KE KANAN PUSING SATU! (aku bergerak) SATU!
(aku teleng kepala sahaja mengadap skuad)


itu adalah skuad satu,
apa ada soalan pada skuad satu skuad? (skuad teriak 'xde skuad')


jika skuad tiada soalan
skuad jangan lupa
apabila membuat pergerakan ini
skuad hendaklah berteriak satu .
Berteriak apa skuad? (skuad teriak 'satu')


terus lihat disini
apa akan terjadi
apabila dapat hukuman skuad dua
(aku pandang pukul 12 semula)


SKUAD DUA! (aku bergerak) DUA! SEMULA!
(aku berpatah balik 1 step backward)
(aku teleng kepala sahaja mengadap skuad)


apabila dapat hukuman skuad dua
dengan pantas angkat kaki kiri
lutut bengkok peha paras
dan hentakkan dengan padat
disebelah kaki kanan
kedua-dua tangan
berada di penjahit sisi seluar seperti keadaan sedia.


(aku pandang pukul 12 semula)
SKUAD DUA! (aku bergerak) DUA!
(aku teleng kepala sahaja mengadap skuad)


itu adalah skuad dua
apa ada soalan pada skuad dua skuad! (skuad teriak 'xde skuad')


jika skuad tiada soalan
skuad jangan lupa
apabila membuat pergerakan ini
skuad hendaklah berteriak dua
berteriak apa skuad? (skuad teriak 'dua')
(aku pandang pukul 12 semula dan berpusing mengadap ke skuad)


====================================


terus lihat disini
saya akan berikan pertunjukan yang penuh
dan terakhir bagi pergerakan ini


Pandang baik-baik skuad (1x)


BERPUSING DENGAN NOMBOR... KE KANAN PUSING.... SATU! (aku bergerak) SATU!
SKUAD DUA! (aku bergerak) DUA!
(aku pusing balik ke depan tanpa cakap 'semula')


itu adalah pertunjukan yang penuh
dan terakhir bagi pergerakan ini
keseluruhan pelajaran dan pergerakan ini
apa ada soalan skuad? (skuad teriak 'xde skuad')
jika skuad tiada soalan
skuad hendaklah berlatih berpasangan


BERPASANGAN... BERLATIH!
HABIS!


======================================


skuad
dengar sini semua sekali
apabila dapat hukuman
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA GERAK
skuad hendaklah sedia
berlari berbaris
dalam tiga barisan
di hadapan di tengah2
di mana saya mengadap
faham itu skuad? (2x)


TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA... GERAK!


SKUAD HENTI! (atas kaki kanan)


==========================================


terus saya akan latih skuad dengan nombor
hukuman dan masa daripada saya
perbuatan daripada skuad
skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat


BERPUSING DENGAN NOMBOR... KE KANAN PUSING....
SATU! (aku stay, skuad bergerak) SATU!
SKUAD DUA! (aku stay, skuad bergerak) DUA!
SEMULA!




===========================================


terus saya akan latih skuad dengan penuh
hukuman dan masa daripada saya
perbuatan daripada skuad
skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat
berteriak apa skuad? (skuad teriak 'masa')


BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA... KE KANAN PUSING! (aku stay, skuad bergerak) SEMULA!


============================================


KE KANAN LURUS!
PANDANG DEPAN!
post signature

Sunday, June 19, 2011

Latihan Perang CARAT Malaysia-AS

Kemusykilan terhadap niat China

PENULIS ialah GeoStrategis Institut GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara.

CHINA telah berulang kali menegaskan permodenan angkatan bersenjata mereka tiada kena mengena dengan hasrat untuk menjadi kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) tetapi hanya untuk melindungi kepentingan agenda ekonomi mereka. Sememangnya pengakuan sedemikian rupa amat dialu-alukan terutama sekali oleh negara jiran yang lebih kecil seperti ASEAN.

Tetapi perlu ditegaskan, Beijing sememangnya pintar menggunakan bahasa diplomasi untuk menggambarkan yang mereka tidak mempunyai agenda tersirat. Apa yang boleh dirungkaikan daripada kenyataan Beijing adalah mereka akan mempertahankan kepentingan ekonomi dengan apa jua kaedah sekalipun, dan ini termasuklah kekuatan tentera.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdoa pada
majlis pelancaran latihan perang CARAT Malaysia-AS
bersama anggota United States Navy (USN)
di Kuantan, 6 Jun lalu. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
Perhatikan sahaja apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan mengenai tuntutan bertindih gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel oleh China, Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan. Beberapa minggu lepas telah berlaku beberapa tindakan agresif di antara China, Vietnam dan Filipina di kawasan perairan yang masing-masing mendakwa milik mereka.

Vietnam dan Filipina telah menuduh tentera laut China mengganggu kerja eksplorasi di dalam perairan yang didakwa oleh Hanoi dan Manila adalah milik mereka. Beijing pula mendakwa kedua-dua negara tersebut telah menceroboh kawasan milik China.

Masalahnya di sini ialah hampir keseluruhan kawasan tuntutan bertindih Laut China Selatan didakwa oleh Beijing sebagai milik mereka dengan menggunakan dalil sejarah lampau.

Vietnam telah pun mengambil tindakan susulan akibat gangguan Beijing dengan mengadakan latihan tembakan peluru hidup di wilayah Quang Nam berhampiran dengan kawasan pertikaian. Walaupun dinafikan oleh Hanoi, begitu jelas sekali isyarat latihan tersebut adalah amaran kepada Beijing bahawa Vietnam akan mempertahankan kedaulatan mereka.

Begitu juga dengan Filipina yang bakal mengadakan latihan perang yang dinamakan CARAT bersama-sama dengan AS dari 28 Jun hingga 8 Julai memberikan satu maksud yang tersirat kepada Beijing mengenai apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan.

Seperti lazimnya Beijing telah memberi amaran bahawa masalah tuntutan bertindih tersebut perlu diselesaikan secara bilateral iaitu antara China dan negara berkenaan sahaja tanpa memerlukan campur tangan pihak ketiga. Jika agenda China itu dituruti maka sudah semestinya manfaat menyebelahi mereka kerana China mempunyai segala-galanya.

Memang benar China tidak berminat untuk berperang dengan negara ASEAN yang jauh lebih lemah. Tetapi Beijing tanpa segan silu akan mempamerkan kekuatan tentera mereka untuk mendapatkan apa yang dihajati. Apa yang berlaku terhadap Vietnam dan Filipina tempoh hari adalah contoh klasik maksud tersirat permodenan angkatan tentera yang selaras dengan kemajuan ekonomi China.

Paling menggerunkan ialah bagaimana pantasnya permodenan angkatan tentera China berlaku. Tidak lama lagi tentera laut China akan memiliki kapal pengangkut jet pejuang yang pertama. China juga dipercayai sudah memiliki peluru berpandu balistik yang direka khas untuk memusnahkan kapal perang.

Sejak kebelakangan ini apa yang jelas adalah tumpuan khas diberikan kepada kemampuan angkatan laut mereka.

Selama ini AS dianggap sebagai kuasa maritim yang unggul kerana mempunyai gugusan kapal pengangkut jet pejuang yang tiada tolok bandingannya. AS mampu menonjolkan dan menggunakan kekuatan angkatan tentera mereka di mana-mana sahaja dengan kaedah kapal pengangkut yang ditempatkan serata pelosok dunia.

Memang benar dengan hanya sebuah kapal pengangkut tidak mungkin China dapat menandingi kehebatan AS. Tetapi bayangkan kesannya jika kapal pengangkut tersebut ditempatkan di Laut China Selatan. Sudah pasti China akan mempunyai kelebihan yang melampau apabila berhadapan dengan isu tuntutan bertindih.

Mungkin secara kebetulan atau tidak kapal pengangkut jet pejuang USS George Washington telah berlepas dari pangkalan di Jepun dan besar kemungkinan sedang menuju ke perairan Laut China Selatan. Pada minggu lepas kapal pengangkut tersebut telah pun berada di Laut China Selatan kerana mengambil bahagian dalam latihan perang CARAT Malaysia-AS. Buat pertama kali juga kapal selam AS turut serta dalam latihan tersebut.

Salah satu strategi untuk mengekang kelebihan angkatan laut China, negara ASEAN perlu mempunyai satu suara apabila berhadapan dengan Beijing. Mahu tidak mahu pihak ketiga perlu diberi ruang untuk bersama-sama dengan negara ASEAN berhadapan dengan China. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah AS kerana hanya negara itu yang mampu menandingi kehebatan angkatan tentera China.

Strategi yang diamalkan oleh Malaysia dengan mengadakan latihan perang secara bersama dengan AS adalah kaedah yang paling berkesan untuk memberi isyarat kepada China. CARAT umpamanya adalah latihan bersama antara Malaysia-AS paling lama dan berjaya di antara kedua-dua negara.

Memandangkan kepentingan Laut China Selatan kepada Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi, kerjasama strategik dalam pertahanan maritim di antara AS diperluaskan lagi dengan penyertaan terbaru latihan secara bersama. Buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Latihan Pinggir Pasifik (RIMPAC) dan Cobra Gold bersama-sama dengan AS. RIMPAC dianggap sebagai latihan perang maritim antarabangsa yang terbesar di dunia dan pada latihan tahun lepas telah disertai oleh 13 negara.

Sememangnya penyertaan Malaysia dalam CARAT, Cobra Gold and RIMPAC akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada ASEAN.

Kehadiran empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia dalam salah satu latihan ketenteraan tersebut sudah pasti membawa implikasi yang agak besar seperti mana pakatan Jepun dan Korea Selatan yang telah memberi kesan kepada Asia Timur. Menjadi harapan isyarat tersebut dapat di baca oleh Beijing dengan betul.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Saturday, June 18, 2011

"Tanggapan ATM Goyang Kaki Salah"

Tanggapan ATM Goyang Kaki Salah - Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR 7 Jun - Tanggapan negatif sesetengah masyarakat negara ini yang sering dimomokkan oleh pihak tertentu bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya 'goyang kaki' ketika negara berada di dalam keadaan aman adalah salah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan strategi laut biru berlandaskan konsep inovasi yang diamalkan ketika ini memastikan ATM boleh berkhidmat dalam sebarang bentuk keadaan sama ada perang mahupun aman.

Beliau berkata, dalam tempoh kurang enam bulan, Kementerian telah berjaya menembusi kejumudan dan tanggapan orang ramai mengenai pretasi dan kemampuan ATM untuk berkhidmat dengan lebih baik sehingga mampu memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010.

AHMAD Zahid Hamidi memakaikan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat)
kepada Lajim Ukin semasa hadir pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan
di Kuala Lumpur, semalam. AHMAD Zahid Hamidi memakaikan pangkat
Brigedier Jeneral (Kehormat) kepada Lajim Ukin semasa hadir pada
perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.
"Oleh itu, pencapaian ini bukan sesuatu kebanggaan sebaliknya ia merupakan suatu kesyukuran bagi kita untuk menjadikannya suatu tapak untuk bergerak ke langkah-langkah yang seterusnya.

"Dengan harapan tidak mahu riak dan takabbur, mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada kita supaya pelbagai kejayaan lain akan dapat digapai selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Ahmad Zahid dalam pada itu mengingatkan warga Kementerian Pertahanan supaya tidak rasa terhina dengan tohmahan masyarakat serta tidak berasa rendah diri dengan tugas yang mereka lakukan.

Sebaliknya kata beliau, mereka perlu membuktikan bahawa tentera boleh bersama dengan rakyat dan masyarakat akar umbi dalam melakukan pertahanan menyeluruh terhadap mereka.

"Sebenarnya, kita telah dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain namun perlu saya tekankan bahawa kita tidak harus berasa bangga sebaliknya bersyukur dan menjauhi rasa riak dengan kemampuan yang kita miliki," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid mahu warga Kementerian Pertahanan supaya menjadikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai panduan bagi mereka melunaskan tanggungjawab kepada negara.

Tambah beliau, mereka perlu melakukan beberapa tindakan yang dapat membantu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan Kementerian Pertahanan berada di barisan hadapan dalam menentukan pelaksanaan GTP.

SUmber: Utusan Malaysia Online
post signature

Friday, June 17, 2011

Soal Jawab Bersama PAT Yang Baru Daripada TDM

ATM Perlu Dekati Rakyat


UTUSAN: Tahniah kerana telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-18?

ZULKIFELI MOHD. ZIN
ZULKIFELI: Saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas penghijrahan ini dan penghargaan serta sembah junjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana telah merestui jawatan baru saya ini.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menyokong pelantikan saya dan juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengesyorkan nama saya.

Pada pengamatan saya sebarang pelantikan adalah bergantung kepada rezeki seseorang itu. Faktor-faktor lain, mungkin kerana umur, penerimaan dan sama ada seseorang itu dirasakan sesuai untuk menjalankan sesuatu tugas berkenaan.

Bagaimanakah perasaan kerana terpaksa meninggalkan jawatan terdahulu sedangkan banyak perancangan belum selesai?

Saya memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat selama setahun tiga minggu dan ia adalah begitu singkat. Apa yang saya nyatakan di dalam perintah ulung saya pada 24 Mei 2010 ada yang telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan ada yang masih belum dilaksanakan.

Perancangan yang belum dilaksanakan berpunca kerana kekangan masa dan kewangan. Semua perancangan ini dibuat secara konsensus bersama-sama pucuk pimpinan Tentera Darat yang lain. Memandangkan timbalan saya diangkat sebagai Panglima Tentera Darat yang baru, saya mempunyai sepenuh keyakinan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan dan melaksanakan yang belum terlaksana lagi.

Pandangan Tan Sri terhadap Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang baru?

Saya yakin bahawa beliau akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kemantapan bagi membawa Tentera Darat ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun hanya menjadi timbalan selama setahun, saya mendapati beliau telah menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan penuh semangat. Saya yakin beliau telah bersedia sepenuhnya untuk dilantik sebagai Panglima Tentera Darat.

Adakah pengalaman Tan Sri sebagai bekas Komander Tim Pemantau Antarabangsa- Mindanao dapat membantu ketika memimpin ATM?

Ya, ia akan membantu saya. Ketika bertugas di Mindanao, Filipina saya melihat keamanan tidak dapat dicapai di wilayah berkenaan kerana tiadanya national will (sokongan rakyat) yang sepenuhnya ke arah itu. Ia juga berpunca kerana tiada kemahuan politik oleh kerajaan yang memerintah ketika itu.

Saya berharap hala tuju ATM bukan sahaja memberi tumpuan kepada latihan dan pemodenan aset semata-mata malah untuk meningkatkan sokongan rakyat bagi bersama-sama mempertahan dan membangunkan negara ini.

Sokongan rakyat amat penting. Sebagai contoh, kita lihat Amerika Syarikat kalah di Vietnam bukan kerana ia ketinggalan dari segi keupayaan ketenteraan sebaliknya kerana rakyatnya tidak lagi menyokong anggota tentera berperang di negara itu.

Apakah tumpuan utama ketika menyandang jawatan Panglima Angkatan Tentera?

Tumpuan adalah untuk melatih anggota dalam ketiga-tiga perkhidmatan di bawah ATM supaya mereka sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi peperangan. Di samping itu, berikutan perubahan di peringkat antarabangsa sekarang kita juga perlu mendefinisi semula apa yang dikatakan strategi untuk keselamatan negara. Bagi saya ia seharusnya meliputi tiga aspek iaitu pertahanan, keselamatan dan pembangunan negara.

Apakah peranan ATM sekarang dalam pembangunan negara?

Sebagai jabatan atau agensi kerajaan, ATM perlu memainkan peranan dalam pembangunan negara. Ini boleh dilakukan secara efektif kerana ATM mempunyai kekuatan yang tidak dipunyai jabatan atau agensi lain.

Untuk mencapai matlamat ini, kita menyahut baik seruan kerajaan untuk melaksanakan Strategi Lautan Biru. Ini bermakna kita perlu mendekati diri dan berkhidmat kepada rakyat. Kita juga perlu melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat secara berterusan dan sepanjang masa. Bukannya seperti sekarang, hanya ketika terdapat upacara tertentu atau bencana.

Pandangan Tan Sri berhubung kepentingan Askar Wataniah?

Saya pernah menjadi Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS). Askar sukarela atau Askar Wataniah ini adalah jambatan antara ATM dengan orang awam bagi merapatkan lagi kita dengan rakyat jelata. Sudah tentu ia juga mempunyai fungsi ketika berlaku konflik apabila pasukan ini akan digerakkan atau diserapkan ke dalam pasukan tetap untuk membantu kita.


Anggota pasukan ini juga diatur gerak di sesuatu kawasan bencana seperti ketika banjir. Mereka yang merupakan penduduk tempatan di sesuatu kawasan itu mempunyai pengetahuan tentang persekitaran setempat dan bertindak sebagai penunjuk arah kepada anggota tetap.

Adakah sebarang cadangan untuk meningkat bilangan anggota sukarela?

Sekarang ini nisbahnya ialah seorang anggota tetap bagi seorang askar sukarela. Kita menetapkan dalam tempoh akan datang sehingga 2020 nisbah ini akan ditingkatkan kepada seorang anggota tetap bagi dua askar sukarela.

Alhamdulillah, berikutan keterampilan ATM sekarang dan kerana kita telah mendekati rakyat, mereka akan datang kepada kita untuk berkhidmat sebagai Askar Wataniah sama ada darat, laut atau udara.

Langkah meningkatkan bilangan askar sukarela ini juga selaras dengan sasaran kita untuk mewujudkan satu kompeni Askar Wataniah di setiap 222 kawasan Parlimen seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Apakah aset-aset baru yang dicadang untuk diperolehi oleh ATM?

Saya tidak boleh menyenaraikan. Kita mesti ingat bahawa pembangunan ATM adalah berdasarkan kepada keupayaan yang diperlukan dan bukan kerana ancaman atau sebagainya. Apabila disebut tentang keupayaan, ia mempunyai beberapa faktor penyumbang termasuk berapa banyak sumber manusia yang kita ada dan berapa kosnya yang kita mampu.

Betulkan pandangan bahawa generasi muda tidak berminat menyertai ATM?

Sebenarnya itu adalah tanggapan yang tidak begitu betul. Kita sebenarnya menerima respons yang menggalakkan daripada generasi muda. Misalnya, ketika Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya ramai yang melawat ruang pameran ATM dan mereka juga banyak bertanya.

Ketika membuat pengambilan rekrut baru, walaupun jumlah yang ingin diambil lebih 2,000 orang sahaja tetapi yang memohon berjumlah berpuluh ribu orang. Semua yang memohon adalah layak. Berikutan itu, kita tiada pilihan kecuali memilih yang terbaik.

Ada individu apabila gagal dalam temu duga di sesuatu daerah akan pergi pula ke pusat pemilihan rekrut yang dibuka di daerah lain. Jika masih tidak berjaya mereka akan mencuba sekali lagi pada tahun akan datang. Kita mempunyai rekod dalam komputer mengenai siapakah individu ini. Kerana semangat itu, kita ambil juga mereka.

Adakah faktor gaji yang lebih baik menjadi punca sambutan menggalakkan ini?

Sudah tentu faktor gaji yang lebih baik adalah antara sebabnya. Ini hasil daya usaha Datuk Seri Najib yang ketika menjadi Menteri Pertahanan telah melakukan banyak penambahbaikan terhadap ATM.

Sebagai contoh, ketika saya menjadi pegawai muda pada sekitar 1980-an seorang sarjan ada menyatakan kepada saya bahawa dia tidak akan membenarkan anaknya masuk tentera. Orang yang sama setelah bersara, menelefon saya menyatakan harapan anaknya dapat memasuki ATM.

Faktor-faktor lain yang menjadi daya tarikan untuk generasi muda menyertai ATM adalah kerana mereka dapat bertugas di luar negara di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1 2011

Bermulanya Perjalanan


Seramai 104 penuntut telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 1 2011 selama sebulan bermula pada 18 Mei sehingga 17 Jun 2011 dan 42 daripadanya adalah penuntut daripada wataniah (skill dan non-skill) UIAM. Kursus yang diadakan di Rejimen 515 Askar Wataniah ini bukan sahaja untuk mendedahkan kepada penuntut asas-asas ketenteraan tetapi juga untuk memperkasakan kekuatan barisan tentera simpanan dan mempersiapkan diri untuk berkorban demi negara pada setiap masa yang diperlukan. Latihan yang diberikan menekankan aspek disiplin yang tinggi, semangat bekerjasama dan sifat cinta akan tanah air. Berikut adalah gambar-gambar kenangan mereka sepanjang mengikuti kursus berkenaan.

Pada minggu pertama, penuntut telah mengikuti pelajaran senjata Colt M16 5.56 mm. Antara pelajaran yang diajar seperti keselamatan membuka dan memasang senjata, memegang, menenang dan menembak senjata dan tindakan serta-merta (TSM).





Pada minggu kedua, penuntut telah menjalani latihan kawad kaki dengan senjata. Tahniah diucapkan kepada PM Noraini binti Zainal Abidin kerana telah dipilih sebagai penuntut kawad terbaik bagi siri kali ini.




Minggu berikutnya, penuntut telah dibawa ke lapang sasar Sungai Besi untuk menjalani latihan menembak. Pada pertandingan menembak peringkat penuntut, kumpulan Semwatan yang dianggotai oleh PM Sollehudin bin Sapari (UIAM), PM Mohd Suhaimi Alhakimi bin Arifin (UIAM), PM Muhammad Nasir bin Abu Bakar (UIAM) dan Halim bin Hasan (semboyan) telah muncul sebagai johan bagi kategori penuntut lelaki. Tahniah juga kepada kumpulan Gempur yang terdiri daripada PM Nur Hazirah binti Samsudin (UIAM), PM Nurul Natasha binti Nasaruddin (UIAM), PM Nurul Hakimah binti Mohd Lazim (UIAM) dan Zatul Iradah binti Mohd Zuber (individu) kerana muncul sebagai naib johan kategori wanita. Dalam pertandingan menembak piring, kumpulan Semwatan telah mewakili pasukan penuntut menentang pasukan-pasukan demo dan jurulatih. Walaupun tewas kepada pasukan jurulatih, tetapi kejayaan mereka mara sehingga ke peringkat akhir dan muncul sebagai naib johan pertandingan adalah sangat membanggakan. Setinggi tahniah juga diucapkan kepada PM Fahmi bin Resali kerana muncul sebagai penembak terbaik menewaskan pesaing terdekatnya PM Sollehudin bin Sapari yang merupakan penerima anugerah Penuntut Akademik Terbaik kursus. Sesungguhnya kejayaan perajurit-perajurit muda tersebut sangat membanggakan kelab Nadi@watan dan UIAM.


Penuntut menaiki trak 3 tan menuju ke lapang sasar Sungai Besi.



Staff Sarjan John Munin menyelia latihan menembak dengan berhati-hati.


 Kumpulan Semwatan dan Gempur muncul sebagai johan dan 
naib johan pertandingan menembak.


Minggu keempat pula, penuntut mengikuti latihan medan di Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam selama 4 hari. Di sana, kemampuan mereka teruji dalam mempraktikkan segala pelajaran medan perang (IMP) yang mereka telah pelajari seperti serang hendap, menduduki pangkalan dan lain-lain lagi.






Walaupun penuntut terdiri daripada pelbagai unit tetapi sikap penuntut daripada UIAM yang tidak kekok dalam menyesuaikan diri dan bergaul mesra dengan penuntut-penuntut daripada unit lain dan menghormati jurulatih-jurulatih kursus adalah sangat dipuji.




Semoga segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diredhai Allah S.W.T. dan semoga kemesraan yang terjalin kekal selamanya.


 Anugerah-anugerah kebanggaan.




Gambar kredit kepada : PM Wan Muhammad Iqbal, PM Kaled, PM Noor Hafiza dan penuntut-penuntut individu (Amirul, Masniwaty, Aniza)



post signature

Thursday, June 16, 2011

PAT Kini Disandang Oleh Bekas PTD Terdahulu

Penggiliran PAT Kembali ke Tentera Darat


KUALA LUMPUR 15 Jun - Sistem penggiliran Panglima Angkatan Tentera kembali ke tampuk pemerintahan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkuat kuasa hari ini, selepas diketuai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama dua tahun.

Ia bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang menamatkan perkhidmatannya hari ini selepas 41 tahun menabur bakti dalam TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penggiliran ketua perkhidmatan cabang dalam ATM sebagai Panglima Angkatan Tentera dimulakan pada April 2005 apabila Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Noor daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilantik ke jawatan tertinggi ATM tersebut.

Ia memecahkan tradisi ATM apabila kesemua jawatan tertinggi ketumbukan tersebut sebelum itu diketuai oleh Panglima Tentera Darat.

Melalui trend sekarang serta sumber Utusan Malaysia, penggiliran jawatan itu akan dibuat mengikut turutan: TDM-TLDM-TDM-TUDM.

Berikut merupakan senarai Panglima Angkatan Tentera sejak Mohd. Anuwar memecahkan tradisi itu.

Sumber: Utusan Malaysia   
post signature

Menyimpan Rahsia Negara Seketat-ketatnya!

Pelihara Rahsia Pertahanan

oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua anggota tentera dan orang awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan diingatkan supaya memelihara serta menyimpan rahsia pertahanan negara agar ia tidak dimanipulasi oleh musuh.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, ini kerana pendedahan tentang rahsia negara hanya akan membawa padah pada masa depan.

AZIZAN Ariffin melambai kepada para pegawai ATM sempena persaraannya
selepas majlis serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera
di Kementerian Pertahanan, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
"Ingatlah, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terus mengintai peluang untuk mengambil kesempatan atas kelalaian atau kelemahan kita dan di luar sana, elemen asing termasuk warga Malaysia terus cuba memperoleh maklumat mengenai aset strategik kita.

"Oleh itu, saudara dan saudari hendaklah memastikan segala maklumat berdarjah disimpan dengan seketat-ketatnya dan tidak menguar-uarkan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat terakhir sebagai Panglima Angkatan Tentera sebelum menyerahkan tugas kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin melalui simbolik penyerahan tongkat kuasa di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Azizan mencipta sejarah tersendiri dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila muncul sebagai Panglima Tentera Udara pertama yang dilantik memimpin ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera negara bermula 1 September 2009 sehingga ke hari ini.

Beliau mengakui tarikh 1 September 2009 dan 15 Jun 2011 merupakan dua tarikh teristimewa dalam hidupnya serta selama 41 tahun berkhidmat dalam ATM.

Pada acara hari ini, Azizan turut melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh sepasukan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja buat kali terakhir sebelum diarak di atas sebuah kenderaan tentera dengan penuh simbolik.

Suasana di Kementerian Pertahanan mendung seketika disertai tiupan angin sewaktu acara itu berlangsung.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Selebriti-Selebriti Dalam Askar Wataniah


2011/06/16

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air hari ini menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Yang lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapten (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.
Ahmad Zahid berkata, penyertaan selebriti dalam Askar Wataniah dapat menarik minat lebih ramai individu terutamanya golongan belia.

"Matlamat kami mempelawa selebriti menyertai Askar Wataniah adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Mereka kemudiannya boleh menterjemahkan dan menerangkan kepada orang ramai mengenai peranan tentera ketika berlaku peperangan dan juga dalam keadaan aman damai sekaligus menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai pasukan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima borang itu di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata latihan akan bermula tidak lama lagi dan semua peserta perlu menamatkan latihan selama 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Terdahulu dalam majlis di Kementerian Pertahanan itu, artis terbabit menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam Askar Wataniah.
Siti Nurhaliza ketika ditemui pemberita berkata penyertaannya dalam Askar Wataniah mampu membantu menguatkan mental serta fizikalnya.

"Saya memang minat dengan aktiviti lasak malah saya pernah melalui latihan ketenteraan untuk sebuah program televisyen, tetapi menyertai Askar Wataniah ini tentu lebih berbeza dan memerlukan persediaan yang lebih.

"Jadi bila ditawar dan diberi peluang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid serta kebenaran daripada suami, saya tidak melepaskan peluang ini. Saya juga mahu mengajak supaya peminat saya dan belia turut menyertai Askar Wataniah," katanya.

Shaheizy Sam pula berkata beliau menyertai Askar Wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan.

"Memang dari kecil saya teringin untuk berkhidmat kepada negara, jadi saya rasa bangga dan bersedia untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara dan ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mengajak peminat turut menyertai," katanya.

Aizat pula sangat teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan yang mencabar dan menguji minda seperti rintangan, kawad dan mengendalikan senjata setelah mendengar cerita daripada kawannya yang juga seorang anggota tentera di Singapura. -

Sumber: BERNAMA

Masing-masing meluahkan perasaan tersendiri antaranya

Siti Nurhaliza
program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
"Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih"

Ana Raffali
Angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.
"Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.

"Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya," katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.

Aizat
begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.

Shaheizy Sam
"Menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan."

post signature