CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 17, 2011

Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1 2011

Bermulanya Perjalanan


Seramai 104 penuntut telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 1 2011 selama sebulan bermula pada 18 Mei sehingga 17 Jun 2011 dan 42 daripadanya adalah penuntut daripada wataniah (skill dan non-skill) UIAM. Kursus yang diadakan di Rejimen 515 Askar Wataniah ini bukan sahaja untuk mendedahkan kepada penuntut asas-asas ketenteraan tetapi juga untuk memperkasakan kekuatan barisan tentera simpanan dan mempersiapkan diri untuk berkorban demi negara pada setiap masa yang diperlukan. Latihan yang diberikan menekankan aspek disiplin yang tinggi, semangat bekerjasama dan sifat cinta akan tanah air. Berikut adalah gambar-gambar kenangan mereka sepanjang mengikuti kursus berkenaan.

Pada minggu pertama, penuntut telah mengikuti pelajaran senjata Colt M16 5.56 mm. Antara pelajaran yang diajar seperti keselamatan membuka dan memasang senjata, memegang, menenang dan menembak senjata dan tindakan serta-merta (TSM).





Pada minggu kedua, penuntut telah menjalani latihan kawad kaki dengan senjata. Tahniah diucapkan kepada PM Noraini binti Zainal Abidin kerana telah dipilih sebagai penuntut kawad terbaik bagi siri kali ini.




Minggu berikutnya, penuntut telah dibawa ke lapang sasar Sungai Besi untuk menjalani latihan menembak. Pada pertandingan menembak peringkat penuntut, kumpulan Semwatan yang dianggotai oleh PM Sollehudin bin Sapari (UIAM), PM Mohd Suhaimi Alhakimi bin Arifin (UIAM), PM Muhammad Nasir bin Abu Bakar (UIAM) dan Halim bin Hasan (semboyan) telah muncul sebagai johan bagi kategori penuntut lelaki. Tahniah juga kepada kumpulan Gempur yang terdiri daripada PM Nur Hazirah binti Samsudin (UIAM), PM Nurul Natasha binti Nasaruddin (UIAM), PM Nurul Hakimah binti Mohd Lazim (UIAM) dan Zatul Iradah binti Mohd Zuber (individu) kerana muncul sebagai naib johan kategori wanita. Dalam pertandingan menembak piring, kumpulan Semwatan telah mewakili pasukan penuntut menentang pasukan-pasukan demo dan jurulatih. Walaupun tewas kepada pasukan jurulatih, tetapi kejayaan mereka mara sehingga ke peringkat akhir dan muncul sebagai naib johan pertandingan adalah sangat membanggakan. Setinggi tahniah juga diucapkan kepada PM Fahmi bin Resali kerana muncul sebagai penembak terbaik menewaskan pesaing terdekatnya PM Sollehudin bin Sapari yang merupakan penerima anugerah Penuntut Akademik Terbaik kursus. Sesungguhnya kejayaan perajurit-perajurit muda tersebut sangat membanggakan kelab Nadi@watan dan UIAM.


Penuntut menaiki trak 3 tan menuju ke lapang sasar Sungai Besi.



Staff Sarjan John Munin menyelia latihan menembak dengan berhati-hati.


 Kumpulan Semwatan dan Gempur muncul sebagai johan dan 
naib johan pertandingan menembak.


Minggu keempat pula, penuntut mengikuti latihan medan di Hutan Lipur Sungai Sendat, Ulu Yam selama 4 hari. Di sana, kemampuan mereka teruji dalam mempraktikkan segala pelajaran medan perang (IMP) yang mereka telah pelajari seperti serang hendap, menduduki pangkalan dan lain-lain lagi.






Walaupun penuntut terdiri daripada pelbagai unit tetapi sikap penuntut daripada UIAM yang tidak kekok dalam menyesuaikan diri dan bergaul mesra dengan penuntut-penuntut daripada unit lain dan menghormati jurulatih-jurulatih kursus adalah sangat dipuji.




Semoga segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diredhai Allah S.W.T. dan semoga kemesraan yang terjalin kekal selamanya.


 Anugerah-anugerah kebanggaan.




Gambar kredit kepada : PM Wan Muhammad Iqbal, PM Kaled, PM Noor Hafiza dan penuntut-penuntut individu (Amirul, Masniwaty, Aniza)



post signature

4 comments:

Jihadian

Tahniah semua :)

Omare

Tahniah!

Anonymous

Tahniah adik-adikku...teruskan perjuangan

Cikgu Madrid

APE LATIHAN YG PALING MENGERIKAN UTK KURSUS NI???
SJE NK TAHU..MCM BEST JER...

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)