CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 2, 2011

Panglima Tentera Darat Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Panglima Tentera Darat 

disenarai dalam Dewan Pemasyhuran NDU

2011/05/01

WASHINGTON: Panglima Tentera Darat ke-23 Malaysia, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin disenaraikan dalam International Fellows Hall of Fame, National Defense University (NDU) sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang beliau dalam angkatan tentera Malaysia.

Zulkifeli, lulusan NDU pada 2001 dengan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Nasional, menerima sijil dan plak daripada Presiden NDU, Naib Laksamana Ann Rondeau pada Khamis di Dewan Eisenhower universiti itu di Fort McNair, di sini.
Dua lagi lulusan NDU yang turut diiktiraf ialah Duta Emeriyah Arab Bersatu ke Amerika Syarikat Yousef Al Otaiba, dan mendiang Mejar Jeneral Gordan Cacic (1961-2008), Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Croatia.
Gambar dan nama ketiga-tiga mereka akan ditempatkan di International Fellows Hall of Fame berprestij itu yang diwujudkan pada 1 Mei, 2000.

Rakyat Malaysia pertama yang disenaraikan ialah pada 10 tahun lalu iaitu Jeneral Datuk Ismail Hassan, ketika itu Panglima Tentera Darat Malaysia.

Semasa di sini, Zulkifeli mengambil peluang mengunjungi rakan sejawatannya di Amerika Syarikat (AS), Ketua Staf Tentera AS Jen Martin E. Dempsey, di Pentagon di mana kedua-dua mereka berbincang mengenai usaha untuk memperkukuhkan hubungan tentera dengan tentera, latihan ketenteraan di kolej perang AS dan kerjasama pertahanan.

Zulkifeli berkat,a beliau berbangga kerana menjadi rakan sejawatan asing pertama bertemu dengan Dempsey sejak pelantikannya sebagai Ketua Staf ke-37 tentera AS pada 11 April.
Zulkifeli berlepas ke Hartford, Connecticut pada Sabtu di mana beliau akan melawat ibu pejabat Colt Defense LLC. Syarikat itu mereka cipta, membangunkan dan mengeluarkan senjata api kecil dan sistem persenjataan untuk agensi penguatkuasaan undang-undang dan tentera AS.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Mac mengumumkan perjanjian RM700 juta (AS$231 juta) dengan AS untuk pembelian 130,000 senjata baru bagi angkatan tentera dan polis.

Pembelian itu termasuk karbin 5.56mm Colt M4 keluaran Colt Defence LLC, yang boleh digunakan dengan pelancar bom tangan M203, untuk menggantikan raifal Steyr AUG buatan Austria.

Syarikat pengeluar senjata Malaysia SME Ordnance Sdn Bhd (SMEO), yang memulakan pengeluaran tempatan bagi raifal Steyr AUG buatan Austria pada 1991, pada 2007 telah memeterai perjanjian awal dengan Colt Defence LLC untuk memperoleh 14,000 karbin Colt M4. Semuanya diperoleh pada Jun 2008.


Syarikat itu membuat susulan bagi kontrak kedua dengan firma yang sama pada Februari tahun ini bagi pembekalan 116,000 karbin bagi tempoh tujuh tahun, sementara menunggu kelulusan Kongres AS.

Sebaik sahaja pemindahan teknologi dilaksanakan, Malaysia akan diberikan hak untuk memasarkan karbin buatan tempatan ke Thailand, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia dan negara-negara yang menggunakannya.

Sebelum ke Washington, Zulkifeli berada di Hawaii di mana beliau mengunjungi Lt Jen Francis J. Wiercinski, Pegawai Pemerintah Tentera AS, Pasifik (USARPAC) di Hawaii, dengan mereka membincangkan mengenai program dua hala dan latihan bersama ketenteraan. - BERNAMA
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)