CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 10, 2011

Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Kapit, Limbang, Baram, Lawas dan Sibuti

Pertunjukkan Anggota Askar Wataniah Miri Menarik


MIRI 27 MAC: Satu majlis pelancaran yang amat menarik telah dipertontonkan kepada seluruh tetamu dan masyarakat Miri sempena Pelancaran Kompeni Askar Wataniah bagi kawasan Kapit, Limbang, Baram, Lawas dan Sibuti di Padang Majlis Bandaraya Miri.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Jen Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat. Pada majlis itu, PTD telah menerima ke empat-empat bendera Rejimen AW yang dibawa dan diiringi oleh kira-kira 20 buah penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Sebaik sahaja bendera pasukan yang mewakili ke empat-empat kawasan diterima, PTD telah menyerahkan bendera tersebut kepada ahli parlimen dan wakil kawasan yang hadir.

Pelancaran tersebut ternyata berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pertunjukkan yang menggabungkan kira-kira 200 anggota AW mengadakan pertunjukkan TTS mengikuti satu irama muzik bersama dengan 100 anggota lain mempamerkan tarian kebudayaan masyarakat masing-masing yang diiringi oleh Platun Tambur 20 RAMD.

Semasa berucap YB Datuk Lee Kim Shin turut memaklumkan, Jen Dato’ Sri Zulkifeli merupakan Peg Memerintah yang pertama membawa batalion RAMD masuk ke Miri dan kehadiran beliau di majlis ini sebagai Panglima Tentera Darat amat dikagumi. Beliau yang juga mewakili masyarakat Miri melahirkan rasa penghargaan dan berterima-kasih serta amat berbangga di atas kehadiran Jen Dato’ Sri untuk menyempurnakan pelancaran Kompeni Askar Wataniah untuk 5 kawasan.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut, Mej Jen Dato’ Awie Subuh, Panglima 1 Div, Brig Jen Stephen Mundau, Laksamana Muda Dato’ Abd Hadi bin Abd Rashid, AKS OLP MK ATM. Selain itu, Brig Jen Dato’ Fazlurrahman bin Mohammad Irfan, AKS BPS, Brig Jen (Kol Kehormat) Datuk Hj Talib bin Hj Zulpilip Pengerusi Pembangunan Ekonomi Sarawak dan YB Datuk Lim Kim Shin Menteri Muda Perhubungan dan Sukan Sarawak turut hadir.

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)