CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 10, 2011

Kem 515 AW Tempat Permulaan Treasure Hunt MK TD

Treasure Hunt Markas Tentera Darat 2011


KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2011 – Bersemangat dan penuh kecerian. Itulah suasana yang dapat digambarkan di hari pertandingan treasure hunt yang telah dianjurkan oleh MK TD dan dikelolakan olah Jabatan Arah Infantri. Acara ini telah disertai oleh 17 tim yang mewakili Kor – Kor dan BCJ masing – masing. Para peserta telah dilepaskan mengikut kumpulan dengan perlepasan dimulai dari Tim Crocodile Hunter oleh YBhg Brig Jen Dato Khir, Pengarah Infantri dan seterusnya di lepaskan oleh Pengarah Kor – Kor. Acara ini bermula di Kem Rej 515 AW dan seterusnya telah ditamatkan di Dewan Tan Sri Sany, PUSASDA. Di dalam acara ini para peserta dikehendaki mengikut laluan yang telah ditetapkan di samping dikehendaki untuk menjawap beberapa soalan. Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada jawapan yang betul dan masa yang telah diambil. Warrior BPPTD telah muncul juara pertandingan dengan mengumpul 9500 mata dengan masa sebanyak 4 jam 2 minit. Seterusnya diikuti pula oleh Tim Pedati Hunter dari Jabatan Arah Kor Perkhidmatan Diraja dan Tiger Green dari Jabatan Arah Gerak Khas.

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)