CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 10, 2011

Mengenali Panglima Tentera Darat(PTD)

Profile Panglima Tentera Darat


JENERAL DATO' SRI ZULKIFELI BIN MOHD ZIN
PGAT PJN SSAP SIMP SPKK PSAT DGMK DSDK DPKK DMSM PMW
PAT JMN SDK KMN AMK ASK Legion of Honor (Phil)
AMIM MSc (NDU) mpat lmt psc

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Jen Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menamatkan Latihan Kadet di SANDHURST pada tahun 1974. Ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu DiRaja selaku Ketua Platun pada 09 Ogos 1974.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion mulai daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah. Jeneral Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah menjawat beberapa jawatan staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf Jurulatih Muslihat di Pusat Latihan Tentera Darat di Johor Bharu. Beliau pernah bertugas selaku Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat pada 1999 hingga 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1997.

Semasa berpangkat Kolonel beliau telah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan Kol Sumber di MK TD. Jeneral Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin adalah lulusan dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).

Dinaikkan ke Brigedier Jeneral pada tahun 2002 dan menjawat jawatan Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS). Beliau juga menjawat jawatan Panglima 8 Briged Infantri dari tahun 2003 hingga 2004 di Kelantan. Beliau telah dinaikkan ke Pangkat Mejar Jeneral dan seterusnya diberi kepercayaan oleh tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui Misi Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao sebagai Komander Tim Pemantau pada 09 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.

Setelah selesai melaksanakan Misi Pemerhati selama lebih kurang setahun dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Ke 3 Divisyen Infantri mulai 17 Oktober 2005 hingga 31 Jan 2007. Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Angkatan Tentera dan Negara dan dilantik menerajui Markas Medan Tentera Darat sebagai Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jan 2007 hingga 1 Jun 2008.

Atas keyakinan yang tinggi terhadap beliau Jeneral Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah dilantik menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat mulai 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan terkini menjawat jawatan sebagai Panglima Tentera Darat.

Jeneral Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah berkahwin dengan Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang dan dikurniakan dua orang anak perempuan. Hobi beliau adalah bermain golf dan membaca.

post signature

1 comments:

Clare

Great blog post thanks for sharing.

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)