CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 10, 2011

Anggota Tentera Dalam Setiap Keluarga

Setiap Keluarga Perlu Ada Anggota Tentera - Raja Muda Perlis


10/04/2011 1:48pm

KANGAR 10 April – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan setiap keluarga melahirkan seorang anggota tentera kerana kerjaya itu antara profesion yang unggul dan mulia.

Titah baginda langkah itu juga selaras dengan pendekatan “Satu Keluarga Satu Anggota Tentera” yang diperkenalkan pasukan tersebut dalam menggalakkan rakyat pelbagai kaum menyertainya.

"Melalui penyertaan anggota keluarga dalam askar wataniah terutama di kalangan masyarakat berbilang kaum, kita akan berjaya mengurangkan jurang antara kaum dan seterusnya menjalin masyarakat 1Malaysia yang kukuh dan progresif,” titah baginda ketika melancarkan Latihan Askar Wataniah 2011, di sini hari ini.

Selain itu, Tuanku Faizuddin yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah bertitah menerusi profesion kententeraan, rakyat berpeluang menyumbang kepada raja dan negara dalam menjamin kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran.

"Rakyat hendaklah mempunyai perasaan tanggungjawab kolektif terhadap perkara ini dan berbangga sekiranya ada anggota keluarga yang menyertai askar wataniah sebagai satu sumbangan kepada negara,” titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah Titah baginda, penyertaan dalam bidang ketenteraan juga meningkatkan tahap disiplin selain menyemai budaya sihat dalam keluarga dan masyarakat.

Baginda turut meluahkan harapan agar pendekatan “Satu Keluarga Satu Anggota Tentera” itu dapat merealisasikan hasrat merakyatkan Angkatan Tentera Malaysia. - Bernama
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)