CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 4, 2011

Umar & Omar Mencari Sayap Airborne di HUT TD

Mengenali 10 Briged Paratrooper


10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai
10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.

Peranan

10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.



Pbt Umar Ismail siap sedia untuk melakukan penerjunan
sambil berlatar belakangkan Pesawat Agusta A100 LOH.

Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.


"wanna live, jump ready to fight."
Kedudukan peralatan semasa penerjunan
dimana bag pack dan senjata dihadapan.
Identiti Beret Merun 10 Para

Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus)









Insignia


Motto
Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas.


Lagu perbarisan

Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan.

Beret Merun

Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa Perang Dunia Kedua.



Sayap Berdarah

Pbt Omar mencuba peralatan penerjunan
di Booth Rejimen Gerak Khas(Komando).
Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 KomandoPGK PDRM.


Genggaman PARA

Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ia melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari kelingking mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Sumber: Wikipedia
Gambar-gambar sebagai hiasan semata-mata.




Sambutan Hari Ulang Tahun(HUT) 
Tentera Darat Ke 78

Hari Pertama
Hari/Tarikh : Jumaat, 4 Mac 2011 
Lokasi: Dataran Merdeka
"Pameran Statik Kerjaya Tentera Darat"

Sebelah pagi - Pertunjukan payung terjun(penerjunan bebas)
Sebelah petang - Persembahan pancaragam
                      - Pertunjukan akrobatik bermotor RED WARRIORS
                      - Demonstrasi anjing perang
3 apa tu Pbt??
3 jam cari sayap airborne ke??
Ini dia sayap Airborne..Tahniah!!
Berjaya juga mereka menjumpai sayap Airborne.....



post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)