Keberanian Anggota TTS Wataniah UIAM
MAFinACT '10 pada 2 Oktober 2010 telah beberapa bulan berlalu tetapi kenangan manis dan pahit masih terpahat dihati dan pemikiran setiap anggota sukarela wataniah di Universiti Islam Antarabangsa UIA disini apabila melihat kembali gambar-gambar kenangan semasa malam hari kejadian terutamanya.
Bagi anggota TTS wataniah UIAM, pasti sukar untuk melupakan saat-saat mereka melakukan aksi-aksi lompatan terutamanya lompatan gelung berapi bagi anggota lelaki kerana ianya memerlukan keyakinan dan keberanian setiap daripada anggota untuk berjaya melepasi halangan tersebut. Setiap kali latihan yang dilakukan, pasti memerlukan mereka menghempaskan badan ke tanah dan kadang-kala menyebabkan kecederaan fizikal sekiranya tersalah 'landing'.
"Walaupun pada malam hari kejadian tersebut, pergelangan kaki saya membengkak kerana tersalah 'landing' semasa suatu sesi latihan, saya tetap gagahkan diri untuk kekal beraksi bersama anggota TTS yang lain" - Pbt Omar Hamzah
Menurut Pbt Omar, beliau sangat berbangga dengan kesemua anggota TTS wataniah kerana walaupun persediaan yang dilakukan agak lewat tetapi semua anggota TTS masih mampu untuk turun beraksi mungkin untuk kali terakhirnya dalam program besar Kelab Nadi@watan UIAM bagi sesetengah daripada mereka termasuklah beliau yang kini berada dalam Tahun 4.
Bagi kesemua anggota TTS MAFinACT '10, aksi-aksi begini adalah yang julung kali dilakukan oleh mereka kerana tidak pernah melakukannya sebelum ini terutamanya lompatan gelung berapi. Tetapi berkat tunjuk ajar Staf Sarjan Matu dan sokongan anggota-anggota sepasukan, mereka semua berjaya melakukan lompatan tersebut dengan mudah pada malam hari kejadian tersebut.
Apa yang dapat dipelajari melalui aksi tersebut ialah keyakinan dan keberanian juga dapat dipupuk melalui latihan-latihan yang dijalani oleh anggota kerana telah mempunyai kemahiran tertentu untuk dipraktikkan dan dikongsikan bersama anggota-anggota yang lain.
Bagi Presiden Kelab Nadi@watan, Pbt Elridzuan Elias yang juga telah turut serta dalam TTS MAFinACT '10, keberanian untuk melakukan lompatan gelung berapi diperoleh daripada dalam dirinya sendiri dan juga faktor persekitaran seperti sokongan anggota sepasukan terutamanya Pbt Umar Ismail yang mengetuai persembahan tersebut untuk MAFinACT '10. Begitu juga bagi anggota-anggota yang lain yang mempunyai keyakinan untuk mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya melakukan 'landing' dengan baik.
"Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya"
Apabila mereka gagal dalam melakukan lompatan dengan baik, mereka telah berasa tidak puas hati dan ingin terus mencuba sehingga berjaya walaupun terpaksa merasai kesakitan anggota badan kerana kemanisan sesuatu kejayaan hanya boleh dirasai dengan jelas sekiranya kita telah melalui saat-saat kepahitan dalam sesuatu perkara dalam kehidupan. Ini adalah contoh terbaik yang perlu dipelajari oleh anggota-anggota wataniah keseluruhannya yang menyaksikan mereka berlatih bahawa kegagalan juga boleh menjadi suatu motivasi untuk kita terus berjuang dengan lebih cemerlang dan gemilang daripada yang sebelumnya dan tidak hanya berhenti di tengah jalan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Pbt Umar Ismail(non-skills) dan Staf Sarjan Matu atas tunjuk ajar dan bakti yang dicurahkan untuk menjayakan TTS MAFinACT 2010 tersebut.
Kredit:
Gambar-gambar diatas oleh Pbt Rafik Masuod(Rekrut siri 1 2010). Terima kasih
Bergambar Kenangan
Semasa Sesi Latihan Terakhir
Bersama Staf Sarjan Matu
1 comments:
Gambar Fatih dan Ery paling mantap!!
Gambar yang kedua yang tengah terbang tu macam aku je... wow mantap gak r.. hihi =)
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)