CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 20, 2011

Raptai Hari Ulang Tahun(HUT) ke-9 R515AW

Presiden Nadi@watan
Turun Padang Untuk HUT ke-9 R515AW
& Pelancaran Latihan Sukarela 2011


Menunggu trak 3tan untuk latihan menembak M16 (2010)
Membantu persiapan Pelancaran Latihan Sukarela (2010)

Meneliti prese salah seorang anggota KADAR (2010)
Latihan Tempatan siri 1 (kali ketiga bagi anggota UIAM) pada 19 Februari 2011 di Rejimen 515 Askar Wataniah menyaksikan Batalion kedua(BN 2) daripada agensi UIAM menjadi majoriti anggota sukarela yang hadir pada hari tersebut. Kehadiran ini sudah cukup membanggakan bagi kelab Nadi@watan kerana anggota wataniah UIAM selalu diletakkan harapan untuk meramaikan latihan/kursus yang dilakukan oleh pihak kem jika dibandingkan dengan anggota daripada agensi-agensi yang lain dan kita telah pun membuktikannya. Pada hari tersebut Lt Kol Richard Santhanan(Batalion ketiga) telah memberi pujian dan kata-kata semangat kepada anggota UIAM yang dilihat begitu "komited & dedicated" semasa berlatih dan beliau menceritakan tentang kewujudan kelas skill CCWT wataniah yang hebat di UIAM kepada anggota sukarela yang lain keseluruhannya. Beliau juga gembira dengan kehadiran anggota-anggota sukarela yang sudah bekerja dan datang dari jauh seperti Cheras dan Seremban tetapi masih sanggup untuk menghadirkan diri mengikuti aktiviti-aktiviti Kem 515AW. 

Melihatkan kekurangan PTT rendah dan PPT kanan dalam anggota sukarela, staf sarjan Zamri telah menanyakan anggota-anggota daripada batalion kedua yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Darat(KADAR) bagi mempunyai barisan pelapis PTT rendah di Kem 515AW. Beliau akan cuba mengadakan kursus tersebut di dalam Kem 515AW, jika tiada beliau walaubagaimanapun berjanji akan berusaha untuk menghantar anggota-anggota yang ingin mengikuti KADAR ke unit lain selain 515 jika terdapat tawaran. 

Perkara lain yang diketahui pada hari tersebut ialah Rejimen 515 AW akan mengadakan Pelancaran Kompeni Askar Wataniah kawasan parlimen di mana program itu yang akan diadakan pada 15 Mei 2011(Hari Jadi) selama 1 minggu adalah jauh lebih besar dan hebat daripada perbarisan HUT 515 tersebut menurut RSM R515AW PW1 Bahaddin kerana sudah tentu melibatkan kehadiran panglima dan orang-orang kenamaan VVIP. 

Cik Bahaddin yang mengendalikan raptai HUT R515AW pada hari tersebut walaubagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri pada Hari Jadi keesokkan harinya(Latihan Tempatan siri 4 - jadual UIAM) kerana orang tua beliau baru sahaja kembali ke Rahmatullah dan harus bergegas pulang. Ucapan takziah kepada beliau sekeluarga daripada Kelab Nadi@watan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Kehadiran Latihan Tempatan pertama kali dilakukan di Kem 515AW pada tahun 2011 ini cukup membanggakan dengan kehadiran oleh Presiden Nadi@watan sendiri Pbt Elridzuan dan ahli lembaga kelab yang lain seperti Vice President II Pbt Fadilah, Assistant Secretary Pbt Nur Husna Ayuni, Treasurer Pbt Nur Huda Husna, serta hampir kesemua wakil (Head/Assistant) daripada biro-biro dalam Kelab Nadi@watan UIAM seperti Pbt Aiman(Training Bureau), Pbt Rahman(Economy Bureau), Pbt Amirah & Pbt Ali Karimi(Training of Trainers Bureau), Pbt Anis Syakir & Pbt Harma(Special Task Bureau), Pbt Izzati(Information Technology Bureau), Pbt Elina(Education & Tarbiyyah Bureau), & Pbt Roza(Human Resources & Development Bureau). 'Head' Biro QM walaubagaimanapun tidak dapat menghantar wakil kerana ada hal tertentu dan 'Assistant' beliau, L/kpl Aisyah pula adalah dari R502AW. (Subcom QM tidak dikenali oleh Penulis). Kehadiran bekas ahli lembaga kelab seperti Pbt Fatih, Pbt Umar, Pbt Omar, Pbt Atiqah dan Pbt Adawiyah juga sedikit sebanyak membantu anggota yang lain dalam urusan pemantauan. 



Bagi Pbt Elridzuan dan Pbt Umar, kehadiran mereka pada HUT ke-9 R515AW kali ini bukanlah semata-mata untuk menjadi anggota fitik, tetapi adalah untuk turun ke padang kawad bersama-sama anggota-anggota 515 yang lain menyertai perbarisan. Namun arahan tugas yang diterima daripada orang diperingkat lebih tinggi daripada mereka haruslah diterima dengan hati yang terbuka. Jika tiada siapa yang sanggup untuk menjadi ahli fitik, sudah tentu kita semua akan berlapar dan ini akan pasti menjatuhkan moral anggota yang memerlukan tenaga untuk berkawad/bekerja. Mungkin orang lain tidak dapat merasai kekecewaan hati mereka apabila tidak dapat menyertai perbarisan tetapi adalah tugas sebagai seorang askar menjalankan tugas dan arahan yang diberi pihak atasan tanpa gagal.

Sebaliknya, semasa melakukan aktiviti-aktiviti fitik di 'Cook House' 515 seperti memotong sotong, daging ayam dll, banyak perkara baru yang dipelajari terutamanya berkaitan teknik-teknik yang betul memotong yang diajarkan oleh staf tetap(KPD) rumah masak. Menurut staf tersebut, suatu hari nanti orang lelaki ini akan turun juga ke dapur, jadi tidak salah melakukan aktiviti-aktiviti yang selalu dikaitkan dengan kemahiran perempuan. Chef Wan sendiri telah membuktikan lelaki juga mampu memasak malah lebih handal daripada perempuan. Apabila kita ada pelbagai pengalaman dan 'variety' atau ramuan dalam hidup, kita akan lebih cepat belajar banyak perkara baru yang bermanfaat untuk kegunaan hari ini dan masa hadapan jika dibandingkan dengan orang yang tidak berminat belajar sesuatu yang baru.

Begitu juga situasi ini di dalam Lembaga Kelab Nadi@watan, apabila ada di antara ahli-ahli 'mainboard' memberi arahan kepada ahli-ahli 'board' daripada mana-mana biro, maka perlaksanaan haruslah dilakukan kerana kita harus menghormati tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pihak teratas di dalam kelab dan belajar menerima arahan dengan baik mengikut 'seniority' di dalam tentera melalui perbandingan nombor tentera masing-masing. Apabila kita melaksanakan sesuatu arahan itu, kita secara tidak langsung dapat mempelajari banyak perkara baru terutamanya berkaitan struktur organisasi sesebuah program, pengurusan masa dan diri, hal-hal pentadbiran, komunikasi berkesan, penyerapan ilmu-ilmu 'softskills' dan lain-lain kebaikan yang perlu difikirkan oleh individu itu sendiri. 

Andai kata arahan yang diberi tidak dilaksanakan dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin, maka ianya tidak ubah seperti melepaskan batuk ditangga, maka presiden terpaksalah mengangkat bendera putih. Harapnya tidak begitu kerana whatever it is.....

"Mr President, We Are ALL With You"

post signature

1 comments:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain

Waahhh, Mr President! *bangga la tu* ;p

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)