CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 6, 2011

PERUTUSAN TAHUN BARU PANGLIMA TENTERA DARAT



Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

          Saya dan isteri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga Tentera Darat serta keluarga masing-masing, walau di mana mereka berada. Saya mendoakan agar tahun 2011 akan membawa kemeriahan, keceriaan dan kejayaan yang lebih kepada semua.

          Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian Tentera Darat bagi tahun 2010. Tentera Darat telah berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna. Namun demikian, saya masih berpendapat bahawa Tentera Darat masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Oleh itu, saya menyeru kepada segenap lapisan warga Tentera Darat untuk meningkatkan usaha dan pencapaian masing-masing demi kecemerlangan organisasi.

         Bagi warga Tentera Darat yang bertugas di luar negara, saya mendoakan agar saudara-saudari diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan selamat dan jayanya. Pada masa yang sama, saya berharap agar saudara-saudari akan terus berusaha untuk menjaga imej serta nama baik Tentera Darat dan negara dengan sebaik mungkin di kaca mata masyarakat dunia.

         Pada kesempatan ini juga, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas nikmat dan keamanan yang telah diberikan kepada kita. Mudah-mudahan ianya berterusan bagi tahun yang akan datang.

Sekian sahaja, Selamat Tahun Baru dan Selamat Maju Jaya.

“GAGAH SETIA”
“TENTERA DARAT MENDUKUNG ASPIRASI RAKYAT
DAN KEDAULATAN NEGARA”


post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)