CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 7, 2011

Kemenangan Berganda "Salahuddin Warriors" !

"Salahuddin Warriors" WON Friendly Matches




       Tahniah diucapkan ke atas jurulatih cik Nazri dan pasukan bola tampar mahallah Salahuddin di atas kemenangan ke atas pasukan lawan masing-masing daripada mahallah Nusaibah bagi pasukan 'sister' dan mahallah Siddiq bagi pasukan 'brother' yang telah mempamerkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam sepasukan. Perlawanan persahabatan ini telah berlangsung di sebelah malam pada 6 Januari 2011 bertempat di mahallah Salahuddin dengan disaksikan oleh penyokong pasukan mahallah masing-masing. Bagi pasukan 'sister', Sis. Atiqah Jahari bersama rakan-rakan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk memenangi perlawanan bola tampar ke atas pasukan lawan hanya dengan kemenangan 'straight set'. 

        Perlawanan tertumpu kepada pasukan 'brother' kerana kedua-dua pasukan bersaing sengit untuk memenangi perlawanan ini walaupun ianya adalah suatu perlawanan persahabatan kerana disini kita dapat melihat sejauh mana latihan-latihan yang dijalani sebelum perlawanan memberi kesan ke atas persembahan dalam perlawanan sebenar menentang pasukan lawan dan disamping membawa nama mahallah masing-masing. Pasukan 'brother' mahallah Salahuddin yang disertai bro. Naim Mansor dan rakan-rakan beliau yang lain, mereka telah mempamerkan persembahan yang baik dengan pelbagai teknik dan kesungguhan untuk membalas hantaran bola daripada pasukan lawan walaupun diberi tentangan sengit daripada pasukan mahallah Siddiq. Perlawanan berlanjutan ke 'sudden death' apabila kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1 yang menyaksikan kelebihan berpihak kepada pasukan cik Nazri yang mampu mengekang asakan lawan disamping kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh pihak lawan. Semoga ada perkara yang dapat dipelajari daripada perlawanan persahabatan ini bagi kedua-dua wakil mahallah ini untuk berlatih dengan lebih kuat lagi untuk memperbaiki kesilapan yang ada sebelum perlawanan sebenar tidak lama lagi.



    Apa pun ucapan 'SYABAS dan TAHNIAH' kepada kedua-dua pasukan daripada mahallah Salahuddin Al-Ayyubi di atas kemenangan tersebut. Sekurang-kurangnya imej mahallah Salahuddin sebagai mahallah yang dihuni 'uniform based-students' telah memberi kesan kepada pasukan-pasukan daripada mahallah Nusaibah dan Siddiq yang telah berkunjung ke mahallah Salahuddin pada malam tersebut. Tetapi sudah pasti mereka akan membuat 'come back' dengan memperbaiki kelemahan mereka sebelum pertemuan sebenar jika ditemukan semula. Strategi yang digunakan oleh pasukan lawan juga boleh diguna pakai oleh pasukan sahabat kerana dilihat teknik yang digunakan tidak dipraktikkan bagi pasukan sahabat.

      Diharapkan dengan kejayaan daripada perlawanan persahabatan ini dapat meningkatkan moral pasukan mahallah Salahuddin seterusnya mempamerkan aksi-aksi mantap untuk menjuarai acara bola tampar dalam karnival sukan UIAM yang akan berlangsung pada 10-15 Januari 2011, Insha'allah. Jangan lupa untuk turun memberi sokongan kepada kesemua "Salahuddin Warriors" yang akan bertanding dalam acara ini dan acara-acara yang lain kerana semangat penyokong juga mampu meningkatkan moral dan prestasi mereka secara tidak langsung pada hari kejadian.

"BEST OF LUCK OUR SALAHUDDIN WARRIORS!"



P/s: Gambar pasukan 'sister' ialah gambar semasa sesi latihan dan gambar pasukan 'brother' ialah gambar 'friendly match' pada malam tersebut. Gambar-gambar oleh Pbt Omar Hamzah.

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)