CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 6, 2011

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan



Kuala Lumpur 04 Jan 2011 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.


Dalam majlis tersebut Menteri Pertahanan telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh (Awam) Kementerian Pertahanan bagi Separuh Tahun Kedua 2010. Bagi Kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional, anugerah tersebut telah diberikan kepada Puan Rajeswari a/p Veerasanai dari Bahagian Pentadbiran. Manakala bagi Kategori Kumpulan Sokongan Satu, anugerah diberikan kepada Puan Ba'yah bte Alien dari Bahagian MinDef Sarawak. Bagi Kategori Kumpulan Sokongan Dua pula, anugerah telah diberikan kepada Encik Mohd Kamal bin Sharuddin dari Bahagian Kewangan.

Menteri Pertahanan juga turut menyampaikan Sijil MS ISO 9001:2008 kepada YBhg Tuan Haji Johari bin Ismail, Setiausaha Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan (BADSA). Pada akhir majlis perhimpunan tersebut juga turut diadakan Sambutan Hari Lahir untuk Menteri Pertahanan yang turut jatuh pada hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Sumber asal: http://www.mod.gov.my/pangkalan-ilmu/berita-terkini-link/789-perhimpunan-bulanan-kementerian-pertahanan.html?lang=ms
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)