Undangan Menjadi Penonton Siaran MHI TV3
Sungguh mengujakan dan bangga apabila melihat secara 'live' pelajar - pelajar UIAM khasnya daripada unit beruniform Wataniah UIAM berada di kaca televisyen disaksikan ribuan atau mungkin jutaan penonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang bersiaran pada sebelah pagi pada 7 Januari 2011. Jemputan yang jarang-jarang sekali diperoleh dimanfaatkan oleh anggota - anggota wataniah untuk mempromosikan kewujudan askar wataniah di UIAM dengan memakai Baju Executive F1 yang berwarna merah dan sering menjadi fokus lensa kamera kerana warnanya yang terang. Antara yang hadir pada hari tersebut ialah daripada main boards Kelab Nadi@watan 10/11, President Pbt Elridzuan Elias, Vice President II Pbt Fadilah Jasni, Assistant Secretary Pbt Husna Ayuni Abdullah, Program Manager Malaysian Armed Forces in Action 2010 (MAfinACT '10) Pbt Nasrul Hadi Yahaya, Head Preparation & Technical MAFinACT '10 Pbt Lotfi Amir Md Nor, Head Multimedia MAFinACT '10 Pbt Khairulnyzam Rosly, Penuntut Terbaik Kursus Asas Darat (KADAR) 2008 Rejimen 505 Askar Wataniah Pbt Shah Shaffuan Halim, ahli-ahli lembaga kelab Nadi@watan 10/11 seperti Pbt Suhana, Pbt Harma, Pbt Elina, Pbt Izzati dan anggota wataniah yang lain seperti di dalam gambar turut menyalakan lagi warna lautan merah membara di tempat duduk penonton yang hadir.
Antara topik yang telah dibincang selepas Buletin Pagi TV3 pada hari tersebut adalah berkaitan:
"GRADUAN TAK LAKU, SUATU KEBIMBANGAN"
"PETUA HILANG MARAH"
"SIAPAKAH BAKAL MENJUARAI ANUGERAH JUARA LAGU ke-25?"
Terima kasih dan syabas! diucapkan kepada mereka kerana telah membawa nama wataniah UIAM di mata rakyat Malaysia pada hari tersebut. Pelajar - pelajar daripada unit beruniform sememang menjadi "role model" dan ikutan bagi anak-anak kecil untuk melibatkan diri dengan unit beruniform kerana dipandangan mata masyarakat, pelajar-pelajar tersebut mempunyai disiplin yang tinggi, beretika dalam berpakaian, mempunyai jati diri, berintegriti, berkeyakinan, dan nilai-nilai "softskills" yang lain yang tiada dan sukar untuk diperoleh oleh pelajar-pelajar bukan daripada unit beruniform. Tahniah kepada Pbt Lutfi Shaiban aka Bob (nombor 6 daripada kiri) kerana berkeyakinan apabila disuruh melakukan "catwalk" (uhuk2 keraslah Bob..ini softskill lain ye.. :) Bob sahaja, skuad sedia!! haha). Rancangan MHI kebiasaannya dihoskan oleh Ally Iskandar Mohd Mardzi, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, Ahmad Fedtri Yahya, Abby Fana, Mohd Zulkifli Abd Jalil dan Wardina Safiyyah. Mereka berpeluang bergambar kenangan bersama-sama Bro. Ally Iskandar, Sis. Nurul Syuhada dan Bro. Fedtri Yahya seperti di dalam gambar-gambar.
external picture: Fedtri, Abby dan Zulkifli |
Bagi yang sempat menyaksikan rancangan MHI pada hari tersebut terutamanya anggota wataniah UIAM sendiri, kita dapat merasakan suatu perasaan teruja dan tersangat bangga kerana dapat melihat skuad-skuad seperjuangan berada di kaca televisyen. Kini, kewujudan Wataniah UIAM lebih dikenali oleh orang-orang luar yang sebelum ini tidak tahu kewujudan askar wataniah di IPTA seperti UIAM yang secara sukarela menceburkan diri dalam bidang-bidang sukarelawan. Alangkah bertuahnya jika kita sempat mencadangkan kepada pihak TV3 untuk merakamkan program besar kelab seperti MAFinACT '09 dan MAFinACT '10 di dalam program TV3 seperti Majalah Tiga (M3) atau yang lain dan mereka akan mempertimbangkannya. =)
P/s: Gambar-gambar di atas oleh Pbt Nur Shuhadah (Chun).
P/s: Gambar-gambar di atas oleh Pbt Nurul Herdawatti.
Sila inbox jika ada terdapat ralat di dalam post.
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)