CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 5, 2010

Tarik Minat Masyarakat Sertai Askar Wataniah

Tarik Minat Masyarakat Sertai Askar Wataniah

KUCHING 15 Julai - Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) perlu mempromosi serta menarik minat masyarakat untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Wilson Baya Dandot berkata, Sarawak pada masa ini menghadapi masalah kekurangan sukarelawan dalam rejimen tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu, jumlah sukarelawan perlu ditingkatkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Justeru, katanya, ia memerlukan komitmen ahli-ahli Jakpaw untuk menarik orang ramai menyertai Askar Wataniah.

"Kerajaan telah menetapkan garis panduan bahawa nisbah sukarelawan dengan anggota tetap dalam Rejiman Askar Wataniah menjelang tahun 2010 adalah 1:1.

"Saya difahamkan bahawa di Malaysia dianggarkan kira-kira 50,000 sukarelawan berbanding 80,000 anggota tetap rejimen tersebut," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata, bagi tempoh tahun 2011 hingga 2019, dijangka nisbah sukarelawan berbanding anggota tetap adalah 2:1, manakala pada tahun 2020 nisbahnya 3:1.

Katanya, di Sarawak, terdapat dua kem Askar Wataniah iaitu Kem Sri Rajang di Sibu, manakala satu lagi Kem Ria di Kuching.

Tambahnya, seramai 2,008 sukarelawan sudah mendaftar di Kem Sri Rajang, manakala sejumlah 2,910 orang berdaftar di Kem Ria.

"Askar Wataniah merupakan barisan pelapis kepada pertahanan di negara ini.

"Sehubungan itu, orang awam perlu memberi sokongan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bertanggungjawab terhadap keselamatan jika negara dilanda konflik," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa ahli-ahli Jakpaw supaya memainkan peranan lebih efektif bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pertahanan negara.

Sumber: Utusan Malaysia
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)