JAKPAW Galak Profesional Sertai AW
Oleh Sjn. Mohamad Faudel Yaacob
JAWATANKUASA Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Johor adalah di antara saluran utama dalam usaha menarik penyertaan lebih ramai masyarakat khususnya golongan profesional berkelayakan di negeri itu menjadi anggota dalam Askar Wataniah (AW).
Malah, JAKPAW merupakan badan penting bagi Rejimen 501 (AW) bagi mencapai sasaran untuk mendapatkan 20,000 rakyat awam Johor menyertai AS menjelang tahun 2007.
Ditubuhkan pada 28 Oktober 1995 lalu yang dilancarkan serentak dengan perasmian tahunan anggota AW Rejimen 501, JAKPAW yang telah berusia lebih tujuh tahun kini semakin matang dan proaktif.
Badan yang dinaungi oleh Menteri Besar serta dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Timbalan SUK sebagai Naib Pengerusi, ahli dalam JAKPAW terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri (Exco) dan para Pegawai Daerah serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan.
Ini sekali gus menjadikan JAKPAW sebagai nadi keperwiraan dalam pentadbiran kerajaan yang akan dikembangkan ke peringkat masyarakat awam.
Selaras dengan barisan pendokong keahlian dan pengurusan dalam pentadbiran JAKPAW, mendorong Markas 7 Bridged dan Rejimen 501 (AW) yang kini mempunyai kira-kira 5,000 anggota termasuk 500 wanita telah menganjurkan Program Orientasi Ketenteraan (POK).
POK yang diperkenalkan pada Februari 2002 merupakan antara program paling berkesan untuk mendedahkan ahli-ahli PAKPAW dengan alam ketenteraan khususnya berkaitan peranan dan tugas sebagai AW.
Pelbagai aktiviti khas ketenteraan disusun dalam POK yang berlangsung lebih dua minggu bermula 16 Januari hingga 8 Februari tahun lalu sejajar dengan peranan dan tanggungjawab yang bakal dimainkan oleh ahli PAKPAW.
Antara acara yang turut memeriahkan program POK, tersebut termasuklah pameran dan pertunjukan ketenteraan di samping ceramah dan siri latihan ikhtiar hidup di pendalaman, selok belok hutan dan cabarannya.
Ahli PAKPAW yang menyertai POK turut menerima pendedahan mengenai persenjataan, kawad, tempur tanpa senjata (TTS) dan asas-asas penggunaan senjata perang.
Para peserta POK yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman itu turut diberi latihan asas mengenai kawad tempur seksyen yang dikendali oleh 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan teknik-teknik menembak mengguna senjata berat termasuk Clot M16 di lapang sasar Ulu Tiram 1.
Lapang sasar WOMBAT menjadi lokasi pilihan dengan menaiki kenderaan tentera jenis Huggalands untuk berkhemah dan mendengar ceramah ketenteraan dan keagamaan dari Timbalan Komander Rejimen 501 AW dan Timbalan Mufti Johor, Tahrir Kiyai Samsuddin.
Aturcara POK untuk ahli dan anggota JAKPAW itu disusuli dan dimeriahkan lagi dengan majlis Malam Mesra Bersama Tentera yang berpusat di Kolam Renang MSS di Kem Mahkota Kluang pada 2 Mac 2002.
Manakala upacara penganugerahan Tauliah Kehormat ahli JAKPAW yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 13 dan 14 Januari yang lalu adalah kemuncak dalam POK JAKPAW Negeri Johor yang pertama itu.
Pada majlis tersebut, Menteri Besar, Abdul Ghani Othman yang menerima anugerah tertinggi dalam AW telah dipakaikan dengan pangkat Kolonel (Kehormat) oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
Turut menerima anugerah kehormat pada majlis tersebut ialah kesemua 24 peserta dan ahli JAKPAW yang mengikuti program POK berkenaan.
Kesemua mereka yang dianugerahkan dengan pangkat Mejar (Kehormat) AW itu telah dipakaikan oleh Panglima 7 Bridged, Brig. Jen. Md Ismail Ahmad Khan.
Sumber: Utusan Malaysia

0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)