CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 11, 2010

Q&A - Aku Disoal Berkenaan Wataniah? (Sampel 03)

Q&A - Aku Disoal Berkenaan Wataniah?.

**Gambar adalah sebagai hiasan semata-mata.

Q: Anda pernah menjadi seorang ketua dalam sesebuah program atau persatuan? Apa pendapat anda tentang ciri-ciri seorang ketua?

A: Saya pernah menjadi seorang ketua iaitu pengerusi kelab Nadi@watan UIAM 2012 dan ketua beberapa buah program kelab sebelum perlantikan tersebut. Pertama sekalinya, saya telah menimba sebanyak pengalaman daripada peringkat bawahan lagi dan mahir selok belok tugas-tugas setiap ahli lembaga kelab. Keduanya, saya mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam diri sebelum meraih keyakinan ahli-ahli kelab kerana saya percaya keyakinan diri sendiri sahaja tidak mencukupi, saya harus juga mendapatkan keyakinan itu daripada orang disekitar saya. Dan oleh itu, saya perlu menonjolkan segala kemampuan terpendam saya agar mereka dapat lihat cara kepimpinan saya. Ketiga dan terakhirnya, saya telah mahir mengurus dan mengawal keadaan semasa bermesyuarat, berbincang dan membuat keputusan dengan baik dan sebenarnya saya bukan dipilih sebagai ketua, tetapi saya lebih gemar mempercayai saya sendiri yang memilih untuk menjadi seorang ketua.


Q: Apa yang membuatkan anda berbeza daripada orang lain?

A: Saya tidak merasakan kita semua ini berbeza tetapi jika perbezaan itu mahu dilihat, saya rasa melalui perbezaan persepsi minda masing-masing. Saya merasakan kita semua mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Tetapi bagi saya, jika saya tiada usaha menzahirkan keunikan saya maka ianya adalah suatu pembaziran aset. Saya sukakan sesuatu yang mencabar kemampuan saya, kerana apabila saya melalui jalan pemikiran yang orang lain tidak selalu gunakan, saya selalu menjumpai sesuatu perkara baru yang hebat yang tidak pernah dirasai orang lain. Pengalaman sebegini yang akan lebih mematangkan saya, bergelumang dengan realiti kehidupan dan merebut segala peluang melihat setiap perkara daripada sudut yang pelbagai. Sebagai contoh, berapa ramaikah antara kita yang sanggup merasai pengalaman berkursus di dalam kem tentera? Di dalam kursus-kursus awal Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) sendiri kursus selama 2 minggu sebagai seorang askarlah yang paling digeruni kerana ketinggian disiplin, semangat kerjasama dan hormat- menghormati sangat dititik beratkan dan segala kesalahan pasti ada hukuman. Saya sendiri pernah berkursus bukan 2 minggu tetapi selama sebulan sebelum menjadi seorang askar wataniah yang aktif sehingga sekarang. Secara ringkasnya,sejauh mana tindakan keberanian kita untuk menampakkan diri lebih menonjol daripada orang lain yang membezakan kemampuan seseorang secara zahirnya.


Q: Nyatakan satu contoh dimana anda telah menonjolkan bakat kepimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya.

A: Saya pernah menjadi program manager(dengan izin) sebuah program peringkat kebangsaan semasa saya masih dalam pengajian saya di UIAM iaitu 'Malaysian Armed Forces in Action 2012' ataupun singkatannya MAFinACT '12. Program ini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) iaitu Tentera Darat, Udara dan Laut Diraja Malaysia. Pengalaman mengendalikan program sebesar itu telah membuka mata saya tentang dunia profesionalisme bagaimana gaya sebenar mesyuarat dengan orang - orang yang sangat berpengalaman seperti ketua staf ATM dan pegawai-pegawai daripada setiap perkhidmatan pada waktu itu. Mereka penuh dengan etika dan sangat mematuhi masa mesyuarat bermula dan saya telah mempraktikkannya secara konsisten bila mana saya bermesyuarat antara ahli-ahli lembaga kelab Nadi@watan UIAM pada waktu itu yang rata-ratanya lewat hadir ke mesyuarat kerana alasan-alasan tertentu. walaubagaimanapun sebagai seorang pelajar kita harus mempraktikkannya sejak dari awal lagi. Program MAFinACT tersebut sangat menguji daya kepimpinan saya kerana telah berhadapan dengan pelbagai jenis pihak 'internal & external'(dengan izin) yang mempunyai pelbagai kehendak daripada pihak masing-masing dan saya perlu memotivasikan Ahli-ahli Jawatankuasa supaya terus melakukan tugas dengan baik dan bekerjasama antara satu sama lain sekiranya timbul sebarang masalah. Saya mengukur kejayaan kepimpinan saya bukan setelah tamatnya program pada malam harijadi tersebut tetapi saya mengukur kejayaan sebelum program itu bermula lagi kerana saya melihatkan kami semua tetap bersatu dari awal hingga ke waktu itu walaupun berlakunya banyak konflik yang dibincangkan secara positif kerana konflik itu banyak melibatkan berkenaan waktu belajar sedikit terganggu dan kelewatan mengikut 'masterplan'(dengan izin) masing-masing. Saya berbangga dengan mereka, bersatu kami teguh bercerai roboh.

P/s: 
**Sampel soalan dan jawapan di atas hanyalah sebagai bahan bacaan semata-mata, segala isi hendaklah "diinterpretasi dan diolah" oleh anggota sendiri samaada skill atau non-skill. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang dialami atas bacaan di dalam post ini.
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)