CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 11, 2010

Faktor - faktor Penting Dalam Pertempuran Tanpa Senjata

Pertempuran Tanpa Senjata.


Dibawah adalah faktor-faktor penting dalam pertempuran tanpa senjata:

1) MASA & TEMPAT

-sekiranya berkemungkinan, pilih masa dan tempat pertempuran
-pastikan matahari berada dibelakang anda untuk mengganggu pandangan/mata musuh.
-paksa musuh anda bergerak ke atas bukit, dimana dia memerlukan lebih tenaga dan keseimbangan




2) SERANG DULU

-serang sebelum musuh anda bersedia
-serangan awal hampir selalunya akan berjaya mengenai sasaran
-ini akan mengejutkan dan mengganggu orientasi musuh




3) SERANGAN BERTUBI-TUBI

-guna serangan sebanyak mungkin dalam satu urutan yang pantas
-ini akan berjaya melemahkan semangat musuh
-teknik ini walaubagaimanapun tidak boleh digunakan banyak kali kerana anda juga perlu menjimatkan tenaga anda

4) SIMPAN TENAGA

-tunggu sehingga musuh penat sendiri selepas dia serang, kemudian baru serang balik

5) AMBIL RUANG & PELUANG

-lakukan serangan tepat bila mana musuh melakukan serangan
-ini kerana ada ruang dalam fokusnya sebelum sahaja sesuatu serangan dilakukan
-gunakan sebaik mungkin peluang tersebut untuk menyerang kembali

6) TIPU HELAH SEMASA INGIN SERANG

-pura-pura untuk melakukan sesuatu tetapi lakukan perkara yang lain
-kelirukan musuh untuk mempertahankan bahagian badannya yang tertentu yang disangka akan diserang tetapi bukan daripada di mana anda sebenarnya merancang untuk menyerang

7) LEMAHKAN PUSAT GRAVITI MUSUH

-cari dimana bahagian badan musuh dimana berat/pusat gravitinya terletak
-kemudian serang bahagian itu daripada bawah atau serang disitu sehingga musuh lemah
-musuh akan hilang keseimbangan dan berkemungkinan jatuh







8) GUNAKAN PERSEKITARAN

-walaupun ini adalah pertempuran tanpa senjata, tidak semestinya anda tidak boleh menggunakan alat-alat disekitar anda sebagai senjata
-ambil apa-apa alatan atau tikam musuh anda dengan besi
-jatuhkan musuh anda pada benda-benda yang diperbuat daripada besi atau batu
-jatuhkan musuh anda kebawah tangga atau tebing tebing/lurah



post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)