CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 13, 2010

ATM: Kabinet ambil langkah konkrit tarik bukan Melayu

ATM: Kabinet ambil langkah konkrit tarik bukan Melayu

SEPANG 13 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, Kabinet telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah konkrit bagi menggalakkan penyertaan bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Keputusan Kabinet semalam adalah untuk mengambil langkah-langkah konkrit bagi menggalakkan kaum India dan Cina yang sekarang sangat rendah penyertaannya dalam ATM,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kem Padu Anak 1Malaysia 2010 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

“Ia merupakan satu langkah yang positif,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut tentang langkah-langkah yang akan diambil.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Selasa yang dilihat oleh sesetengah pihak seolah-olah menggambarkan “bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera kerana kurang semangat patriotik”.

Dilaporkan baru-baru ini, daripada 9,054 yang menyertai ATM tahun lalu, 8,151 atau 90 peratus daripadanya adalah Melayu, Cina (26) dan India (82), manakala 795 lagi adalah kaum lain yang meliputi kaum pribumi Sabah dan Sarawak. – Bernama
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)