CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 10, 2010

Q&A - Aku Disoal Berkenaan Wataniah? (Sampel 02)

Q&A - Aku Disoal Berkenaan Wataniah?.

**Gambar adalah sebagai hiasan semata-mata.

Q: Adakah anda aktif berpersatuan semasa di IPT dan jika ia mengapakah anda rasa ianya penting selain CGPA 3.0 ke atas?

A: Semasa pengajian saya, saya telah menyertai Kelab Nadi@watan UIAM di mana kelab ini mengumpulkan golongan yang berani membuat keputusan dan lasak bergelumang dalam realiti kehidupan kerana membabitkan integriti seorang askar wataniah yang mendaulatkan negara. "Disiplin, Ringan tulang dan Tanggungjawab" ialah 3 kualiti yang saya peroleh selama pembabitan dengan kelab tersebut. Saya juga tidak suka terperuk di dalam zon selesa kerana saya ingin memaksimumkan pengalaman saya bersama kelab tersebut. Dengan pengalaman memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Kelab(Pengerusi/Bendahari/Setiausaha/AJK Program), saya telah memperoleh pengalaman memimpin sebagai seorang ketua. Saya telah membiasakan diri dalam bermesyuarat, berbincang, mengambil keputusan dan mengaturkan orang untuk melaksanakan sesebuah program. 

Q: Apakah pendapat anda tentang kepentingan orang - orang di peringkat bawahan anda?

A: Melalui pengalaman saya setakat ini, tanpa orang - orang di peringkat bawahan yang akan melaksanakan sesuatu program(projek) yang telah dirancang rapi, adalah agak rumit bagi golongan perancang untuk menjayakan program tersebut kerana mereka di peringkat bawahan boleh dianggap sebagai tentera ataupun semut yang membawa sebutir nasi untuk memenuhi pinggan sesebuah organisasi. Mereka ialah golongan yang ringan tulang yang mudah memahami kehendak golongan perancang dan sedia membantu apabila diperlukan. Oleh itu, mereka juga merupakan nadi kejayaan sesebuah kelab atau organisasi dan jika kita mempunyai mereka yang mempunyai ciri - ciri seperti ringan tulang, memahami dan ikhlas membantu, maka saya percaya kelab atau organisasi tersebut mampu menjadi lebih produktif dan berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi.

Q: Kami memerlukan individu yang boleh bekerja di bawah tekanan, adakah anda sanggup terima?

A: Saya merasakan kekuatan dan kejayaan yang sebenar seseorang individu itu tidak dapat dilihat dengan jelas sekiranya beliau tidak mempunyai cabaran yang perlu di hadapi untuk menjadi lebih cemerlang dan terbilang. Permasalahan yang datang perlu dilihat daripada aspek yang positif kerana melaluinya kita dapat mendampingi kelemahan diri sendiri yang perlu diperbaiki. Saya berasa beruntung kerana semasa pengajian di IPT, saya telah membabitkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum iaitu Askar Wataniah di mana kami selalunya akan di maki hamun semasa dalam kursus dan latihan serta selalu dikerah dengan arahan golongan berjawatan yang lebih tinggi untuk melakukan tugas yang diberi tanpa gagal dan menepati waktu yang diberi. Oleh itu, tekanan sebenarnya adalah sangat baik untuk pembangunan diri untuk lebih berdaya saing dan maju ke hadapan daripada duduk di 'safe zone'(dengan izin) semata-mata.

P/s: 
**Sampel soalan dan jawapan di atas hanyalah sebagai bahan bacaan semata-mata, segala isi hendaklah "diinterpretasi dan diolah" oleh anggota sendiri samaada skill atau non-skill. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang dialami atas bacaan di dalam post ini.

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)