Semester Camp CCWT Sem I 10/11
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang 'semester camp' ini dari hari Sabtu 16 Oktober 2010 hingga keesokkan harinya 17 Oktober 2010 adalah seperti melawat Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa Di Port Dickson, Negeri Sembilan, berakit, merempuh halangan dan 'compas marching'. Anggota - anggota skill CCWT dibahagikan kepada 4 platun pada awal pagi Sabtu tersebut setelah menjawab soalan peperiksaan CCWT bagi kelas masing-masing. Mereka harus bekerjasama dan berganding bahu antara junior, intermediate dan senior dalam apa-apa jua aktiviti yang dijalankan samaada berbentuk pertandingan atau latihan biasa. Di sini, anggota senior siri 300 menggunakan kemahiran masing-masing dalam mengendalikan platun mereka dan dengan itu menjadi model bagi anggota siri 200 dan 100. Bagi anggota CCWT 3062, inilah peluang mereka untuk mempamerkan aksi terbaik dengan segala ilmu yang telah diajar oleh para jurulatih sepanjang melibatkan diri dengan kelas skill CCWT daripada peringkat junior hingga sekarang. Mereka akan ucapkan '
selamat maju jaya' kepada anggota CCWT yang lain kerana dengan rasminya mereka tamat kelas skill sesudah berakhirnya 'semester camp' tersebut.
Melalui lawatan ke Muzium ini anggota skill CCWT wataniah UIAM dapat mengetahui khazanah maklumat dan sejarah Tentera Darat tanah air untuk pembentukan jati diri dan semangat juang dalam diri mereka sebagai sebahagian warga tentera dan sebahagian lagi sebagai rakyat Malaysia dengan sistem teknologi maklumat yang disediakan di sana selari dengan perlaksanaan K-Army.
|
Gambar oleh Pbt Sakinah. Sebahagian anggota pranita skill CCWT siri 100. |
|
Sebahagian anggota pranita skill CCWT bergambar kenangan sebelum bertolak ke lokasi. | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar oleh Pbt Anis Shakir. Sebahagian anggota lelaki skill CCWT bergambar
kenangan sebelum bertolak ke lokasi. |
|
|
Gambar oleh Pbt Shuhadah(Chun). |
|
Gambar oleh Pbt Shuhadah(Chun). |
|
Gambar oleh Pbt Shuhadah(Chun). |
|
Gambar oleh Pbt Sakinah. Aktiviti berakit. |
Apa Kata Anggota??
P/s:
Sebahagian besar gambar adalah sumbangan daripada Pbt Nur Hayati Bt Ahmad.
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)