CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 17, 2010

Coretan Latihan Tempatan Siri 19 / 2010


Pada 17 Julai 2010, Latihan Tempatan Siri ke 19 / 2010 telah diadakan di Kem 515 Askar Wataniah yang sepatutnya menjadi lawatan latihan ke Firepower demonstration di Kem Asahan. Tetapi setelah dimaklumkan hari kejadian yang sebenar adalah pada 20 Julai iaitu hari Selasa dimana menyaksikan ramai anggota daripada pelbagai agensi terutama pelajar-pelajar tidak dapat menghadiri lawatan latihan tersebut. Pada latihan tempatan siri 19 ini, mereka telah mempelajari beberapa pelajaran seperti ronda dan PMI disebelah pagi dan operasi-operasi PMI, serangan khemah musuh, prinsip-prinsip pengkalan serta teori dan praktikal menduduki pengkalan pada sebelah petang. Mereka juga telah mendapat
nasihat daripada Tuan Hoe supaya mengetahui apa aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan pada latihan tempatan seterusnya supaya bersedia untuk menerima pelajaran dengan baik apabila datang pada LT tersebut. Bagi pelajaran ronda dan PMI telah diajar oleh Cik Azhar dimana konsep yang beliau gunakan untuk mengajar tidak berasas prese(maaf xtahu eja kui2, sape tahu tolong komen dan betulkan kami) semata-mata. Jadi pelajaran mudah diterima apabila beliau juga menggunakan papan putih untuk menjelaskan situasi atau keadaan tertentu dimana ianya ternyata efektif walaupun ada juga anggota yang tersengguk2(xtau eja lagi haha) semasa beliau mengajar. Pelajaran yang diajar sememangnya telah diajar suatu ketika dahulu tetapi apabila disoal oleh Cik Azhar terkadang kita lupa dan inilah sebab penting mengapa pelajaran dalam LT ini akan diulang-ulang setiap tahun berdasarkan RPL (Rancangan Pelajaran Latihan) yang diberi. Oleh kerana terdapat beberapa muka baru yang baru menyertai LT, Cik Azhar telah menerangkan kursus-kursus yang beliau telah pergi dan perbezaan dengan kursus-kursus yang ada sekarang. Menurut beliau, faedah-faedah  daripada menghadiri pelbagai jenis latihan dan kursus ialah ILMU, KAWAN, JALAN-JALAN dan RM.









Pada sebelah petang pula kelas latihan praktikal menduduki pengkalan pula telah diadakan dimana 2 buah platun telah ditubuhkan bagi menjalankan latihan tersebut. Apa yang membanggakan kelab Nadi@watan ialah Kedua-dua ketua platun bagi platun A dan B telah dilantik dan disandang oleh Lkpl Najib dan Lkpl Firdaus. Mereka telah menunjukkan kebolehan memimpin anggota-anggota bawahan dan mendapat tunjuk ajar daripada Sarjan Zaimah (ex-UIA) yang kini baru sahaja menamatkan Kursus PO (bakal pegawai) dan Cik Azhar. Pada waktu itu juga terdapat ramai anggota-anggota yang baru tamat KADAR tahun 2009 di R515aw yang turut dilantik sebagai Kpl setiap seksyen 1, 2 dan 3 platun masing-masing. Komen yang diterima daripada latihan praktikal ini amat memberangsangkan dan dicadangkan agar diteruskan supaya anggota tidak hanya didedahkan dengan latihan kelas yang hanya berbentuk teori semata-mata dan perlaksanaan mungkin tidak sama dengan apa yang telah dipelajari kerana melalui kelas hanya minda sahaja bekerja tetapi melalui praktikal kedua-dua minda dan fizikal telah disatukan untuk bertindak dengan wajar dengan keadaan dan situasi semasa.



Lkpl firdaus aka pedot bersama team LT Abd Hamid telah memaparkan kehebatan masing-masing dalam sukan bola tampar sekaligus berjaya memenangi beberapa perlawanan pada hari tersebut. Syabas diucapkan kepada beliau kerana menunjukkan semangat kesukanan dan aksi-aksi menarik yang banyak membantu pasukan beliau mengatasi pihak lawan yang banyak bermain physcho.






Anda Komen Sendiri Gambar Diatas Ini.. hahaha afham2 =)


4 comments:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain

Wah, cepat betul update ye! Tahniah2! Hehe.

Ingatkan pergi firedemo. Kelas kat kem rupanya.

Aik? Gambar yang akhir tu kenapa? Kena sembunyi ke?

Selamat mengupdate selalu blog nadi@watan! ^_^

Pssst : sape la yang tak tahu eja tu ye~

Nadiwatan

ya kecik kene cepat2.. tp skrg connection dah slow.. so t8 time la nk update.. aah yg gambar akhir tu cari perlindungan, afam tu terlebih act haha...(kunun2 cedera ;p)..
nway thanx yaa sbb beri idea tuk buat blog nie.. harap2 dapat menberi manfaat, kenangan, n hiburan pada anggota2 watan uia xkira lah skill, non-skill, ex-skill, trainers n officers..
yup update insyaallah selgi termampu.. semoga ada lagi yg akan menyambung talian hayat blog ini spy ia kekal alive..

Abdullah Yusoff

Bagus dan baik paparan gambar serta informasi dan sebagainya tentang latihan pasokan askar watanaiah di tempat anda.saya dulu juga seorang anggota suk ini di Bn 2 512 camp sri tembila. ok..good luck

from; ucopju@yahoo.com
Face book.Abdullah lah

Anonymous

exnadiwatan2000..

sudah lama tinggalkan pasukan ini .. syabas, ia masih aktif seperti dulu ..

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)