CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 16, 2011

Rondaan Polis & Tentera Berkesan

Rondaan Bersama Tentera Berkesan


SEREMBAN 14 Mei —Rondaan polis bersama pasukan tentera menunjukkan kesan dan menerima maklum balas yang baik daripada orang awam.

Selain itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, melatih dan melibatkan masyarakat awam dalam tugas menjaga keselamatan negara kini menjadi agenda utama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, penglibatan awam dan kerjasama mereka dengan polis terbukti memberi momentum yang berkesan terhadap berkurangnya indeks jenayah di satu-satu kawasan.

"Polis tidak boleh lagi menjalankan tugas ini bersendirian, kita perlu bergabung dengan masyarakat untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Polis di Dataran Senawang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Ismail berkata, soal pembesaran keanggotaan pasukan polis bukan menjadi faktor utama untuk menjaga keselamatan negara secara efektif, sebaliknya yang penting ialah penglibatan orang ramai.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)