CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 18, 2011

Tribute to 6194116 Pbt Fatih Latiff

"Orang Kuat" Nadi@watan Yang Disegani 


6194116 Pbt Muhammad Fatih Abdul Latiff direkrutkan pada tahun 2008 sebagai seorang askar wataniah dari Rejimen 515 Askar Wataniah. Pernah menjawat beberapa jawatan utama dalam kelab dan program Nadi@watan, beliau merupakan seorang senior yang paling disegani kerana dilihat sebagai seorang anggota paling berpengalaman di dalam kelab dan dijadikan sebagai tempat rujukan anggota-anggota board Nadi@watan sesi 2010/2011 dan anggota-anggota junior untuk mendapatkan sebarang khidmat nasihat dan tunjuk ajar. Jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah ketua Biro "Human Resources and Development(HRD)" sesi 2008/2009 dan seterusnya menjadi anggota mainboard selaku "Club Secretary" pada sesi berikutnya 2009/2010. Melakukan bidang Accounting(BACC) di Kulliyyah of Economics and Management Sciences(KENMS) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau kini berada di tahun akhir pengajiannya. Walaupun demikian, beliau masih bersedia merebut peluang dan kesempatan cuti pengajian yang ada bagi menambah pengalaman-pengalaman yang melibatkan askar wataniah seperti menjadi anggota demo sebulan bagi Kursus Asas Perajurit Muda(KAPM) Siri 1/2011 dan telah memberikan nama sebagai salah seorang penuntut Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) pada Julai 2011 di Rejimen 515 Askar Wataniah. Beliau juga merupakan seorang yang dianggap sharpshooter dikalangan skuad-skuad beliau kerana berkebolehan membuat tembakan "bull's eye" iaitu tembakan tepat dan mampu menjatuhkan piring-piring secara berturut-turut.  


Beliau pernah memegang jawatan sebagai "Program Coordinator(PC)" bagi program Malaysian Armed Forces in Action 2009 (MAFinACT '09) anjuran kelab Nadi@watan yang merupakan program pertama yang paling besar pernah dilakukan kerana melibatkan penglibatan pihak "external" iaitu tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran sepanjang program tersebut berlangsung dan Alhamdulillah beliau berjaya menghadapi cabaran dan melaksanakan tugas tersebut dengan baik dengan turut dibantu melalui kerjasama anggota-anggota "committee" yang lain. Pada tahun berikutnya, beliau telah menjadi "Secretary" program MAFinACT '10 untuk program tahunan kelab Nadi@watan bersempena Convocation Fiesta (CONVEST) UIAM. Walaupun memegang jawatan mainboard dalam program tersebut, kelab Nadi@watan berbangga memiliki seorang anggota seperti beliau yang juga boleh turun padang melibatkan diri dengan menjadi peserta bagi persembahan Tempur Tanpa Senjata(TTS) untuk dipersembahkan kepada para hadirin dalam komuniti UIAM terutamanya yang hadir pada malam kejadian. Sebagai pengetahuan, kedua-dua program MAFinACT diiktiraf sebagai program peringkat negara melalui STAR point di UIAM.


     Membantu Biro HRD sesi 2009/2010 diketuai Pbt Sapuan Mohammad 
dalam Proses "Fill-up Form" Anggota Rekrut yang baru.




Sebagai "Orang Kuat" Kelab Nadi@watan yang juga merupakan bekas anggota skill CCWT wataniah UIAM yang paling berpengalaman mengenai pentadbiran kelab dan program, beliau tidak lokek ilmu dan sentiasa bersedia membantu anggota-anggota junior yang tampil memerlukan khidmat nasihat mengenai perlaksanaan sesebuah program. Karakter utama yang ada pada beliau yang patut dicontohi oleh anggota-anggota junior ialah mendorong skuad-skuad seangkatan agar yakin pada diri apabila diberi sesuatu jawatan dan sikap saling bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas daripada awal hingga akhirnya. Menurut beliau, melalui pengalamanlah daripada sesuatu yang kita tidak tahu kita menjadi tahu kerana kita telah melaluinya sendiri. Oleh itu tidak perlu bimbang kerana kita bekerja bersama sebagai sebuah "TEAM" dan akan saling membantu antara satu sama lain jika terdapat mana-mana kekurangan melalui kegiatan bermesyuarat yang dilakukan. Kita akan melalui proses "Give & Take" dan saling memahami usaha yang telah dilakukan dan keadaan yang sedang menghalangi secara bersama. Beliau juga berpesan untuk melakukan perancangan sesebuah program bukanlah boleh "Up-Jadi" sahaja, tetapi memerlukan perancangan awal dan rapi daripada semua AJK terlibat melalui perbincangan dengan duduk semeja untuk mempertimbangkan idea dan pandangan daripada semua pihak.


Daripada pengalaman-pengalaman yang ada, kita akan membina personaliti dan keyakinan diri untuk dibawa ke dunia luar yang juga memerlukan kita menimba pengalaman yang lebih kurang sama dengan aktiviti-aktiviti bermesyuarat dalam perlaksanaan sesebuah program kelab Nadi@watan. Pengalaman yang kita ada juga dapat dikongsikan dengan anggota-anggota baru yang bakal menjadi sebahagian ahli kelab yang turut memerlukan anggota senior daripada mereka membantu melalui pengalaman berharga yang telah dilalui oleh anggota senior. Proses "Recycling Knowledge" ini merupakan komponen penting antara bekas ahli jawatankuasa terdahulu dengan ahli jawatankuasa yang baru yang perlu berlangsung untuk mendapatkan "direction" atau hala tujuan. 


 

Kelab Nadi@watan berharap beliau akan terus memberi bimbingan dan tunjuk ajar selagi yang terdaya kepada anggota-anggota semasa wataniah yang lain agar segala ilmu bermanfaat dapat digunakan bagi mengatasi sebarang masalah dan kelemahan yang dijangkakan akan berlaku dalam perlaksanaan sesebuah program meliputi semua aspek terutamanya masalah koordinasi antara sebuah biro dengan biro yang lainnya seperti masalah "overlapping job" dan lain-lain. "Jika kita tidak dapat melihat kelebihan diri sendiri, orang lain boleh nampak kelebihan kita". Jadi gunakan sebaik mungkin peluang yang diberi untuk menonjolkan diri dan yang paling penting lakukan lah sesebuah tugas dengan penuh tanggungjawab, beretika dan ikhlas. Pastikan kita sendiri meletakkan sasaran diakhir laluan di hadapan dan mendapatkan "BULL'S EYE" seperti beliau.



Gambar Kenangan Sebagai Program Manager 
Program Induksi Board Kelab Nadi@watan 
Sesi 2010/2011 bersama Mantan Presiden, 
Pbt Muhaimin dan Seorang Ex-Board, Pbt Umar.
Gambar oleh Pbt Syahirah(Chea)

                                                                                               Terima kasih skuad,
                                                                                                              

Update by admin 25/8/2011: Beliau telah dianugerahkan sebagai "Penuntut Kawad Terbaik" 
bagi Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) Siri 1/2011 di Rejimen 515 Askar Wataniah (4/7/2011 - 2/8/2011). Tahniah Diucapkan.
post signature

2 comments:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain

Pergh, Patih, banggo den samo skuad ngan ko! Hehe.

Nadiwatan

Pbt Fatih memang mantap, baru-baru ni beliau menjadi orderly seargent bagi kursus APM siri 1/2011. Pengalaman baru dalam leadership skill sebelum pergi KADAR julai 2011 nanti.

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)