CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 9, 2011

Tribute to 6194080 Pbt Omar Hamzah

Blog Kelab Nadi@watan Dibuat 

Atas Dasar Meluaskan Ilmu


6194080 Pbt Omar Hamzah merupakan seorang bekas anggota skill CCWT yang telah direkrutkan pada tahun 2008 di UIAM. Pernah memegang jawatan ahli jawatankuasa kelab Nadi@watan bagi biro "Special Task" sesi 2008/2009 dan seterusnya seorang ahli jawatankuasa bagi biro "Training" sesi 2009/2010, beliau telah mula bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti kelab yang lainnya dan gemar merakamkan gambar-gambar "real-time" ahli-ahli kelab yang sedang melakukan kerja-kerja tertentu semasa program tertentu dilakukan bagi pengwujudan sebuah medium informasi yang boleh diketahui ahli-ahli yang tidak dapat hadir mahupun ahli-ahli yang lainnya seperti bakal-bakal ahli kelab Nadi@watan yang baru, ahli-ahli semasa dan seniors yang telahpun melakukan pekerjaan tetap diluar UIAM. Melakukan bidang Kejuruteraan Mekatronik(MCT) di Kulliyyah of Engineering di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), beliau kini berada di tahun akhir pengajian dan masih bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti R515AW dan kini turut masih menjadi sub-com Biro IT sesi 2010/2011 bagi membantu sedikit-sebanyak dalam pengelolaan blog. 

Pernah menjadi "Head of Technical and Preparation" bagi program tahunan Kelab Nadi@watan iaitu program Malaysian Armed Forces in Action 2009 (MAFinACT '09) beliau seterusnya menjadi sub-com kepada biro yang sama untuk tahun berikutnya iaitu MAFinACT '10 bagi membantu melalui pengalaman yang telah ditimba oleh beliau. Beliau juga pernah menjadi anggota demo sebulan bagi Kursus Asas Perajurit Muda(KAPM) bagi siri 1/2009 dimana beliau telah ditugaskan dibahagian kerani dan juga KOS "orderly sergeant" secara bergilir. Beliau begitu prihatin berkenaan perolehan elaun daripada aktiviti-aktiviti melibatkan R515AW  semasa beliau menjadi ketua biro "Training" dan telah menyelesaikan hampir kesemua masalah-masalah elaun dan bounty yang patut diterima oleh ahli-ahli kelab Nadi@watan. Keprihatinan beliau juga diterjemahkan dalam bentuk nasihat bagi anggota-anggota  baru supaya tidak menangguh penerimaan elaun & bounty untuk mengelakkan kesulitan di hari kelak. Beliau merupakan seorang anggota yang komited dan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti melibatkan R515AW dan berusaha untuk melibatkan diri meskipun dengan kesibukan beliau sebagai pelajar tahun akhir kejuruteraan. Pernah 2 kali setiap tahun sebelum ini gagal menghadiri Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR), beliau kini berusaha untuk kali ketiganya untuk menjalani kursus tersebut pada bulan Julai 2011 ini yang akan dilakukan di UIAM. Semoga impian beliau menambah ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih mendalam akan tercapai dan terlaksana dengan jayanya. 



Pernah menjadi seorang moderator profile Nadiwatan Akaun di Facebook, beliau telah mengaktifkan hubungan 2 hala antara ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli biasa kelab bagi mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dilakukan bagi mendapatkan feedback dan penglibatan daripada semua pihak. Melalui feedback yang diterima oleh ahli-ahli, beliau seterusnya mendapat inspirasi bagi mencipta sebuah laman blog khas untuk Kelab Nadi@watan di mana hampir kesemua aktiviti/program kelab Nadi@watan dan Rejimen 515 Askar Wataniah dimuatkan dalam medium tersebut yang boleh diketahui oleh ahli-ahli kelab Nadi@watan terutamanya anggota-anggota semasa non-skill sekaligus membantu Biro "Information and Technology(IT)" menyebarkan maklumat kepada ahli-ahli bagi tahun-tahun yang mendatang selari dengan dunia teknologi masa kini. 

Melalui Blog Nadi@watan juga, kelab Nadi@watan mulai dikenali oleh komuniti UIAM apabila "backlink" blog ini telah diletakkan di blog-blog kelab/individu yang lainnya terutamanya di blog Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (IIUM SRC). Beliau mengimpikan hasil usaha beliau ini disambung oleh Biro IT semasa dan yang akan datang agar ahli-ahli kelab dapat memperoleh ilmu-ilmu tambahan yang lebih terkini dan pantas dengan mempelajari sesuatu pengalaman dan informasi daripada isi kandungan blog ini kerana dunia masa kini menuntut kita mempelajari sesuatu dengan lebih pantas menggunakan kemudahan Internet dan berfikiran kreatif untuk memanfaatkan aplikasi-aplikasi yang ada berserta dengannya. Diharapkan, beliau terus mencurahkan ilmu dan pengalaman melalui laman blog ini selagi termampu dan terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. 


Gambar Kenangan Perkhidmatan Terakhir 
Sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Nadi@watan

Gambar oleh Pbt Omar Hamzah

                                                                    Terima kasih Skuad,

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)