CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 9, 2011

"Telur War" - Peperangan Bermandikan Lumpur

Strategi Membunuh Moral Pasukan Lawan





Ulasan ringkas: [7/8/2010] War Game dalam "Ibadah Camp for Uniform Bodies Package Sem 1 2010/2011" di Kem Lambaian Danau, Melaka ini melibatkan Gabungan Wataniah, Suksis dan Palapes yang dimana sindiket-sindiket yang ada telah dipecahkan kepada dua pasukan dalam misi membunuh ketua pasukan lawan atau menawan tanah taktikal(botol air). Dari segi strategi ketenteraan, apabila ketua sesebuah pasukan dapat dibunuh, kita telah menjatuhkan moral pasukan lawan menyebabkan keadaan mereka menjadi celaru dan kucar-kacir kerana tidak tahu mana satu arahan yang diperlu diikuti. Tanah penting pula harus ditawan kerana ia akan memberi kelebihan tanah taktikal dan kedudukan strategi kepada sesebuah pasukan bagi menghadapi musuh. Kedua-dua pasukan telah merancang strategi masing-masing di mana pasukan A telah memenangi peperangan pada set 1 dengan membunuh ketua pasukan B. Bagaimanapun, pada set 2 pasukan B pula berjaya memenangi game dengan menawan tanah taktikal(mendapatkan botol air) sekaligus set "Sudden Death" dilakukan. Keputusan, Pasukan B berjaya memenangi peperangan telur tembelang ini dan meraikan kemenangan dengan bermandi lumpur.
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)