CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 20, 2011

Mahasiswa Mahasiswi UIAM Menyahut Seruan Pertiwi

Mahasiswa/wi UIAM Siap Siaga 

Menuju Ke Kem Tentera Rejimen 515 Askar Wataniah

Pbt Aiman dan Pbt Afham bersedia menaiki kenderaan untuk bergerak
ke Kem 515 sambil diperhatikan Pbt Nurul dan Pbt Fatin.

Jam 0800, 18/4/2011, Isnin - Seramai 42 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) secara sukarela telah menyertai pasukan keselamatan benteng pertahanan kedua negara di bawah Pasukan Simpanan Tentera Darat iaitu Rejimen Askar Wataniah(RAW). Mereka semua akan menjalani 30 hari latihan asas ketenteraaan dalam Kursus Asas Perajurit Muda(KAPM) Siri 1/2011 di mana latihan-latihan seperti kelas Ilmu Medan Perang(IMP), Taktik, Senjata, Kawad Kaki dan Senjata, Menembak, Merempuh Halangan, Latihan Fizikal, Medan dan sebagainya akan dipelajari setelah kesemua gear seperti pakaian celoreng(No.5), pakaian kawad(No.3), kasut kombat, bere, rantai disc, dan yang lain-lain diberikan kepada setiap seorang anggota. Selama 30 hari itu mereka akan menginap di Kem tentera Rejimen 515 Askar Wataniah (R515AW) di mana hampir kesemua aktiviti akan dipantau oleh askar-askar regular yang terlatih untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka dijaga dengan baik sepanjang kursus berlangsung. Kekuatan sebenar bagi KAPM siri ini termasuk daripada agensi-agensi lain seperti anggota individu, JPA, SSD AW, SKD RAJD, BEK AW, dan lain-lain adalah lebih kurang 100 orang anggota keseluruhannya yang akan digabungkan dan kemudian dipecahkan semula menjadi 3 buah platun.


Mereka telah berkumpul di Transportation Unit di Helipad UIAM untuk melapor diri kepada pembantu-pembantu jurulatih R515AW yang terdiri daripada Pbt Fatih, Pbt Amir Hafiz, Pbt Fitri, Pbt Atiqah, Pbt Aiman dan Pbt Afham. Pbt Aiman telah menyampaikan briefing mengenai apa yang akan berlaku sepanjang kursus supaya menguatkan mental serta menjaga nama baik UIAM terutamanya. Mereka juga telah diingatkan agar terus aktif bersama Kelab Nadi@watan setelah kursus tamat dengan menyertai Latihan Tempatan(LT) di UIAM yang akan disambung pada bulan September 2011 nanti (fasa kedua) dengan mengetahui info-info terkini mengenai latihan melalui profile Nadiwatan Akaun di Facebook atau blog Kelab Nadi@watan (Cara lain ialah mengetahuinya melalui notice board kelab di S-dev). Pelbagai program/aktiviti/latihan telah dirancang dan mereka boleh melibatkan diri samaada skill mahupun non-skill kerana mereka kini adalah sebahagian daripada keluarga Nadi@watan. Subcom IT telah mengingatkan mereka agar tidak berhenti setakat kursus itu sahaja tetapi terus aktif dengan latihan-latihan lanjutan selepas tamat kursus rekrut dengan mendapatkan maklumat terkini daripada sumber-sumber komunikasi tersebut. 




Jam 0830 mereka mula bergerak ke Kem 515 untuk melaporkan kekuatan anggota rekrut UIAM disana pula dan setelah upacara pembukaan dilakukan nanti, maka kursus tersebut secara rasminya bermula. Semoga mereka tabah menjalani latihan dan pulang dengan kejayaan menamatkan latihan tersebut dalam tempoh 30 hari pada 17/5/2011 nanti. Lebih membanggakan Kelab Nadi@watan jika mana-mana anggota UIAM lelaki mahupun pranita mampu meraih anugerah-anugerah yang ditawarkan seperti Penuntut Akademi Terbaik, Penuntut Penembak Terbaik, Penuntut Kawad Terbaik dan Penuntut Keseluruhan Terbaik. Walaubagaimanapun, apa yang penting Kelab Nadi@watan berharap mereka pulang dalam keadaan baik dan gembira ke pangkuan keluarga bagi yang tidak mengambil semester pendek dan bagi yang mengambil semester pendek, teruskan pengajian seperti biasa setelah mendapat rehat yang cukup. "Excuse letter" akan diedarkan kepada mereka untuk diserahkan kepada pensyarah-pensyarah kelas. Semoga sekembalinya mereka ke UIAM dapat menyemarakkan lagi semangat untuk menyertai anggota tentera dikalangan rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi keseluruhannya disamping menambah kekuatan sedia ada anggota wataniah di sini.

 




post signature

2 comments:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain

Wahh, dah pergi dah dorang rekrut. Selamat berjuang!

Pssst : Tahniah biro IT! Sekali pandang macam keratan akhbar la pulak. Keep it up!

Nadiwatan

Perjuangan 30 hari sudah selesai~
Pulang membawa berita gembira, 3 orang ahli kelab dipilih "The Best Amongst The Best" kategori akademik, kawad dan menembak.

Thanks~

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)