CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 12, 2011

Srikandi ATM ke Lubnan

10 Orang Srikandi ATM Teruskan Misi di Lubnan


Sepuluh anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berkhidmat lebih empat bulan di Lubnan di bawah Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) bagi menggantikan kumpulan pertama 10 anggota wanita yang menyertai misi sebelum ini.

Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Wira Jamil Osman berkata kumpulan kedua wanita itu, yang akan berlepas ke Lubnan pada 14 Mac ini, telah menjalani latihan integrasi pasukan (FIT) selama tiga bulan di 1 KAD, Kem Batu 10, Kuantan.

Beliau berkata mereka akan menggantikan kumpulan pertama 10 anggota wanita MALCON II yang bertugas di negara itu sejak 28 Okt tahun lepas yang dijangka kembali ke tanah air, Selasa depan.

Berucap pada Majlis Penghantaran Kumpulan Wanita Kedua Malcon East 5 itu di Kementerian Pertahanan di sini Jumaat, beliau berkata kumpulan itu akan melaksanakan tugas di Sektor Timur Kawasan tanggungjawab UNIFIL, selatan Lubnan di bawah Resolusi 1701 PBB.

Sementara itu ketua kumpulan terbabit, dari Skuadron Semboyan Diraja, Tentera Darat, Kapten Siti Aminah Mohd Sharif berkata kumpulan kedua ini terdiri daripada seorang pegawai dan sembilan anggota wanita lain-lain pangkat (LLP).

Mereka ini dipilih daripada tiga cabang ATM iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat bagi menggalas tanggungjawab yang telah diberi kali ini.

Sumber: Bernama
post signature

1 comments:

Anonymous

Pemergian kalian kami iringi dengan doa dan juga harapan...kepulangan kalian akan kami nantikan dengan sabar...Semoga Kalian senantiasa di bawah lindungan Allah swt.....Amin...

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)