CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 12, 2011

Skill CCWT Sedang Mengharungi Ex-Paya

Persiapan Menjalani Semester Camp Skill Wataniah


Pada 11 Mac 2011, latihan tempatan siri ke 7 telah diadakan melibatkan anggota wataniah UIAM. Fokusnya ialah mengenai semester camp skill wataniah uiam yang diadakan di Morib. Pada hari tersebut, membabitkan aktiviti pentadbiran, latihan-latihan fizikal dan juga latihan kawad. Antara ahli-ahli nonskill yang hadir dan terlibat dengan latihan tempatan ialah Pbt Aini, Pbt Wani, Pbt Mas, Pbt Hidayah dan juga ahli-ahli ex-skill seperti Pbt Omar, Pbt Chea, Pbt Aisah serta Pbt Wiyah. Mereka juga terlibat dalam membahagikan kelengkapan untuk setiap sindiket yang dibentuk iaitu sebanyak 8 sindiket. 

Pada malam tersebut juga diadakan ujian peperiksaan kelas ccwt untuk menguji tahap pemahaman anggota-anggota dengan perkara-perkara asas dalam tentera darat yang wajib diketahui dan dengan apa yang telah dipelajari daripada para jurulatih kelas ccwt. Kemudian diadakan briefing oleh Lt Wari mengenai Ex-Paya yang bakal diharungi oleh anggota-anggota skill ccwt pada 2 hari berturut-turut bermula keesokkan harinya. Dengan berbekalkan kelengkapan ration dan peralatan yang dikhaskan, setiap anggota dalam setiap sindiket bakal bekerjasama dalam menjaga amanah serta memastikan kelancaran pergerakan mereka menuju destinasi. Semoga mereka dapat menilai tahap kerjasama masing-masing dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang ada di dalam ex-paya itu nanti. Semoga berjaya!




Kelibat mantan presiden Kelab Nadi@watan, Pbt Muhaimin. 



8 sindiket mengambil setiap bahagian ration masing-masing
yang ditetapkan sama rata.
5 bag pack, 5 ponco, 5 mess tin, 3 revive, & 10 mineral water.
Gempur Wira!!


GEMPURRRR WIRA!!post signature

1 comments:

Syahira@Chea

GOOD LUCK KOME.. SELAMAT MANDI LUMPUR YER :)
~ Sorg LAgi PBT AISAH @ Cha

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)