CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 18, 2011

Rejimen Media Telah Ditubuhkan

Lebih Ramai Wartawan Di Perlukan 

Mantapkan Rejimen Media


KUALA LUMPUR, 18 Jan – Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia berharap lebih ramai wartawan melibatkan diri bagi memantapkan Rejimen Media yang ditubuhkan pada Julai tahun lepas.

Pegawai Staf II Bahagian Pasukan Simpanan Leftenan Kolonel Yaakob Hashim berkata setakat ini, daripada 35 pengamal media yang mendaftar, hanya 14 orang telah memulakan latihan sejak November lepas.

Beliau berkata jumlah itu tidak mencukupi bagi mewujudkan satu platun yang dinamakan Platun Media dan Cyber Askar Wataniah.

“Kita mengalu-alukan sokongan pengamal media untuk menyertai askar wataniah bagi memberi pendedahan dan menyelami serba sedikit dunia ketenteraan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Yaakob berkata pihaknya memerlukan penyertaan kira-kira 30 pengamal media bagi melengkapkan satu platun, sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac depan oleh Menteri Pertahanan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata selain menanamkan semangat patriotik, penglibatan media dalam askar wataniah akan memberi kelebihan kepada mereka, terutama apabila berpeluang melawat kawasan operasi termasuk di luar negara.

“Mereka juga akan diberikan latihan yang khusus, terutama fungsi sebagai media, aspek keselamatan dan lain-lain yang berkaitan,” katanya.

Yaakob berkata setiap anggota askar wataniah wajib menamatkan latihan asas 240 jam setahun, atau tiga jam seminggu.

“Latihan diadakan pada hari Khamis, namun sekiranya mereka ada hal atau tidak boleh hadir pada masa tersebut, mereka boleh minta untuk hari lain,” katanya.

Beliau berkata selepas menamatkan latihan asas yang membabitkan disiplin, kawad dan penggunaan senjata, mereka perlu menjalani latihan 15 hari dalam setahun untuk peringkat seterusnya.

“Mereka juga akan dibayar elaun mengikut jam bagi latihan asas tersebut, namun peringkat seterusnya akan dibayar elaun mengikut kepakaran mereka,” katanya.

Sumber: Umno Online
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)