Kejutan Daripada CO BN 2 Untuk Wataniah UIAM
Pada 5 Mac 2011, Latihan tempatan(LT) siri ke 5 telah diadakan di UIAM dimana aktiviti yang dilakukan ialah majlis kenaikan pangkat beberapa orang anggota skills CCWT dan seterusnya adalah ujian dan latihan kawad bagi anggota wataniah UIAM. Pada sebelah tengah hari pula diadakan sesi pertemuan dengan CO Batalion 2 R515AW Lt Kol Alias Lisut dan juga Ajutan LT Norhafizah Mohd Nor dimana sesi mendapatkan 'feedback' dan 'feedforward' dilakukan bagi menjelaskan sebarang perkara dan permasalahan yang diajukan anggota. CO juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk tujuan pembaikan di masa akan datang disamping mahu melihat anggota wataniah UIAM tidak meletakkan terlalu tinggi kebergantungan kepada barang-barang logistik Rejimen dan harus lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti-aktiviti dalam menarik lebih ramai pelajar-pelajar UIAM yang lain dalam menyertai Rejimen Askar Wataniah(RAW) bagi bersama-sama menunjukkan semangat cintakan agama, mencakupi bangsa dan negara dengan menjadi benteng pertahanan kedua negara dalam konsep Pertahanan Menyeluruh(HANRUH).
Gambar oleh L/kpl Muhammad Zarif (Surip). |
Gambar oleh Pbt Rafik Masuod. |
Kejutan yang dimaksudkan ialah berkenaan Latihan Kem Tahunan 2011 yang baru sahaja diketahui oleh kesemua anggota wataniah UIAM termasuklah Penasihat Kelab Nadi@watan, Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi yang telah mengusahakan majlis pertemuan pada hari tersebut. Untuk pengetahuan semua anggota, Latihan Kem Tahunan bagi tahun 2011 ini akan dipecahkan kepada 2 siri. Salah satu siri tersebut adalah KHUSUS untuk anggota Batalion 2 sahaja dan tarikh bagi latihan tersebut sedang dalam perbincangan. Ia bukan untuk tujuan pengasingan daripada agensi-agensi yang lain tetapi lebih kepada faktor majoriti dan usaha dalam menambah baik peratus kehadiran latihan-latihan anggota sukarela dalam R515AW. Jadi apa yang ingin dikatakan oleh Kelab Nadi@watan ialah ini adalah kejayaan TERBESAR dalam sejarah Kelab Nadi@watan dan kami diperingkat ahli-ahli lembaga kelab ingin melihat komitmen anggota wataniah UIAM keseluruhannya terhadap apa yang diimpi-impikan selama ini dengan menyertai latihan tersebut kelak. Begitu juga dengan latihan-latihan tempatan yang dilaksanakan di UIAM memerlukan kita bersama-sama mengajak skuad-skuad yang lain untuk turun membuktikan bahawa kita benar-benar menghargai kerjasama dan hasil usaha semua pihak R515AW seperti Pegawai Latih, Lt Kol Abdullah Ibrahim dan tentu yang terutamanya 'Ayah Besar' kita (bak kata tuan Wari) dalam rejimen kita iaitu CO BN 2, Tuan Alias.
Gambar oleh Pbt Rafik Masuod. |
Oleh itu, sebarang cadangan yang bernas dalam menjayakan objektif tersebut diterima baik dalam mesyuarat tetapi haruslah disertai dengan perlaksanaan terhadap apa yang telah dipesetujui. Jadi Kelab Nadi@watan sekali lagi mengalu-alukan anggota-anggota wataniah yang masih belajar di UIAM atau yang telah 'graduated' tetapi (Tarikh Tamat Perkhidmatan)TTP/ROD masih aktif untuk mendapatkan maklumat lanjut di Nadiwatan Akaun di facebook kelab untuk turun bersama-sama menjayakan apa yang telah dirancang bersama selama ini.
Alhamdulillah, untuk semester pertama tahun 2011 ini banyak perkhabaran gembira diterima dan diharapkan ianya terlaksana dan kita seharusnya merebut segala peluang yang telah diberi untuk membuktikan keupayaan kita menjadi Batalion TERBAIK Rejimen 515 Askar Wataniah, insha'allah. Segala ilmu teori yang dicurahkan oleh para jurulatih tidak kira daripada UIAM sendiri mahupun daripada Kem 515 haruslah dihargai dan diterjemahkan dengan baik dalam latihan-latihan yang akan dianjurkan bagi melihat prestasi sebenar anggota.
'Semester/Annual Camp' bagi anggota skills pada minggu 12 dan 13 Mac 2011 akan dikira sebagai latihan tempatan, Insha'allah. (updated: cuma Jumaat, 11 Mac 2011 sahaja dikira LT)
Esok 6 Mac 2011 Latihan tempatan siri ke 6 akan diadakan di Dataran Merdeka untuk menjayakan Hari Ulang Tahun(HUT) Tentera Darat ke 78 dan mengetahui aset-aset Tentera Darat dimana peluang ini jarang-jarang sekali diperoleh bahkan oleh anggota-anggota regular sendiri menurut Tuan Alias. Jadi peluang-peluang ini perlu direbut oleh anggota wataniah batalion kedua R515AW untuk mengetahui sebanyak mungkin ilmu-ilmu dan kelengkapan alatan serta persenjataan yang ada di dalam sesebuah kor/rejimen di dalam tentera darat. Kita akan berkumpul di OR jam 0530 dan tayar bergolek jam 0600 bagi mengelakkan terkandas dalam kesesakkan jalan raya dan akan menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek. Pakaian F1 diutamakan dan PO bagi anggota non-skills yang tiada baju F1. Jumpa disana. Kamera digital atau barang-barang kemas tidak digalakkan dibawa tetapi jika dibawa maka tanggungjawab adalah diatas diri individu itu sendiri. Juga awas dengan penyeluk saku. Jumpa disana.
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)