Hari Terbuka Tentera Darat
KUALA LUMPUR : Sambutan Hari Ulang Tahun TD Ke-78 kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung-julung kalinya Tentera Darat mengadakan Hari Terbuka TD dengan memperlihatkan asetnya kepada masyarakat umum sejajar dengan tema sambutan kali ini iaitu merakyatkan Tentera Darat. Lebih menarik lagi apabila setiap acara yang telah diadakan telah berjaya memukau dan menarik perhatian lebih kurang 60,000 pengunjung yang membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan hari terbuka TD ini yang diadakan selama 3 hari.
Hari Terbuka TD diadakan mulai 4 hingga 6 Mac diadakan bertujuan untuk memperlihatkan aset TD bagi membuktikan tentera sentiasa bersedia mempertahankan negara dalam apa juga keadaan. Selain perarakan kontinjen dan aset-aset kenderaan tempur orang ramai juga berkesempatan menyaksikan persembahan kepakaran TD antaranya adalah Payung Terjun (penerjunan bebas), akrobatik bermoto Red Warriors, demonstrasi Anjing Perang dan demonstrasi menyelamat tebusan oleh Unit Lawan Keganasan dari 21 GGK.
Turut diadakan pameran statik dan promosi kerjaya TD, para hadiri juga berpeluang untuk mendaftar secara awal untuk pengambilan rekrut TD atau Askar Wataniah. Selain warga kota para pelancong luar negara juga tidak ketinggalan untuk turut sama menyaksikan perarakan kontinjen dan aset TD serta pemeran statik Hari Terbuka TD ini yang diadakan pada hari terakhir. Lintas hormat dari Pasukan Udara TD melintasi ruang udara Dataran Merdeka dengan membawa bendera Malaysia, ATM, TD dan Logo 1 Angkatan.
Sumber: Laman Web Rasmi Tentera Darat
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)