CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

Review Wallpaper Lama Di Laman Web Rasmi Tentera Darat

Wallpaper Lama Tentera Darat




post signature

Wad Veteran ATM di Tubuhkan di Hospital Angkatan Tentera

Wad Bunga Raya Untuk Veteran ATM


Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


SUKARNYA menggambarkan kepayahan keluarga seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya ibu bapa mereka terlantar akibat menghidap penyakit kronik dan tidak lagi mampu untuk bergerak.


Mereka bukan sahaja perlu menjaga tetapi juga menguruskan hal ehwal kendiri seperti menukar lampin pakai buang malah perlu memastikan ibu bapa berada dalam keadaan selesa termasuk menyediakan katil khas dan alat bantuan pernafasan jika diperlukan.

Namun ironinya, ahli keluarga tersebut perlu bekerja dan anak pula bersekolah sehingga terpaksa membiarkan ibu bapa mereka yang terlantar di rumah tanpa penjagaan sewajarnya.

Bagi yang berkemampuan, mungkin sanggup mengeluarkan belanja lebih termasuk menggaji pekerja asing bagi memastikan ibu bapa yang terlantar itu mendapat perhatian yang sewajarnya.

Bagaimanapun ia pasti berbeza dengan keluarga yang bukannya daripada golongan berkemampuan kerana sudah tentu mereka tidak mampu untuk mengeluarkan belanja dalam menguruskan kebajikan ibu bapa yang menghidap penyakit kronik itu.

Namun kini, ahli keluarga veteran tentera boleh menarik nafas lega setelah kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan sebuah Wad Veteran ATM di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dekat Wangsa Maju.

Ia diwujudkan khas untuk menjaga kebajikan kira-kira 700,000 pesara dan pasangan mereka yang sebelum ini hanya mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing.

Wad Veteran ATM itu dilancarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 10 Mac lalu hasil cetusan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja (PVRSD) yang mencadangkan kepada kementerian supaya diwujudkan sebuah pusat penjagaan khusus untuk pesara tentera yang menghidap penyakit kronik.

Pada ketika itu, PVRSD berjaya mengenalpasti seramai 42 pesara yang memerlukan rawatan serta perhatian sewajarnya sebelum membawa kertas cadangan itu kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk perbincangan awal dengan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) pada Jun 2009.

Selain itu, cadangan tersebut juga dirujuk kepada Ahmad Zahid sendiri yang kemudiannya mengambil keputusan menyokong penuh dan meluluskan cadangan berkenaan serta mengarahkan Ketua Pengarah BPK, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Abdul Razak Md. Yusof mempertimbangkan dengan serius cadangan tersebut bagi kebajikan pesara ATM.

Hasilnya satu pertemuan membabitkan BPK, JHEV dan PVRSD diadakan pada 6 Disember 2010 bagi membincangkan cadangan tersebut yang akhirnya BPK telah menawarkan wad sedia ada di HAT Tuanku Mizan untuk dijadikan sebagai wad khas bagi pesara tentera.

Kini, Wad Veteran ATM itu dilancarkan dan dinamakan sebagai Wad Bunga Raya, menempatkan sebanyak 24 katil khas untuk pesara tentera pada satu-satu masa dengan menggunakan peruntukan sedia ada daripada kementerian.

Buat masa ini, wad berkenaan telah menerima lima veteran untuk dirawat di situ. Namun pesara tentera bukan hanya mendapatkan rawatan di wad berkenaan semata-mata kerana ada yang mendapatkan perkhidmatan di wad pembedahan dan ortopedik.

Sekiranya jumlah 24 katil itu tidak mampu menampung kehadiran pesakit, pihak hospital akan membenarkan wad-wad lain digunakan bagi merawat pesara tentera yang mendapatkan perkhidmatan di Wad Bunga Raya.

Ahmad Zahid berkata, Kementerian Pertahanan akan memohon bajet tambahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuka wad sama di HAT Kem Terendak, Melaka dan HAT Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau yakin Perdana Menteri akan meluluskan permohonan untuk mewujudkan wad itu di dua HAT berkenaan dalam masa kurang setahun sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap veteran ATM.

"Pesara tentera di tempat lain boleh mendapatkan perkhidmatan sama di Rumah Sakit Angkatan Tentera di setiap kem berhampiran. Saya telah meminta pegawai dan anggota kita yang berkhidmat di situ supaya memberi keutamaan kepada veteran ATM," katanya baru-baru ini.

Ahmad Zahid dalam pada itu memberitahu, pelbagai program yang telah kerajaan lakukan untuk pesara tentera termasuk mewujudkan Akta Veteran ATM bukanlah untuk mencapai objektif politik.

Sebaliknya kata beliau, ia dibuat atas dasar kebertanggungjawaban kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan veteran tentera yang berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah air.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini, sejumlah RM200 juta telah disediakan kepada JHEV bagi membantu kebajikan veteran ATM dalam pelbagai aspek sejak ia ditubuhkan 10 tahun yang lalu.

Selain itu katanya, pesara tentera juga boleh mendapatkan perkhidmatan di HAT di negara ini dengan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1.

''Pada masa yang sama, saya akan mencadangkan kepada BPK supaya diwujudkan kaunter khas farmasi khusus untuk veteran tentera bagi mengelakkan mereka menunggu lama bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Sumber:Utusan Malaysia Online
post signature

Tuesday, March 29, 2011

More Than a Lyric..


Steven Curtis Chapman - Soldier

When you are a soldier, I will be your shield
And I will go with you into the battlefield
And when the arrows start to fly
Take my hand and hold on tight
'Cause I will be your shield

When you are a soldier
When you're tired from runnin'
I will cheer you on
Look beside you and you'll see you're not alone
And when all fo your strength is gone
I'll carry you until you're strong
And I will be your shield

When you're a soldier
I will be the one that you can cry your songs to
And my eyes will share your tears and,
When you are surrounded, the enemy is closing in
I will fight with you to the end
When you're lost in darkness
I will hold the light
And I will help you find your way through the night

I'll remind you of the truth
And keep the flame alive in you
And I will be your shield
Yes I will be your shield
When you are a soldier
When you are a soldier

Sumber Lirik: http://www.musicbabylon.com
post signature

Hitam Putih Mengimbau Kenangan Lama

Once a Soldier Always a Soldier......


Menjadi seorang anggota pasukan simpanan tentera darat dalam benteng pertahanan kedua negara merupakan perkara terhebat pernah dilakukan oleh mereka, ahli-ahli daripada Kelab Nadi@watan. Mempelajari pelbagai ilmu medan perang dan taktik serta kebolehan mengendalikan senjata-senjata sebenar seperti M16, Steyr, Light Machine Gun(LMG), General Purpose Machine Gun(GPMG), Carlgustav, dan pelbagai gadjet tentera yang lainnya merupakan suatu kelebihan teristimewa diperoleh mereka dalam menyahut seruan pertiwi menjaga keamanan negara. Pengalaman semasa menjalani 30 hari semasa Kursus Asas Perajurit Muda(KAPM) dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam mengukuhkan lagi sifat saling memahami dan kerjasama antara pasukan. Disinilah bermulanya perjalanan diari hidup mereka sebagai askar wataniah apabila telah mula layak menyarungkan baju celerong ke badan dan beret yang di mana peluang sebegini tidak diperoleh oleh pemuda/pemudi serta orang awam yang lainnya.

Mahasiswa/wi sekarang dilihat semakin alpa dengan keamanan yang dikecapi negara sekarang dengan menyerahkan tanggungjawab pertahanan negara kepada anggota pasukan keselamatan sahaja. Kita boleh lihat bagaimana cadangan Kementerian Pertahanan(KEMENTAH) untuk menubuhkan Fakulti Pertahanan diseluruh UiTM dalam negara membuktikan golongan Mahasiswa/wi amat diperlukan bagi memartabatkan lagi perkhidmatan pertahanan negara untuk kekal berdaya saing dengan negara-negara serantau dan antarabangsa. Tetapi apa yang kita dapat lihat pada hari ini, mereka sibuk dengan hal-hal politik negara yang hanya menimbulkan kucar-kacir dalam masyarakat kerana ketidaksefahaman antara mereka, sedangkan anggota wataniah diajar untuk memupuk sifat persefahaman dan saling bekerjasama mencapai objektif iaitu matlamat jelas yang sama. Jika salah seorang daripada mereka berpaling tadah, maka semakin lemahlah seluruh pasukan tersebut. Walau sehebat mana seseorang anggota tentera dalam ilmu medan perang dan taktik, mereka bukanlah Rambo khayalan, mereka masih ingin berkata "I need you to watch my SIX". 





Bagi skuad-skuad wataniah yang bakal direkrutkan tidak lama lagi pada bulan Aprill 2011, diharapkan memanfaatkan sebaik mungkin masa-masa yang berharga ini untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat dan membawa nama baik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan nama UIAM itu sendiri. Batas pergaulan masih perlu diutamakan dan berusahalah untuk menjadi seorang pemimpin yang menghormati untuk dihormati. Skuad-skuad yang lainnya pula haruslah menjadi pengikut yang setia dan patuh pada arahan yang dikeluarkan(selagi tidak menyimpang daripada syariat Islam) walau sesiapapun yang menjadi ketua pada sesuatu masa itu kerana pada suatu masa kita pula yang bakal menggantikan tempat mereka sebagai pemimpin dan memerlukan kerjasama mereka pula. Semoga diari 30 hari kursus di Rejimen 515 Askar Wataniah dihiasi dengan kenangan-kenangan yang sukar dilupakan walaupun kita sudah bersara suatu masa nanti kerana ingatlah frasa ini iaitu "Once a Soldier, Always a Soldier....."
post signature

Fakulti Pertahanan Bakal Ditubuhkan di IPT

KEMENTAH Cadang Tubuh Fakulti Pertahanan di UiTM


2011/03/28
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mencadangkan penubuhan Fakulti Industri Pertahanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) seluruh negara bagi menambah tenaga kerja tempatan yang pakar dalam bidang itu.

Cadangan itu telah diusulkan dalam Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) hari ini yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata, kini terdapat banyak industri pertahanan tempatan di buka sehingga menyebabkan kurangnya tenaga kerja yang diperlukan dalam membangunkan industri tersebut.

"Kita tidak cukup tenaga kerja dan mustahil kita mahu mengambil tenaga daripada luar untuk memperkuatkan industri pertahanan kita sebab ini adalah sesuatu yang penting dan saya tidak fikir tenaga luar sesuai untuk digunakan bagi membangunkan industri pertahanan kita," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di sini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin.

Ahmad Zahid berkata, UiTM dipilih berdasarkan kredibiliti dan kapasiti yang terdapat pada institusi itu, dimana ia bakal mempunyai kira-kira 200,000 pelajar pada masa depan.

Katamya, pelajar fakulti itu akan dilatih dari segi akademik dan praktikal mengenai pertahanan.
"Pelajar-pelajar akan dikhususkan kepada penyelenggaraan dan membaikpulih dalam industri pembuatan kapal tentera laut dan juga dalam industri untuk peralatan atau aset bagi tentera darat," katanya.

Beliau berkata, cadangan penubuhan fakulti itu juga telah dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini dan ia disambut baik.

"Kita telah berbincang dengan KPT dan mereka sedang melakukan beberapa kajian terhadap cadangan itu. Mesyuarat hari ini dapat memperkuatkan lagi supaya pihak UiTM dan KPT merealisasikan penubuhan fakulti ini," katanya.

Mesyuarat MIDES adalah platform bagi membincangkan status terkini perkembangan program industri pertahanan tempatan serta laporan dari enam Kumpulan Kerja MIDES.

Ia dihadiri 27 wakil pelbagai Agensi Kerajaan dan 38 wakil syarikat industri pertahanan tempatan dalam Kumpulan Kerja Persenjataan dan Kumpulan Barangan Guna Sama. - BERNAMA

post signature

Sunday, March 27, 2011

Review Wallpaper Terbaru Di Laman Web Rasmi Tentera Darat

WALLPAPER TERBARU TENTERA DARAT

post signature

Mencari Combat Photographer...

Combat Photography lahir Intelligence Photographer

Penulis: Kpl Shamsul Zaidi Zolkoffly
Kursus Combat Photography adalah merupakan salah satu kursus yang memberikan pendedahan dan latihan kepada peserta di dalam aspek pengumpulan maklumat berbentuk gambar sewaktu menjalankan tugas rutin atau sesuatu operasi.

Walau bagaimanapun, latihan dan pergerakan dalam kursus tersebut adalah lebih menjurus ke arah mengambil gambar di dalam keadaan yang tertekan (under pressure), kekangan masa dan peralatan yang seadanya.

Objektif kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota mengenai teknik dan disiplin fotografi yang sesuai bagi tugas pengumpulan maklumat perisikan dan operasi. Ia juga dapat membimbing peserta-peserta untuk menghasilkan foto yang bermutu serta mempunyai News and Intelligence Value.

Selain daripada itu, Kursus Combat Photography juga memberi pendedahan kepada anggota berkaitan dengan aspek fotografi serta mengendalikan kamera dengan betul dan serba boleh di dalam keadaan terdesak.

Kursus tersebut turut membantu membentuk dan memberikan keyakinan diri anggota melalui subjek fotografi untuk lebih berketrampilan dalam bidang tersebut.

Kursus Combat Photography tersebut bukan hanya didedahkan kepada anggota tentera, malahan ianya turut disertai oleh Agensi Kerajaan yang melaksanakan penguatkuasaan seperti Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imegresen Malaysia.

Kursus ini banyak memberikan pendedahan kepada anggota kursus mengenai program-program yang terdapat pada kamera serta fungsinya selain itu anggota turut diajar bagaimana untuk menghantar satu-satu maklumat dengan menggunakan internet tanpa diketahui oleh pihak lain.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memahirkan anggota mengendalikan peralatan kamera serta dapat melahirkan pegawai dan anggota yang mempunyai kemahiran di dalam bidang fotografi semasa perlaksanaan tugas di waktu aman mahupun di masa perang ataupun darurat.

Pada permulaan kursus anggota diajar pengenalan kepada kamera yang mana anggota akan didedahkan kepada kamera jenis Digital Single Lens Reflect (DSLR) serta program-program yang terdapat pada kamera tersebut.

Selepas apa yang dipelajari, anggota akan membuat praktikal secara individu dan ini adalah salah satu latihan untuk memahirkan seseorang itu mengendalikan kamera DSLR serta dapat membantu anggota lebih memahami dengan apa yang diajar oleh jurulatih.

Apabila anggota telah mahir mengendalikan kamera, seterusnya mereka akan didedahkan kepada asas foto perisikan dan combat. Di dalam pelajaran tersebut, anggota diajar bagaimana cara mengambil gambar sesuatu imej tanpa diketahui oleh pihak musuh serta individu tertentu.

Pada peringkat ini, objektif utama adalah untuk mengetahui satu-satu lokasi atau kedudukan pihak musuh agar maklumat yang akan disampaikan tepat.

Kursus Combat Fotography adalah salah satu kursus yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi berkeyakinan, berani, cergas serta peka dengan keadaan persekitaran dan paling utama, mampu menjalankan tugas dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan tertekan.


**Gambar-gambar adalah sebagai ilustrasi semata-mata. 
**Game paint war dilakukan di Muzium Perang, Pulau Pinang.
**Paint War's Combat Photographer: Pbt Umar Ismail

post signature