CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 20, 2011

Sekitar Perbarisan HUT R515AW Ke-9

Mengenali Barisan Kepimpinan R515AW

Melalui Latihan Tempatan Siri 4  

(Jadual Latihan Tempatan UIAM 2011)




Pada 20 Februari 2011, perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen 515 Askar Wataniah kali ke-9 dan perasmian pembukaan Latihan Tempatan(LT) anggota sukarela bagi tahun 2011 telah diadakan dengan jayanya. Sebelum ucapan perasmian oleh Komander R515AW Brigadier Jeneral Mohd Amin Md Din, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti R515AW ialah satu-satunya rejimen AW yang kini dilengkapi dengan infrastruktur yang moden dan kondusif yang harus dihargai dan dijaga dengan baik supaya tahan lama untuk kegunaan anggota-anggota lain pula. Kehadiran yang sangat tidak memuaskan walaupun kem 515AW yang dulu di Kem Jalan Ampang telah dipindah dan dinaik taraf tetapi masih tidak mampu meningkatkan jumlah kehadiran LT pada tahun 2010 yang lepas. Beliau juga menyentuh mengenai pelbagai aktiviti R515AW sepanjang tahun ini yang salah satunya ialah pelancaran Kompeni Askar Wataniah kawasan parlimen yang akan dilakukan selama lebih kurang seminggu untuk persiapan sehingga tarikh sebenar Hari Jadi iaitu 15 Mei 2011 di Dataran Merdeka. Program besar seumpama ini telah diberi pengiktirafan oleh Datuk Bandar untuk dilakukan di Dataran Merdeka walaupun tempat yang dicadangkan pada awalnya ialah di Putrajaya/UM. Kerjasama daripada semua anggota sukarela 515 untuk menjayakan program itu nanti akan turut membantu menaikkan nama R515AW dan mencipta sejarahnya tersendiri sekiranya tenaga manusia yang digunakan untuk tujuan tersebut hanyalah dari R515AW sahaja tanpa bantuan daripada unit-unit lain.


Pada LT Siri 4(jadual UIA) tersebut, OC latih Lt Kol Abdullah Ibrahim telah menyebut 'agensi UIAM sebagai agensi terbaik kehadiran Latihan Tempatan di Kem 515AW dan dengan itu berhak untuk diberi peluang sebagai agensi percubaan LT dilakukan di kawasan kampus UIAM' setelah lama merancang dan memikirkan masalah logistik terutamanya jika setiap agensi ingin melakukan latihan di institut/kampus masing-masing. Menurut beliau, kehadiran anggota UIAM daripada batalion kedua selalunya akan 'pukul habis' daripada kehadiran daripada agensi-agensi yang lain dengan kehadiran >60% daripada jumlah penuh kehadiran latihan/kem tahunan. 

Walaubagaimanapun beliau kecewa dengan prestasi R515AW dari segi kehadiran LT kerana tidak pernah memuaskan jika dibandingkan dengan jumlah anggota yang telah pergi rekrut. Pada tahun 2008 dan 2009 sebagai contoh terdapat 5 siri Kursus Asas Perajurit Muda (KAPM) masing-masing setiap tahun tersebut dan membabitkan lebih kurang 1000 anggota, beliau mempersoalkan di manakah mereka ini pada hari tersebut?. 

Pada tahun 2010 pula hanya terdapat satu siri KAPM kerana tiada guna membazirkan masa dan tenaga jurulatih-jurulatih dan juga pelatih-pelatih itu sendiri sekiranya tiada minat untuk terus melanjutkan latihan selepas tamat kursus rekrut masing-masing. Beliau juga meminta pandangan bernas daripada anggota sukarela yang hadir pada hari tersebut cara bagaimana untuk meningkatkan jumlah kehadiran yang dilihat begitu mengecewakan. Kemudahan logistik dan penginapan semua telah tersedia, tuntutan elaun pengangkutan juga boleh dibuat sebagai contoh naik teksi, minta resit untuk tujuan 'claim' dengan pejabat gaji, kehadiran yang dikehendaki bukanlah 10 jam penuh setiap kali hadir tetapi jika dapat hadir 4/5 jam untuk menjalani latihan turut dihargai kerana ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus kehadiran latihan anggota sukarela, mungkin selapas ini anggota wataniah daripada agensi-agensi seperti Putrajaya, JPA, TNB dan lain-lain boleh menjadi agensi baru dalam R515AW melihatkan kurangnya komitmen diberikan oleh anggota asal R515AW itu sendiri. 

Pujian diberikan kepada anggota yang dapat hadir pada hari tersebut kerana masih setia untuk turun hadir latihan ini dan dapat membantu memesan rakan-rakan untuk turut sama hadir bagi meningkatkan peratus kehadiran sekurang-kurangnya +5% tahun ini memandangkan maklumat mengenai latihan cuma dapat disebarkan melalui facebook dan cawangan latih/pejabat batalion kerana website rasmi R515AW kini sudah ditutup. 

Ucapan oleh Timbalan Komander R515AW, Lt Kol Hj Roslan Hj Zakaria di Dewan Makan R515AW turut menyentuh perkara yang sama seperti yang dibincangkan diatas, tetapi daripada aspek yang mendalam. Beliau menceritakan kepentingan adanya golongan seperti Askar Wataniah yang membantu dalam perlaksanaan 'Total Defense' atau Pertahanan Menyeluruh(Hanruh). Dewan menjadi sepi seketika ketika surah al-fatihah disedekahkan kepada perajurit-perajurit dan pejuang-pejuang tanah air yang telah terkorban dalam mempertahankan negara. Beliau kemudian mengambil contoh negara Kuwait yang mengambil tentera-tentera upahan untuk menjaga keselamatan negara tetapi hanya beberapa jam sahaja diperlukan kerajaan Saddam Hussein untuk menembusi dan melumpuhkan Kuwait kerana tentera-tentera upahan itu tidak membantu dalam mempertahankan negara Kuwait. 

Perkara-perkara lain ialah penyampaian maklumat-maklumat asas yang wajib diketahui oleh anggota sukarela kerana kerja-kerja pentadbiran di R515AW bukan sahaja berkenaan anggota sukarela tetapi anggota-anggota tetap juga terlibat dengan kesemua aktiviti di bawah pemerintahan 12 Brigade dan 4-Div. Sebagai contoh keesokkan harinya 21 Februari 2011 terdapat majlis perpisahan panglima di R515AW dan HUT yang disambut pada hari tersebut adalah kali yang kedua bagi anggota tetap yang telah pun menyambutnya dengan pihak pemerintahan atasan pada 31 Januari 2011 sehari sebelum penubuhan rasmi R515AW iaitu 1 Februari 2002. Banyak lagi perkara yang dikongsikan bersama dengan anggota-anggota R515AW keseluruhannya oleh TK baru R515AW tersebut yang baru memulakan tugas di 515 pada tahun 2010 yang lepas.


Majlis jamuan kemudian berlangsung setelah pemotongan kek pulut kuning oleh barisan-barisan kepimpinan di R515AW diketuai oleh Komander R515AW.



Pbt El membantu persiapan jamuan anggota di dewan makan.
Anggota Wataniah UIAM
dan lain-lain agensi serta tetap
sedang menjamu selera
Mengambil peluang mengenali satu sama lain
memandangkan banyak muka-muka baru daripada
pelbagai latar belakang.
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)