Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-78
Pengenalan
Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.
1) Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
2) Rejimen Renjer Diraja (RRD)
3) Kor Armor Diraja (KAD)
4) Rejimen Artileri Diraja (RAD)
5) Rejimen Semboyan Diraja (RSD)
6) Kor Perkhidmatan Am (KPA)
7) Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)
8) Kor Kesihatan Diraja (KKD)
9) Kor Risik DiRaja (KRD)
10) Kor Perkhidmatan Diraja (KPD)
11) Kor Ordnans Diraja (KOD)
12) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
13) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
14) Rejimen Askar Wataniah (AW)
15) Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)
16) Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)
17) Rejimen Pengurusan Sempadan (RPS)
Kor Pasukan Elit (KPE)
- 10 Briged Para
- Rejimen Gerak Khas (RGK)
Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.
Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.
Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan konvensional.
Sumber asal: Wikipedia
Promosi Pameran Besar-Besaran
Hari Tentera Darat Ke-78
Di Dataran Merdeka Pada 4-6 Mac 2011
Sebuah novel ketenteraan hasil nukilan Lt. Kol. Mohd Radzi Abd Hamid. Buku ini harus dimiliki dan dibaca oleh setiap warganegara kerana ianya mempunyai nilai patriotik, perjuangan, kasih sayang dan beberapa nilai murni yang lain yang harus dihayati oleh pembaca.
Drama Bersiri Platun Harimau
Drama bersiri(15 Episod) Platun Harimau akan ditayangkan di kaca televisyen tempatan RTM bermula pada 1 Mac 2011 sempena Hari Ulang Tahun(HUT) Tentera Darat yang Ke-78 (1 Mac 1933).
http://celoreng.blogspot.com/2011/01/latihan-akhir-platun-harimau.html
http://celoreng.blogspot.com/2010/12/harimau-kembali-ke-hutan.html
http://celoreng.blogspot.com/2010/12/platun-harimau-di-ambang-perang.html
P/s: Gambar-gambar diperoleh daripada blog Pena Celoreng.
1 comments:
Saya ada buat entry khas tentang ulangtahun 78 Tentera Darat. Jika rajin, silalah berkunjung ke laman blog saya di: http://ditelanzaman.blogspot.com/2011/03/pakaian-tempur-celoreng-tentera-darat.html
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)