CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

Mediccc!!!

Mendekati Insan Pemalu

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
Gambar Abd Razak Aid



Anggota sokongan daripada Kor Kesihatan Diraja (KKD) mencuci luka
salah seorang remaja pada program khidmat masyarakat di penempatan
Orang Asli di Kampung Sungai Cherbang, Jempol.
KEHADIRAN siswa Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (Inspeka) ke penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Cherbang, dekat Jempol serta bermalam di situ hanya dengan satu hajat, membantu insan berkenaan dalam program khidmat masyarakat.

Pengarah program tersebut, Mejar Azhar Kamarudin berkata, misi selama dua hari itu bukan sahaja mendekatkan anggota tentera dengan masyarakat Orang Asli tetapi menunjukkan betapa pasukan itu juga prihatin dengan kehidupan yang dialami penduduk di kampung berkenaan.

“Masyarakat Orang Asli di kampung ini rata-ratanya tidak mempunyai pelajaran mahupun agama.

“Mereka lebih suka mendiami kelompok kehidupan yang tidak ramai dan bilangan yang ada pun berjumlah 112 orang.

“Orang Asli Kampung Sungai Cherbang adalah dari suku kaum Semelai. Kami hadir untuk memberikan pendedahan yang termampu,'' katanya kepada Gaya Tentera di Jempol baru-baru ini.

Azhar memberitahu, program itu turut melibatkan tiga lagi siswa Inspeka, Mejar Mohd. Hisyam Ismail, Mejar Hairil Abd. Hamid dan Mejar Shamsul Akma Ismail.

Turut terlibat anggota daripada Kor Risik Diraja (KKD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), selain Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan beberapa penaja termasuklah akhbar Utusan Malaysia sebagai Rakan Media pada program berkenaan.

“Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Pakaian baru dan terpakai juga diedarkan kepada mereka.

“Kita melakukan pemeriksaan kesihatan dan memberikan keperluan ubatan. Program rohani dan kesedaran juga diselitkan kerana hampir kesemuanya mengamalkan fahaman animisme dan tidak mempunyai agama,” jelasnya.

Azhar juga menjelaskan, keupayaan mendekatkan diri dengan masyarakat Orang Asli di sini memang menyeronokkan apatah lagi ia merupakan kali pertama tentera bermalam di situ.

“Program ini wajar diteruskan supaya penduduk di situ dapat keluar daripada kepompong penguncupan minda. Mereka pelu dibawa keluar melihat pembangunan yang rancak dilakukan oleh kerajaan.

“Siswa Inspeka pada program yang lain merancang membawa anak-anak mereka melawat muzium tentera dan sebagainya untuk memberi peluang mengenali masyarakat luar dan ini dapat mengembangkan minda mereka untuk menerima perubahan,” jelasnya.

Azhar juga memberitahu, Persatuan Penduduk Taman Lavender Heights, Seremban sudi menjadikan kampung itu sebagai ‘kampung angkat’, di mana mereka akan datang mengunjungi, memberikan pendidikan agama dan akademik kepada penduduk dan anak-anak mereka.

“Kami menyasarkan dalam satu tempoh untuk melihat sekurang-kurangnya 60 peratus daripada penduduk di sini memeluk agama Islam dan sebuah surau kecil akan dibina di situ. Khidmat ustaz yang mengajar akan dibantu bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)