CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 27, 2011

Platun Harimau Semasa Darurat Kedua Negara

Platun Harimau Memburu Komunis

ATAS semangat menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang pernah bertindak kejam kepada rakyat negara ini, novel berjudul Platun Harimau kini diangkat menjadi drama bersiri.

PLATUN Harimau, daripada novel diangkat ke drama bersiri.
Drama yang mengisahkan kegigihan perajurit Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu DiRaja dengan menggempur kubu-kubu kuat pengganas komunis dan menangkap tali barut yang membantu pengganas.

Berlatarkan operasi-operasi khas dan rahsia sekitar tahun 1980an, anggota Platun Harimau seramai 20 orang dipilih khas di kalangan perajurit Askar Melayu.

Mereka kemudiannya dilatih khas oleh komando bagi menyelinap ke dalam kem-kem komunis dengan amanat yang dipegang iaitu ‘membunuh atau terbunuh'.

Drama arahan pengarah pengalaman, Nurhalim Ismail itu akan mula ditayangkan pada 1 Mac ini sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat.

Menjanjikan kisah perang yang luar biasa, Platun Harimau membariskan ramai pelakon hebat antaranya Norman Hakim, Safura Ya'cob, Yatt, Zamarul Hisham, Zul Zuhaimi, Watie Elite, Zaidi Omar, Wendy Wong, Rosnah Mat Aris, Zarina Akademi Fantasia dan Afzan Anak Wayang.

Drama 15 episod itu menjalani penggambaran di Kem Tapah, Pusat Latihan Peperangan Khas (kem latihan komando), Markas Taktikal Kem Banding, Markas Taktikal Kem Gubir, Kem Klian Intan, Kem Erskin, Tanah Perkuburan Kuala Woh, Kampung Changkat, Pekan Chenderiang dan kawasan hutan di Perak.

Sementara itu, Platun Harimau diterbitkan dengan kerjasama Tentera Darat, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Nadirasa Budaya Produksi, Muzium Tentera Darat dan Institut Perisikan Angkatan Tentera Malaysia.

Drama tersebut turut mendapat kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Gerakhas, 4 RAMD, 4 Skuadron Semboyan dan pakar-pakar letupan dari Rejimen Jurutera.

Novel Platun Harimau muncul novel terlaris di pasaran pada 2009, ditulis oleh Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid.

Novel keluaran DBP itu berdasarkan pengalaman Mohd. Radzi sendiri ketika memimpin Platun Harimau dalam puluhan operasi memburu pengganas komunis di perbatasan negara dan negeri Pahang.

Sumber : Utusan Malaysia
post signature

Saturday, February 26, 2011

Nadi@watan di Engineering Technology Exhibition (Engitex11) 2

Nadi@watan di Engineering Technology Exhibition (Engitex11) 2

Pameran ini telah berlangsung selama 4 hari. Semua board Nadi@watan telah bergilir-gilir untuk menjaga booth. Pada hari ketiga terdapat sedikit pertambahan dimana biro ekonomi telah mendapatkan sedikit baran jualan untuk dijual di booth. Selain itu pada hari pertama dan kedua Nadi@watan hanya menayangkan cerita-cerita perang seperti Leftenan Adnan dan sebagainya, pada hari ketiga Nadi@watan membuat sedikit perubahan dengan menayangkan video-video aktiviti wataniah UIAM. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pameran ini. Walupun sambutan tidak seberapa semua telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

Gambar-gambar sepanjang pameran dari hari kedua hingga penutup;


















P/S: Gambar-gambar oleh Pbt Izzati.


post signature

Nadi@watan di Engineering Technology Exhibition (Engitex11)

Nadi@watan di Engineering Exhibition Technology (Engitex11)

Pada 21 hingga 24 Februari 2011 Kelab Nadi@watan telah membuat pameran sempena Engitex 11 b'tempat di Main Hall CAC.Program ini adalah dibawah anjuran Enginius (Engineering Student Society). Penyediaan dan persiapan bahan pameran telah dipertanggungjawabkan kepada Quartermaster kelab Pbt Afham dan Lans Koperal Aisyah dan turut dibantu oleh board Nadi@watan yang lain. Persiapan sebelum majlis perasmian dibuat pada hari ahad dan hanya beberapa orang sahaja yang dapat menyumbangkan tenaga kerana kebanyakkan yang lainnya menghadiri latihan tempatan yang ke-4 di kem 515. Antara yang terlibat dalam membuat persiapan ialah Pbt Zuhairi, Pbt Afham, Lans Koperal Aisyah, Natasya, Hazirah dan Hafizah.

Gambar-gambar semasa kerja-kerja menyiapkan booth:

Selain dari booth wataniah terdapat pameran daripada Pakar Pemusnah Bom, Pusat Sains Negara dan Eginius. Tidak ketinggalan, terdapat juga tempat untuk menderma darah.
Selepas upacara perasmian VIP yang hadir turut melawat ke booth wataniah. Beliau telah menyoal serba sedikit tentang wataniah kepada mereka yang berada di booth ketika itu. Booth ini juga telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah yang datang ke pameran ini.

Gambar-gambar pada hari pertama:


P/S: Gambar-gambar diatas oleh Pbt Izzati dan Nor Hafiza Zainal.


post signature



Wednesday, February 23, 2011

Novel & Drama Platun Harimau Serta Pameran Tentera Darat Memeriahkan Sambutan HUT TD

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-78


Pengenalan


Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.

Kor dan Rejimen

1) Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
2) Rejimen Renjer Diraja (RRD)
3) Kor Armor Diraja (KAD)
4) Rejimen Artileri Diraja (RAD)
5) Rejimen Semboyan Diraja (RSD)
6) Kor Perkhidmatan Am (KPA)
7) Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)
8) Kor Kesihatan Diraja (KKD)
9) Kor Risik DiRaja (KRD)
10) Kor Perkhidmatan Diraja (KPD)
11) Kor Ordnans Diraja (KOD)
12) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
13) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
14) Rejimen Askar Wataniah (AW)
15) Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)
16) Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)
17) Rejimen Pengurusan Sempadan (RPS)

Kor Pasukan Elit (KPE)
- 10 Briged Para
- Rejimen Gerak Khas (RGK)


Sejarah

Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.

Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.
Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan konvensional.

Sumber asal: Wikipedia


Promosi Pameran Besar-Besaran 

Hari Tentera Darat Ke-78 

Di Dataran Merdeka Pada 4-6 Mac 2011




Novel Platun Harimau 



Sebuah novel ketenteraan hasil nukilan Lt. Kol. Mohd Radzi Abd Hamid. Buku ini harus dimiliki dan dibaca oleh setiap warganegara kerana ianya mempunyai nilai patriotik, perjuangan, kasih sayang dan beberapa nilai murni yang lain yang harus dihayati oleh pembaca.



Drama Bersiri Platun Harimau



Drama bersiri(15 Episod) Platun Harimau akan ditayangkan di kaca televisyen tempatan RTM bermula pada 1 Mac 2011 sempena Hari Ulang Tahun(HUT) Tentera Darat yang Ke-78 (1 Mac 1933).

Berikut ialah bahan bacaan daripada blog Pena Celoreng milik LT. Kol. Mohd Radzi Abd Hamid:

P/s: Gambar-gambar diperoleh daripada blog Pena Celoreng.

post signature

Monday, February 21, 2011

Drama Platun Harimau Oleh Tentera Darat

Nadirasa, Tentera Darat Terbit Drama Platun Harimau


ZULKIFELI Mohd. Zin (kanan) tertarik dengan uniform baru
anggota tentera pasukan Wira Merah
di Kem Transit Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Diadaptasi daripada sebuah novel perang bertajuk Platun Harimau, Nadirasa Budaya (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tentera Darat menerbitkan sebuah drama bersiri bertajuk Platun Harimau.

Drama dengan tema 'Hutang Darah dibayar Darah' itu diangkat daripada kisah benar unit skuad kombat Tentera Darat dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis sepanjang 1987 hingga 1988.

Platun Harimau yang diadaptasi daripada novel perang karya Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid yang juga ketua skuad kombat terbabit bakal ditayangkan sebanyak 13 episod di RTM1 bermula 1 Mac ini sempena Hari Ulang tahun Tentera Darat ke-78.

Penerbit drama bersiri itu, Razali Mohd. Yussof berkata, drama Platun Harimau itu bertujuan menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang bertindak kejam kepada rakyat negara ini.

"Tentera Darat khususnya askar Melayu telah berjuang menentang komunis dan ramai yang terkorban, tercedera, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran drama tersebut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin di Dewan Bunga Tanjung, Wisma Transit, di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zulkefli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.

Drama Platun Harimau adalah cerita sebenar yang dilalui Tentera Darat melalui Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sekitar 1980-an yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai 'Black Jacket'.

Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong (wilayah Siam) yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo.

Razali berkata, drama yang menjalani penggambaran sekitar kawasan hutan di Tapah, Perak dan Kem Sungai Udang serta Kem Terendak di Melaka itu dibarisi pelakon seperti Zul Huzaimi, Norman Hakim dan Yatt Hamzah.

Sementara itu, Mohd. Radzi berkata, novel Platun Harimau merupakan pengalaman yang mampu membawa masyarakat khususnya golongan remaja mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi terutama apabila ia menyentuh soal keselamatan negara.

"Remaja sekarang harus sedar mereka mempunyai tanggungjawab dan dalam memberikan sumbangan yang bermanfaat dan bermakna kepada negara kita selain mementingkan semangat setiakawan," katanya.

post signature

Sunday, February 20, 2011

UIAM Menjadi Agensi Pertama Percubaan Latihan Tempatan di Kampus

Jadual Latihan Tempatan Tahun 2011 

Bagi Anggota Wataniah UIAM



Jadual yang didapati Di OR Kelab Nadi@watan untuk pengetahuan anggota-anggota Wataniah UIAM

Berikut pula adalah jadual-jadual yang baru sahaja dikeluarkan oleh Pejabat Latih R515AW mengenai perbezaan Latihan Tempatan(LT) tahun 2011 kerana membabitkan dua kumpulan iaitu Latihan Tempatan yang normal dilakukan di Kem 515AW dan LT di UIAM. Penegasan diberikan oleh OC Latih Lt Kol Abdullah Ibrahim bahawa mana-mana anggota yang ingin mengikuti jadual LT normal di R515AW haruslah terus mengikutinya sehingga tamat 24 siri tanpa menghadiri mana-mana siri LT bagi kumpulan kedua iaitu anggota UIAM yang dilakukan di Kampus mereka. Jika ingin turut serta maka haruslah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada OC kerana kebajikan mereka yang hadir tanpa keizinan tidak akan dijaga sekiranya apa-apa kejadian tidak diingini berlaku. 


Begitu juga penekanan diberikan bagi anggota wataniah UIAM bahawa mereka haruslah terus mengikuti jadual LT UIAM yang telah disediakan khas untuk mereka di UIAM supaya kebajikan kesemua anggota dapat dipantau dan dijaga dengan baik. Walaubagaimanapun, OC juga memberitahu terdapat beberapa siri yang di mana anggota-anggota wataniah UIAM akan terlibat dan mengadakan LT di Kem 515AW bersama agensi-agensi yang lain. Menurut OC, jadual ini dikeluarkan untuk membantu anggota-anggota sukarela merancang kehadiran dengan permohonan cuti daripada majikan dan bagi pelajar-pelajar merancang kehadiran mereka berdasarkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sekiranya tiada halangan dengan jadual kelas di kampus masing-masing.

Jadual LT UIAM.

Tarikh Kem Tahunan 2011 (9/11/2011 - 22/11/2011).

Tarikh-tarikh bagi latihan menembak 2011.
Jadual LT normal di Kem 515AW.


post signature