CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 9, 2011

Antara Tugas Tentera di Waktu Aman

Tentera Turut Bantu Mangsa Banjir

09/01/2011

RANTAU PANJANG: Anggota tentera turut ditugaskan dan diletakkan dalam keadaan siapsiaga untuk membantu mangsa banjir, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata, walaupun tugas mereka ialah mengawal kegiatan penyeludupan, jenayah dan keselamatan di kawasan sempadan dari Perlis hingga Kelantan sepanjang 515 kilometer, mereka juga diberi tanggungjawab membantu mangsa bencana alam.

"Walaupun menghadapi kekangan dalam menjalankan tugas di kawasan sempadan itu, kita tetap mengerahkan anggota tentera turut menolong mangsa banjir yang memerlukan bantuan pada musim tengkujuh ini," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, dekat sini, hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Panglima II Divisyen Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Mohd Noor Daud, dan Panglima 8 Briged Infantri Pengkalan Chepa, Brig Jen Abd Rahim Abd Mutalib.

Ketika ini lebih 3,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di seluruh negeri dan daerah Rantau Panjang adalah antara kawasan paling teruk dilanda banjir.

Dr Abdul Latiff berkata, tentera juga boleh turut membantu anggota keselamatan yang lain mengawal keselamatan dan mencegah kejadian kecurian di rumah mangsa banjir, yang ditinggalkan kerana terpaksa berpindah ke pusat pemindahan. - BERNAMA
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)