Sasar 1:3 Askar Wataniah 2020
Oleh AZIZI MAJID
editjohor@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 8 Nov. – Kerajaan negeri menggesa pelbagai lapisan masyarakat khususnya generasi muda daripada golongan profesional, kakitangan kerajaan dan swasta untuk menyertai pasukan beruniform khususnya Rejimen Askar Wataniah.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, penglibatan golongan itu ke dalam askar simpanan amat diperlukan terutama untuk membantu angkatan tentera mempertahankan kedaulatan negara pada situasi tertentu.
Justeru katanya, kerajaan negeri menyasarkan nisbah seorang anggota tetap bersamaan dengan tiga askar wataniah menjelang 2020.
‘‘Kerajaan negeri akan terus menyokong dan membangunkan askar wataniah untuk menjadi askar simpanan yang mantap dan mampu menjadi benteng kedua pertahanan negara.
‘‘Menerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw), kita akan terus mempergiatkan usaha menarik minat lebih ramai anak-anak muda untuk menyertai askar wataniah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penutup Latihan Menembak Tahunan Ahli Jakpaw Johor dan Pertandingan Anugerah Rejimen 501 Askar Wataniah 2010 di Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram di sini, kelmarin.
Turut hadir Pemangku Panglima 7 Briged, Kolonel Mohd. Isa Jaafar; Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jakpaw negeri, Datuk Abd. Latiff Yusof dan Komander Rejimen 501 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Tajuddin Joned.
Abdul Ghani yang merupakan Penaung Jakpaw Johor turut mengingatkan semua askar wataniah supaya menjaga tahap disiplin dan keterampilan diri supaya dapat menjadi contoh kepada mereka yang belum menyertai askar wataniah.
Katanya, Rejimen 501 Askar Wataniah juga diminta merancang pelbagai aktiviti dan latihan yang komprehensif bagi memantapkan lagi ahli Jakpaw terutama bagi membantu kerajaan negeri menghadapi krisis tertentu seperti bencana alam.
Selain itu jelasnya, Anugerah Terbaik Rejimen yang diwujudkan pada tahun ini merupakan salah satu daripada usaha untuk memantapkan lagi pentadbiran askar wataniah khususnya di negeri Johor.
Dalam pertandingan tersebut, Batalion 3 (Mersing dan Kluang) memenangi Anugerah Batalion Terbaik; Mejar Samsudin Selamat (Anugerah Pegawai Terbaik Sukarela Terbaik); Kem Daerah Pontian (Anugerah Kem/Lokasi Penempatan Terbaik) manakala Pegawai Waran 1 Rahmad Syawal memenangi Anugerah Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan Terbaik Sukarela.
Sumber: Utusan Malaysia
editjohor@utusan.com.my
Abdul Ghani Othman menyampaikan hadiah kepada salah seorang askar wataniah di Johor Bahru, baru-baru ini. |

0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)