Annual General Meeting Nadi@watan '10
Tarikh: 15 Oktober 2010
Tempat: LT 1, KENMS
Sesi mengutarakan perkara berbangkit mendapat 'feedback' yang sangat baik daripada ahli-ahli dewan dengan masing-masing mempunyai persoalan dan pandangan masing-masing mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kelab sepanjang tahun dan permasalahan mengenai penginapan di Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi. Semua perkara dibincangkan secara baik dan segala kepincangan yang berlaku semasa pentadbiran ahli-ahli lembaga kelab sesi 09/10 dibahaskan di dalam dewan oleh beberapa ahli lembaga yang lain seperti Pbt Umar, Pbt Zuhairi & Pbt Fadhlika selain Presiden Kelab yang menjawab hampir kesemua soalan yang dilontarkan kepadanya semasa pentadbiran beliau.
Attention:
Terdapat kesilapan pada 'date setting' tuan punya kamera.Harap Maklum
Tempat: LT 1, KENMS
Pada Jumaat 15/10/2010 yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Nadi@watan tahun 2010 telah diadakan di LT 1, KENMS. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pbt Siti Hazar(Oja) sepanjang mesyuarat berlangsung dengan kehadiran yang lebih baik berbanding dengan AGM yang lepas. Segala-galanya berjalan dengan lancar dimulakan dengan ucapan ringkas Presiden Kelab Nadi@watan, Pbt Muhaimin kemudian diikuti dengan pembentangan laporan oleh Setiausaha Kelab oleh Pbt Fatih dan seterusnya pembentangan kewangan oleh Bendahari Kelab, Pbt Fadhlika yang telah disahkan ketelusannya oleh ahli dewan pada malam tersebut.
Sesi mengutarakan perkara berbangkit mendapat 'feedback' yang sangat baik daripada ahli-ahli dewan dengan masing-masing mempunyai persoalan dan pandangan masing-masing mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kelab sepanjang tahun dan permasalahan mengenai penginapan di Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi. Semua perkara dibincangkan secara baik dan segala kepincangan yang berlaku semasa pentadbiran ahli-ahli lembaga kelab sesi 09/10 dibahaskan di dalam dewan oleh beberapa ahli lembaga yang lain seperti Pbt Umar, Pbt Zuhairi & Pbt Fadhlika selain Presiden Kelab yang menjawab hampir kesemua soalan yang dilontarkan kepadanya semasa pentadbiran beliau.
Sejurus kemudian, Pbt Muhaimin selaku Presiden Kelab Nadi@watan kemudian secara rasminya membubarkan ahli-ahli lembaga Kelab Nadi@watan Sesi 09/10 untuk menjalankan proses undian pula bagi menyambung perjuangan Lembaga Kelab yang terdahulu. Ini dimulakan dengan pengisytiharan ahli-ahli 'Mainboard' yang baru bagi sesi 10/11 seperti berikut:
President : Pbt Noor Elridzuan B Elias
VP I : Pbt Norzuhairi B Yacob
VP II : Pbt Nur Fadilah Bt Jasni
S/U : Pbt Mohammad Naqiuddin B Mohd Nasir
Assistant S/U : Pbt Nur Husna Ayuni Bt Abdullah
Treasurer : Pbt Siti Nurhuda Husna Bt Zulkarnain
Proses Bai'ah
Majlis Sampingan
'Penganugerahan Cenderamata Penghargaan
kedatangan penuh anggota Skill CCWT
dan penganugerahan istimewa'
L/kpl Izza mengumumkan anggota-anggota yang menerima anugerah pada malam AGM. |
Antara anggota-anggota yang menerima anugerah kehadiran penuh kelas skill ialah seperti L/kpl Aisyah, Anis, dan rakan-rakan mereka yang lain daripada CCWT 1061, Pbt Afham, Pbt Shahrul dan rakan-rakan mereka yang lain daripada CCWT 1062, Pbt Fatih dan Pbt Nadiah Sholleh daripada CCWT 3062. Berikut adalah sebahagian sahaja gambar mereka yang menerima anugerah.
Bagi penerima anugerah istimewa ialah Pbt Umar, Pbt Khairul Ridhwan(Staf Wan) dan Pbt Amirah Abdul Latif. Dewan telah bergema dengan gempitan 'GEMPUR WIRA' apabila Pbt Umar menerima anugerah tersebut atas sumbangan beliau ke atas Persembahan Watadance yang banyak kali di mohon untuk dipersembahkan kepada orang-orang atasan dan juga dalam event MAFinACT '10, di mana turut dibantu bersama oleh Pbt Khairul Ridhwan.
"It is easy to be NO 1, but to maintain it, it's not that easy." - Penasihat Kelab Nadi@watan, LT Wan Rizaila |
Attention:
Terdapat kesilapan pada 'date setting' tuan punya kamera.Harap Maklum
2 comments:
Tiba-tiba rasa terharu lak bila tengok Kpl Bawang peluk Amira waktu dapat hadiah tu. Huhu. =.='
Pssst : Pegang pada janji~
GEMPUR!
WIRA!
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)