CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 29, 2010

200 anggota Malcon East 5 selamat pulang ke tanah air

  200 Anggota Malcon East 5 Selamat Pulang ke Tanah Air

29/10/2010 8:08pm

SUBANG 29 Okt. – Seramai 200 anggota Kumpulan Induk Malcon East 5 (ME5) selamat pulang ke tanah air hari ini setelah berkhidmat hampir sembilan bulan di bawah Misi Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Kepulangan pasukan itu disambut oleh Panglima Angkatan Tentera Bersama, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman yang mewakili Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Keseluruhan anggota ME5 adalah seramai 300 anggota dan kumpulan pendahuluan yang seramai 100 anggota telah selamat sampai di tanah air pada 23 Oktober lalu. – Bernama
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)