CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 21, 2010

Persembahan Watadance: Latihan Untuk Pembukaan 'Cocu Week' UIAM



Latihan Watadance Untuk Pembukaan 'Cocu Week' UIAM


Camoflauge digunakan oleh anggota watadance sampai susah
nak kenal pasti personaliti anggota.
Pada Hari Rabu 22/09/2010 sehingga 26/09/2010, UIAM mengadakan minggu Cocu untuk memberi peluang para pelajar mempamerkan aset, khidmat, persembahan & aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kesemua persatuan dan kelab yang berada di UIAM. Dengan itu, mereka berpeluang menarik minat pelajar-pelajar UIAM yang lain untuk menyertai Persatuan atau kelab mereka dimasa akan datang. Mereka juga berpeluang meningkatkan kemahiran soft skill dalam mempromosikan persatuan/kelab masing-masing kepada staf & pelajar UIAM yang akan menghadiri dan melihat apa-apa yang dipamerkan di booth masing-masing. Jadi dengan itu, mereka boleh menggunakan peluang tersebut untuk membina skill dalam komunikasi terutamanya dalam meyakinkan orang-orang lain dengan kelebihan persatuan/kelab masing-masing.


        
                 Bagi anggota-anggota yang belum rekrut, mereka menggunakan
              baju anggota yang sudah rekrut lain yang tidak terlibat dengan persembahan.


Bagi Kelab Nadi@watan, booth kita berada pada tempat yang sama iaitu di 'IIUM Riverside' dan Inshaallah ada pameran senjata. Orang ramai boleh berpeluang mengambil kesempatan bergambar dengan senjata tersebut sekiranya sampai senjata itu nanti di booth Nadi@watan. Ini adalah tarikan utama pelajar-pelajar UIAM untuk berpusu-pusu hadir ke booth Nadi@watan. Disamping itu, ada juga pameran-pameran statik yang lain seperti tayangan video, pameran bergambar, pameran makanan ransum tentera, pameran pakaian tentera darat, trofi-trofi dan anugerah yang kelab peroleh, dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh disertai anggota Inshaallah.



Anggota pranita juga tidak ketinggalan memakai camo walaupun
sebelum ini memakai jenama 'simplysiti'.(peace! (",)v)

Diharapkan anggota-anggota menjaga peralatan-peralatan yang ada di booth kerana kesibukan boleh menyebabkan peralatan hilang, tertukar, dipinjam tetapi tidak dipulang, merosakkan 'petition' dan sebagainya yang akan mendatangkan masalah kepada kelab dan menjejaskan imej kelab kelak kerana tidak pandai menjaga peralatan yang diberi.  


Semoga mereka buat yang terbaik pada pembukaan pada jam
1700 di tangga besar UIAM.

Untuk Upacara pembukaan 22/09/2010, ada pemeriksaan barisan oleh Timbalan Rector UIAM kemudian persembahan 'Royal Blue' daripada SUKSIS seterusnya persembahan watadance daripada Wataniah dijangkakan dalam jam 1700. Pada sebelah paginya akan diadakan 'full rehearsal' di tangga besar UIAM dan mereka akan membuat koordinasi dalam acara pembukaan tersebut. 



Antara yang hadir memberi sokongan moral ialah L/kpl Zaidi dan
L/kpl Saiful, Pbt Lina, Aini, Saei dan ramai lagi yang tiada didalam gambar.

Persediaan Peralatan


Anggota pranita membantu menyiapkan peralatan
watadance untuk digunakan dalam persembahan pada
upacara pembukaan minggu Cocu UIAM.


Seorang anggota pranita sedang 'spray' peralatan yang
akan digunakan semasa persembahan watadance nanti
untuk tujuan keseragaman dan mencantikkan lagi rupa
peralatan tersebut.


Anggota lelaki juga saling membantu dalam menyiapkan peralatan.


Pbt Syura dan Sakinah sedang menggunting hujung kain sebelum
dibantu Pbt Kamal dan skuadnya.


L/kpl Najib & Pbt Umar membantu dan memantau
persediaan peralatan pada malam sebelum hari
pembukaan minggu Cocu UIAM.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)