CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 23, 2010

Minggu Cocu UIAM: Pameran Senjata Tarikan Utama Booth Kelab Nadi@watan

Pameran Senjata Tarikan Utama Booth Kelab Nadi@watan


Pameran Senjata merupakan tarikan utama bagi booth Nadi@watan kali ini setelah diluluskan oleh Timbalan Komander yang baru Lt Kol Hj. Roslan Zakaria melalui Mejar Paul, Penolong pegawai memerintah Batalion Kedua Rejimen 515 Askar Wataniah. Senjata-senjata yang dipamerkan ialah seperti Colt M16, Aug Steyr, LMG(Light Machine Gun), dan GPMG(General Purpose Machine Gun). Pameran Senjata ini berada dilokasi 'Riverside' disebelah hujung sekali di mana ianya berdekatan dengan Main Audi UIAM dan booth unit-unit beruniform yang lain seperti SUKSIS & ROTU. Untuk hari-hari yang berikutnya, bilangan pelajar pasti akan bertambah untuk mencuba dan memegang senjata-senjata yang dipamerkan. Anggota Wataniah UIAM sedia membantu mereka cara memegang dan menenang yang betul kerana kebanyakkan mereka tidak tahu mengendalikan senjata. Mungkin dengan adanya pameran senjata pada minggu Cocu UIAM kali ini, semakin ramai pelajar mengetahui tentang Askar Wataniah dan seterusnya menyimpan hasrat untuk menyertainya sekiranya berpeluang suatu hari nanti.
Para pelajar mengambil peluang mengenali senjata-senjata yang anggota
wataniah biasanya dilatih menggunakannya seperti M16, Steyr, LMG dan GPMG.



Pbt Malin, Kinah dan skuad Syura sedang memegang senjata LMG manakala
pegawai kadet Abe dan Pat masing-masing sedang menggunakan senjata
Steyr dan M16.


Seorang pelajar antarabangsa sangat berminat untuk mencuba kesemua
senjata yang ada di khemah pameran. Koperal Sapawi sedang memerhatikan
beliau mengendalikan senjata GPMG.


Senjata LMG.


Beliau sedang menenang senjata Steyr setelah diajar oleh Pbt Amira
cara-cara memegang senjata dan menenang dengan betul.


Beliau sedang menenang senjata Colt M16 dengan gaya tersendiri.


Pbt Amira sedang menanyakan L/kpl Najib mengenai pencekah yang
tiba-tiba longgar. Rupa-rupanya kerana senjata tiada peluru kelopak perlu
dibuka terlebih dahulu kerana telah tersangkut.


Pbt Amira dengan senjata LMG



Pbt Umar mengambil peluang mencuba senjata Steyr setelah habis
rehearsal pembukaan minggu Cocu disebelah pagi.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)