CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 25, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran CCWT 1061 Sem 1 10/11

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran CCWT 1061



Tarikh: 24/09/2010
Tempat: Koridor belakang Cafe SAA



Pantun Hari Raya

Budak Wataniah Semuanya Cekap,
Pakai Loreng Tampak Bergaya,
Puasa Sebulan Sudahlah Lengkap,
Kini Menyambut Hari Raya.....

Askar Wataniah Berjati Diri,
Mana Yang Lemah Tolong Ajarkan,
Kami Menyusun Sepuluh Jari,
Salah Dan Silap Harap Maafkan.....

                                                                                              Daripada: CCWT 1061



Nasi himpit, Sate dan kuah kacang, Mee hoon, buah, kuih-kuih raya
menjadi menu jamuan Hari Raya ini.

Memang sedap.. Jemputlah makan :p

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah L/kpl Izza, L/kpl Firdaus,
Staf Umar, Staf Wan... Baik sungguh YDP 1061 ni, macam tahu-tahu je
NA sedang kebuluran. haha. :p Terima kasih jemput NA gak..

Sedang menjamu selera..



Antara Skuad pranita CCWT 1061..

Antara skuad lelaki CCWT 1061..

YDP CCWT 1061 L/kpl Aisyah menerangkan permainan 'kotak beracun'
yang diiringi lagu raya sepanjang permainan berlangsung.

Tidak dapat menahan gelak dan ketawa apabila skuad syura
mendapat 'kotak beracun' yang mengarahkan beliau membaca skrip
yang diberi dengan suara sengau. v(",)

Persembahan nyanyian daripada kumpulan diatas juga menghiburkan hati
skuad-skuad yang lain.



Tiup-tiup!! duduk dan letupkan belon.. kumpulan 2 memenangi
permainan ini.. Tahniah..


Gaya jurulatih manalah agaknya yang sedang ditiru?

Acara tiru gaya jurulatih amat menghiburkan apabila skuad Nasir
berjaya membawa watak dengan baik dan 'terkena'. 

Bunga api sebagai satu wadah untuk menghidupkan suasana Hari Raya
di majlis jamuan pada malam tersebut.

Skuad Nasir dan Skuad Anis Safwanah masing-masing ditabalkan oleh juri
sebagai pemenang pakaian terbaik lelaki dan perempuan pada malam tersebut
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dijelaskan oleh L/kpl Izza.


Bergambar Kenangan

Jamuan Hari Raya CCWT 1061

Sebelum majlis bersurai, anggota mengambil peluang bergambar bersama
sebagai kenangan yang manis dan sukar untuk dilupakan.

Memang meriah! NA dapat makan free..hihi terima kasih kepada PM skuad Khalid, YDP L/kpl Aisyah dan NYDP San Mohd Afiq serta semua ahli keluarga CCWT 1061..
kenyang dan gembira... v(",)













4 comments:

Omare

Seronok plak tengok skuad2 nie... rasa nak masuk balik 1061.. haha

K.A.

NYDP skuad San Mohd Afiq
saya selaku S/U dan PM Jamuan shj.
-skuad Khalid-

Nadiwatan

Roger..Terima kasih PM..Tersangat meriah sampai sekarang NA tersenyum.. =)

anis

enjoy sangat mlm tu.. thanks utk smua stap yg sgt sporting :)

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)