Kem Jalan Ampang R515AW
Post pengawal di laluan masuk/keluar ke Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Jalan Ampang. |
Selepas tamat sahaja 'Kem Tahunan 2008' di Kem Jalan Ampang, beberapa anggota daripada UIAM telah melibatkan diri secara sukarela dalam 'Penugasan Khas' bagi proses pemindahan barang&peralatan ke Kem Baru di Keramat. Penugasan Khas ini dijalankan selama lebih kurang 2 minggu kerana terlalu banyak barang-barang yang perlu dipindahkan. Anggota tetap dan sukarela berganding bahu memunggah barang-barang ke dalam trak 3 tan yang melakukan banyak trip ke Kem Baru dan kemudian melakukan kerja-kerja 'unloading' pula. Walaupun keletihan dengan kerja-kerja pembersihan dan pemindahan tersebut, mereka tetap gembira kerana dapat memberi sedikit bakti kepada R515AW dengan tugas-tugas tersebut. Kita patut bersyukur kerana keadaan Kem Baru R515AW pada masa sekarang jauh lebih maju dan selesa berbanding dengan keadaan di Kem Jalan Ampang dimana keadaannya yang lapuk dan ditelan zaman jika dilihat dengan keadaan sekeliling. Mereka yang terlibat ialah Pbt Omar, Lukman(washington), Faizal(pejar), Zaidi(L/kpl), Saiful(L/kpl), Lina, Qamarina(L/kpl), Nizam, Izzat, Saufi, Suhaila, Rukiah(L/kpl), dan Yusri. Terima kasih atas sumbangan anda semua kepada R515AW dan generasi yang akan mewarisi perjuangan Askar Wataniah dalam Rejimen 515 kita.
Signboard yang kini hanya tinggal sejarah. Kem Jalan Ampang ini dikatakan akan dimajukan dengan mendirikan sebuah hotel. |
Beginilah rupa blok-blok pentadbiran Kem Jalan Ampang dimana semuanya diperbuat daripada kayu. |
Beginilah keadaan semasa proses pembersihan setiap blok bangunan di Kem jalan Ampang. Sunyi dan lengang kerana 'pentadbiran' telahpun menjalankan tugas di Kem Baru di Keramat. |
Blok-blok bangunan di Kem Jalan Ampang dikelilingi bangunan-bangunan tinggi seperti di dalam gambar. |
Kawasan 'Military Transport' (MT) |
Kenangan Semasa 'Penugasan Khas'
Kerja siapalah nie?? Mari kita siasat... haha |
Huu...apa nie?? haha.. Ada kemusykilan di dalam gambar ini. Mengapa hanya Pbt Lina sahaja yang memakai tudung. Apakah? Mari kita menyiasat dan mencari bukti dengan lebih mendalam lagi. |
'Selamat Datang'
Ke
Kem Keramat R515AW.
Terletak di kawasan bandar dengan pemandangan yang menarik , Kem R515AW kini serba lengkap dengan padang kawad yang luas, dewan makan yang luas dan selesa, blok penginapan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan Kem Jalan Ampang yang jauh tidak selesa kerana terpaksa duduk beramai-ramai, bising, panas, gangguan nyamuk sehingga ke pagi dan keselamatan barang-barang yang tidak terjamin. Bagi yang sudah merasai pengalaman menginap di Kem Jalan Ampang, mereka lebih bersyukur dengan keadaan semasa Kem 515AW disini kerana keadaannya yang jauh lebih selesa dan selamat. Oleh itu, kita harus menghargai kemudahan dan peralatan yang ada di Kem Baru ini agar orang-orang yang akan menyambung perjuangan kita seterusnya dapat juga merasai keselesaan yang sedang kita nikmati sekarang ini.
8 comments:
wah. kenangan ni..=)
mohon kebenaran untuk save bebrape gmbr ye...sebb kita pon ade time penugasan khas ni...=)
Sila2.. =)
Kalau nak NA besarkan gambar pun boleh.. request la ye Pbt Leyha..
thanks a lot for sharing...hehehe=)
Ada pengambilan lagi ke sekarang ni
Salam. Kem Jalan Ampang ini sebelumnya Rejimen 502 PSTD?
Ni ke transit tentara yang lama.. sebelum yg baru..dari pemandangan..teringat time kecik..mcm sama
Disinilah Kenangan kami skot AW502 shah alam 1998 menjalani latihan.. kenangan indah walaupun perit pahit semasa latihan..
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)