CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 6, 2010

Tingkatkan Skill Dalam Berkomunikasi


Warga ATM perlu tingkat kemahiran berkomunikasi

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Setiap anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang merupakan elemen penting melahirkan warga tentera berkualiti.

Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman berkata, komunikasi merupakan aspek terpenting di dalam asas sebuah kehidupan manusia khususnya kepada seluruh warga tentera.

"Bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi, warga tentera bukan sahaja perlu mempunyai keyakinan diri malah perlu meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan dalam diri dari semasa ke semasa.

"Dengan kefahaman yang mendalam kita akan dapat meningkatkan komunikasi seterusnya menjadi seorang komunikator yang baik demi menjayakan diri sendiri, keluarga, organisasi dan negara," katanya.
Beliau berucap melancarkan buletin Markas Angkatan Bersama bertajuk 'Purple Force' di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Buletin terbitan Bahagian Operasi Informasi (J7) Markas Angkatan Bersama itu merupakan buletin rasmi menggunakan bahasa Malaysia yang akan diterbitkan dua kali setahun.

Jamil berkata, dalam usaha meningkatkan komunikasi dan kemahiran warga tentera, Markas Angkatan Bersama telah mengorak langkah dengan menerbitkan edisi pertama buletin miliknya itu.

Menurutnya, buletin itu diterbitkan sebagai alat komunikasi bagi menghebahkan fungsi tugas, tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti Markas Angkatan Bersama untuk tatapan umum.

"Buletin ini juga dihasilkan seiring matlamat melahirkan anggota, pegawai dan pasukan ATM yang berasaskan pengetahuan atau K-Force.

"Di samping menjalankan fungsinya sebagai sumber ilmu bagi merapatkan jurang komunikasi di antara seluruh warga tentera," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buletin itu juga mempunyai ruangan tetap yang memaparkan setiap operasi dalam dan luar negara khususnya anggota yang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Markas Angkatan Bersama merupakan markas yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan semua operasi bersama, gabungan dan multinasional seperti operasi keamanan di bawah panji PBB.

"Markas ini juga bertanggungjawab melaksanakan semua latihan/eksesais bersama yang melibatkan ketiga-ketiga perkhidmatan dalam ATM iaitu darat, udara dan laut," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)