CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 3, 2010

Roll Call Anggota Skill Unit Beruniform di Mahallah SAA

"ROLL CALL"


     
Pada malam isnin 2 Ogos 2010 yang lalu, kira-kira jam 2200, anggota-anggota skill CCWT wataniah telah dipanggil untuk roll call oleh L/kpl Najib, L/kpl Firdaus dan L/kpl Izza. Turut turun padang pada malam tersebut ialah Tuan Wari yang telah membuat checking dari bilik ke bilik(lelaki) untuk memastikan bilik anggota-anggota dalam keadaan teratur, kemas dan sedap mata memandang serta membuat tinjauan compartment yang kosong untuk disediakan bagi anggota-anggota junior CCWT 1061 yang akan check-in Mahallah Salahuddin AL-Ayyubi tidak lama lagi.


     
Roll Call tersebut sebenarnya telah dibuat secara serentak oleh ketiga-tiga unit iaitu Wataniah, Suksis dan juga Palapes Udara. Setiap unit menjalankan hal pentadbiran masing-masing seperti mengurus anggota-anggota junior Palapes Udara, bertanyakan masalah yang dihadapi anggota di Mahallah, dan hal-hal berbangkit yang lain terutamanya berkenaan hal-hal administrative.




Tuan Wari telah memeriksa setiap bilik anggota wataniah(lelaki) dan berasa kecewa setelah melihat keadaan bilik sebahagian anggota yang tidak tersusun dan kemas. Beliau juga telah menasihatkan anggota untuk tidak menyimpan barang-barang larangan seperti rice cooker, etc dan sentiasa memastikan keadaan bilik teratur pada waktu-waktu selain waktu latihan. waktu latihan seperti latihan tempatan dapat dikecualikan kerana kita perlu bergesa untuk bersiap untuk baris/kelas/latihan seterusnya. Jadi pada waktu tersebut boleh dikecualikan untuk keadaan bilik tidak teratur tetapi bukan pada waktu-waktu biasa dimana anggota mempunyai banyak masa untuk menguruskan kebersihan bilik masing-masing.

Beliau juga ingin memastikan semua anggota berada di Mahallah SAA memandangkan ada lagi sebilangan anggota yang squatting ataupun tidak register langsung di Mahallah SAA tersebut supaya semua dapat layanan fair and square. Bagi anggota yang telah habis skill CCWT pula, Tuan Wari inginkan kerjasama anggota untuk berpindah sama ada ke blok lain selain blok F Mahallah SAA atau pun terus pindah ke Mahallah yang lain untuk memberi kesempatan dan kemudahan anggota junior CCWT 1061 menyertai latihan kerana faktor jarak ke tempat latihan.




Selain itu, anggota dinasihatkan untuk tidak menyimpan apa-apa masalah sebaliknya terus berjumpa beliau dan berbincang supaya masalah anggota dapat diselesaikan segera dan sebaik mungkin. Anggota melontarkan hal-hal berkaitan ketidaksamaan dan kekurangan kemudahan di Mahallah SAA tersebut. Antaranya, ketidakcukupan tempat parking kereta dan motor terutamanya, Jalan selekoh 360 yang membahayakan dan telah mengakibatkan banyak kemalangan kecil, ketiadaan televisyen, dan ada juga anggota mencadangkan untuk meletakkan mesin basuh disetiap blok. Beliau menegaskan anggota harus menentukan hak mereka dan bukannya menuntut sesuatu perkara yang tidak boleh diterima yakni bukan dalam kuasa pembuat keputusan dalam sesuatu perkara.



Menurut beliau, semua masalah dan cadangan boleh diajukan terus ke MRC Mahallah SAA untuk dibawa ke pihak pentadbiran Mahallah supaya ada tindakan yang sewajarnya diambil. Beliau juga inginkan lebih ramai anggota wataniah menyertai apa-apa jua jenis aktiviti anjuran mahallah sebagai sokongan kita kepada pihak pentadbiran mahallah. Semoga segala teguran dan nasihat yang diberikan oleh Tuan Wari diterima baik oleh anggota dan memperbaiki kelemahan yang ada dari masa ke semasa. Beliau menegaskan, tidak mustahil roll call kedua akan diadakan pada masa terdekat untuk melihatkan perubahan tersebut kesan daripada roll call pada malam 2 Ogos tersebut

1 comments:

ChEa Sajer ;)

Wow.. GUD :)

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)